1)SILA KLIK BUTTON LIKE DIBAWAH
2)SELEPAS LIKE, KLIK SUPPORT US! UNTUK TERUSKAN...




Powered By IMuslimNetwork
Support Us!

Tuesday, May 20, 2014

Darah Haid Berketul Dan Haid Tidak Teratur

0 comments


Saya mengalami haid tidak teratur iaitu kadang-kadang lambat seminggu, kadang-kadang lambat beberapa hari.

Darah haid berketul dan haid tidak teratur

Haid saya juga lambat bulan ini, cuma saya risau kerana haid yang banyak berbanding kebiasaan. Kali ini ia keluar berketul-ketul, adakalanya banyak, adakalanya sedikit.

Saya sebenarnya tidak pernah mengalami keadaan sedemikian dan baru-baru ini, saya pula tergelincir di tangga. Adakah ia antara punca keadaan haid saya ini?

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Adakah anda berkahwin dan sudahkah anda menjalani pemeriksaan doktor? Ini kerana ia mungkin disebabkan masalah kehamilan atau keguguran.

Kemungkinan kedua paling lazim adalah gangguan hormon yang berpunca daripada ovari. Ada ubat yang dapat menghentikan pendarahan haid daripada rahim tetapi masalah ovari juga perlu ditangani agar ia tidak berulang sehingga menyebabkan anda bergantung kepada ubat berkenaan.

Apapun, jika anda mengalami pendarahan haid yang banyak, ia boleh menjejaskan kesihatan anda akibat kekurangan darah sama ada dalam jangka masa terdekat mahupun jangka masa panjang.

Jarang pendarahan daripada faraj disebabkan trauma seperti tergelincir kerana rahim berada dalam kedudukan terlindung di dalam sangkar tulang pelvis.

Bagaimanapun, apabila anda menjalani pemeriksaan doktor, ini juga akan diperiksa.



www.panduansuamisteri.blogspot.com
Read full post »

Friday, May 16, 2014

Tip Galak Susu Lancar

0 comments


Tip Galak Susu Lancar

Pelbagai cara boleh dilakukan bagi merangsang pengaliran susu sebelum memerah atau menyusukan bayi. Salah satu ialah melakukan urutan.

Langkah 1 - Tuam


Sebelum urutan, tuam payu dara terlebih dahulu menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam. Tuam beberapa minit.

Langkah 2 - Tekan


Pegang hujung puting menggunakan ibu jari dan telunjuk. Kemudian, tekan puting ke dalam dan tarik semula ke atas perlahan-lahan.

Langkah 3 - Gerakkan


Sentuh bahagian atas aerola menggunakan ibu jari. Jari-jari lain pula tempatkan di bahagian bawah aerola. Gerakkan secara perlahan jari telunjuk ke atas, bawah, kanan dan kiri. Jangan ubah kedudukan ibu jari. Ulang lima hingga enam kali.

Langkah 4 - Teruskan gerakan


Terus membuat gerakan jari mengikut arah putaran jam. Gunakan empat jari kecuali ibu jari ketika melakukan gerakan ini. Lakukkan antara lima hingga enam kali bagi setiap payu dara. Jika ada benjolan keras di bahagian payu dara, elak daripada menyentuh bahagian berkenaan.Langkah

5 - Putar


Gerakkan jari-jari anda dengan membuat putaran dari sisi menghala ke puting. Ulang langkah ini tiga atau empat kali di kedua-dua belah payu dara.

www.ibubapamithali.blogspot.com
Read full post »

Sunday, May 11, 2014

10 TANDA PENTING KEHAMILAN

0 comments
 
10 TANDA PENTING KEHAMILAN

1. Mengidam

Ya, bunyinya seperti klise, tetapi mengidam kadang kala boleh jadi satu tanda kehamilan. Janganlah bergantung kepadanya sebagai simptom yang pasti (ia mungkin hanya di kepala anda, atau mungkin juga tanda bahawa badan anda kekurangan nutrien tertentu), tetapi jika mengidam itu diikuti dengan beberapa simptom lain dalam senarai ini, mulalah mengira hari daripada hari pertama haid terakhir anda.

2. Warna areola menjadi gelap
 
Jika kulit di sekeliling puting payudara anda menjadi lebih gelap, ini mungkin bermakna proses persenyawaan telah berjaya. Walau bagaimanapun, ini mungkin juga tanda ketidakseimbangan hormon yang tidak berkaitan dengan kehamilan, ataupun bekas daripada kesan kehamilan terdahulu.

3. Pendarahan atau kekejangan akibat implantasi


Kira-kira lapan hari selepas ovolusi anda mungkin mengalami pendarahan implantasi, iaitu terdapat tompok-tompok darah berwarna merah jambu atau coklat, serta sedikit kekejangan. Ini disebabkan telur membenam masuk ke dalam lapisan endometrium. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama menjelang kedatangan haid anda.

4. Kerap membuang air kecil

Sebaik sahaja embrio melekat dan mula menghasilkan hormon human chorionic gonadotropin (hCG), anda mungkin mendapati anda perlu membuang air kencing dengan lebih kerap

5. Keletihan

Berasa letih? Bagaimana kalau sangat letih? Tahap hormon progesteron yang tinggi boleh membuatkan anda berasa seperti baru selesai berlari maraton sedangkan anda hanya bekerja seharian di pejabat. Keletihan dalah tanda penting awal kehamilan,walaupun ia mungkin bukanlah simptom yang pasti tanpa kehadiran simptom-simptom lain.

6. Payudara melembut dan membengkak
Sebelum kedatangan haid, payudara anda mungkin menjadi begitu sensitif terhadap sentuhan, dan jika anda hamil, perkara yang serupa akan berlaku, tetapi pada tahap yang lebih sedikit. Apabila badan anda telah biasa dengan peningkatan hormon ini, kesakitan akan hilang.

7. Deria rasa berubah

Anda mungkin perasan perubahan pada deria rasa anda. Sesetengah wanita mengatakan mereka merasa sedikit payau di mulut, dan sesetengah yang lain mengatakan mereka tidak dapat tahan rasa kopi, teh atau makanan yang biasanya mereka suka.

8. Mabuk hamil pagi


Jika anda bernasib baik, anda tidak akan mengalami mabuk hamil pagi (morning sickness) sehingga beberapa minggu selepas persenyawaan. (Sesetengah wanita yang sangat bertuah tidak mengalaminya langsung.) Tetapi seawal dua hari selepas persenyawaan, anda mungkin mula berasa loya dan tidak sedap perut. Dan ini bukan sahaja berlaku pada waktu pagi. Loya akibat kehamilan boleh jadi berlaku pagi, petang atau malam.

9. Tidak datang haid

Jika haid anda biasanya teratur dan kini ia lambat, elok juga jika anda buat ujian kehamilan. Tidak datang haid ialah tanda kehamilan yang paling pasti bagi seorang wanita yang telah baligh dan yang mempunyai kitaran haid yang teratur.

10. Ujian kehamilan yang positif


Jika anda telah menunggu untuk membuat ujian kehamilan sekurang-kurangnya sehingga hari pertama anda tidak datang haid dan garisan biru kelihatan dalam kotak alat penguji, anda sangat pasti akan menjadi seorang ibu. Buatlah temu janji dengan doktor anda untuk memastikan berita baik ini,. Tahniah!

CREDIT INFO: BABYCENTER.COM.MY
Read full post »

Saturday, May 10, 2014

7 Ciri-Ciri Wanita Yang Cantik

0 comments

1) MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.

seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya. Sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.

2) TERSENYUM SAAT TERTEKAN

Percaya atau tidak kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar.Kenapa? kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya. Alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.

3) TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS


Bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis. Dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.
Tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.

4) TABAH DI SAAT TERHINA
Setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia. Tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.
Ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.

5) MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN

Bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.
Namun bagi seorang wanita yang cantik itu, kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya. Kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah. Subhanallah.

6) MENGASIHI TANPA BALASAN

Kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.
Kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus. Malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.

7) BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILAHI

Dia hanya berharap kepada YANG ESA dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.
Wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang. Suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.

Read full post »

Thursday, May 1, 2014

10 Tips Mendidik dan Membesarkan Kanak-kanak yang Gembira (Berserta Bukti Saintifik)

0 comments
Ada banyak cara untuk membesarkan anak dengan mengikut acuan dan pengalaman sendiri. Itu dari turun-temurun. Mungkin betul, mungkin salah.
Bagaimana kalau dengan bukti sains yang serba-sedikit dapat membantu? Mari kita bongkarkan bersama-sama.
1. Selalu bergurau, buat lawak dan ketawa bersama
Hasil kajian dari Economic and Social Research Councils’ Festival of Social Science pada tahun 2011 mengatakan dengan bergurau bersama anak-anak dapat membantu mereka dalam hubungan sesama manusia. Apabila ibu-bapa bergurau bersama anak-anak, diselangi dengan ketawa mereka, rasa sungguh bahagia.
2. Sentiasa bersabar dan berfikiran positif
Ibu-bapa jangan sesekali meluahkan perasaan marah atau negatif pada anak-anak. Apabila mereka dilayan dengan kasar, minda mereka akan diracuni dengan perihal negatif. Tambahan lagi, jika mereka mengalami layanan kasar yang sama ketika berada di rumah pengasuh. Seawal umur 5 tahun, anak boleh jadi agresif. Ia akan tersimpan dan menjadi-jadi apabila dewasa.
3. Tanamkan sifat bersimpati pada orang lain
Tidak bermakna tidak bersimpati pada diri sendiri. Namun, terapkan rasa simpati atas kesusahan orang lain. Jika nampak ada orang minta sedekah, ajar anak erti kesusahan. Berikan mereka setidak-tidaknya RM1 untuk disedekahkan. Mungkin nilai material tidak besar, tetapi ia akan memberi kesan jangka panjang yang amat mendalam.
4. Biarkan anak berdikari
Bukan ibu-bapa tidak sayang. Setidak-tidaknya, kita lihat mereka berusaha dengan kudrat sendiri. Jika berjalan-jalan di luar, cuba biarkan anak beli makanan sendiri. Kita perhatikan dari jauh sahaja.
5. Elakkan bergaduh di hadapan anak
Ini penting. Jangan bergaduh, memaki-hamun dan mencaci pasangan di hadapan anak. Ia akan memberikan kesan psikologi yang cukup hebat. Anak akan rasa runsing, tidak tenteram dan emosi tidak stabil. Kalau nak gaduh, sila masuk dalam bilik tidur. Silap-silap boleh dapat anak lagi satu.
6. Jaga kesihatan, elakkan tekanan
‘Stress’ cukup sinonim pada zaman sekarang. Mungkin sebab kerja di pejabat, mungkin juga sebab kerja-kerja rumah. Ubat tahan sakit bagaikan makanan harian pula. Ibu-bapa kena faham, bila mereka tertekan, anak juga terasa tempiasnya. Ini kerana mereka akan rasa layanan yang berlainan.
7. Ayah lebihkan masa dengan anak perempuan, ibu lebihkan masa dengan anak lelaki
Ini bukan sekadar soal jantina semata-mata. Ia adalah lebih kepada kemesraan. Selalunya, apabila anak semakin membesar, mereka masih lagi inginkan pelukan dan ciuman dari ibu-bapa sendiri. Walaupun selalu anak lebih rapat dengan ibu, mereka juga mahukan layanan istimewa dari ayah. Ini baru seimbang.
8. Biarkan anak ‘melawan’
Bukan dalam erti kata ‘melawan’ dengan kurang ajar. Namun biarkan anak memertahankan pendapat mereka sendiri. Ada kalanya, anak-anak rasa dia betul, namun sebaliknya, mereka belum cukup matang. Sebagai ibu-bapa, biarkan anak meluahkan rasa hati dan hujah mereka. Dengar dan fahamkan. Bukan bermakna kita setuju, tetapi sekadar memberi peluang mereka berkata-kata.
9. Usah berharap kepada anak yang sempurna
Semua ibu-bapa mahu anak yang ‘perfect’ atau sempurna serba-serbi. Namun, tidak semestinya kita dianugerahkan anak yang sebegitu. Jika mereka tidak berapa bagus pencapaian disekolah, dekatilah anak dengan kasih sayang. Jangan marah-marah bagaikan tiada hari esok. Mungkin itu sahaja tahap yang mereka boleh pergi. Dengan kata yang lain, ibu-bapa kena cuba menerima hakikat yang anak mereka tidak seperti yang diharapkan. Terimalah mereka seadanya.
10. Fahami kehendak anak
Semua orang rasa mereka lebih tahu cara mendidik anak. Namun, tidak semua anak berperangai sama. Mungkin ada yang sesuai dengan anak sulung, tetapi tidak pada anak kedua. Oleh kerana itu, penuhi kehendak anak yang berlainan. Bukan bermakna manjakan mereka dengan apa yang mereka pinta, tetapi lebih kepada penghargaan. Penyelidik bernama Liliana Lengua dari University of Washington mengatakan ibu-bapa perlu menyokong kehendak anak berdasarkan permintaaan mereka. Kalau anak mahukan basikal, tentu dia akan berkata “Seronoknya tengok Amir (nama samaran) tu main basikal kan ayah. Macam best je”. Ia tidak secara terus, tetapi lebih kepada satu ‘signal’. Ibu-bapa kena cepat tangkap maksud tersirat sebegini.
Read full post »
Powered by Blogger.