1)SILA KLIK BUTTON LIKE DIBAWAH
2)SELEPAS LIKE, KLIK SUPPORT US! UNTUK TERUSKAN...




Powered By IMuslimNetwork
Support Us!

Sunday, December 28, 2014

TIPS Menyahbeku Susu Ibu

0 comments



TIPS Menyahbeku Susu Ibu:

Susu ibu yang asalnya beku dan telah dicairkan, boleh digunakan dalam masa 24 jam jika disimpan di dalam peti ais. Susu ini tidak boleh dibekukan semula selepas dicairkan.

Semak tarikh pada bekas penyimpanan. Gunakan susu yang lama dahulu.

Nyahbekukan susu beku dengan meletakkannya di bahagian fridge selama 4 jam atau Lalukan bekas susu yang beku tadi di bawah air paip yang sejuk.

Setelah ia mula cair, lalukan atau rendam dalam air suam pula untuk terus mencairkannya.

Jangan cairkan pada suhu bilik. Suamkan susu tadi dengan merendamkannya di dalam mangkuk yang berisi air panas.

Jangan mencairkan atau memanaskan susu di dalam ketuhar gelombang mikro, oven atau di atas api.


www.pakarsakit-puan.blogspot.com
Read full post »

Wednesday, December 24, 2014

Alkisah Sebuah Hidangan Isteri

0 comments



Alkisah sebuah hidangan isteri…

Mak saya suka memasak tapi mak bukan seorang suri rumah, mak seorang engineer. Ada satu malam, mak balik sangat kepenatan tapi masih perlu memasak untuk saya dan abah.

Mak hanya mampu masak ayam kunyit, sayur kailan ikan masin dan nasi. 3 hidangan itu diletakkan di meja makan di mana ayah duduk goyang kaki menunggu makan.

Ayah meminta diri untuk solat Maghrib dulu sebelum makan. Ketika itu saya mencuba hidangan mak. Alamak, ayam kunyit terlalu masin, kailan separuh masak dan nasi hanyit.

Namun saya diam.

Selepas Isyak, ayah menjamu makanan masakan mak. Sambil makan, ayah bertanya bagaimana sekolah hari ini.

Saya tidak berapa ingat apa jawapan saya.

Ketika makan, mak mohon maaf pada ayah atas masakannya. Tapi ayah menjawab, “Sangat sedap sayang. Abang suka semua hidangan ini.”

Malam itu, sebelum tidur, saya pergi bersalam dengan ayah yang masih di ruang tamu dan bertanya betul ke ayah suka masakan mak tadi yang saya sendiri terasa susah nak telan.

“Anakku, mak dah penat sepanjang hari kerja. Mak dah penat. Hidangan kurang enak tak melukakan Mie dan ayah tapi kata-kata kasar akan menghiris perasaan,” kata ayah.

Mendengar kata-kata ayah, saya tersentak.

Lalu saya masuk bilik untuk bersalam dengan mak dan bertanya…

“Mak rasa ayah tadi kata suka masakan mak hari ini, mak percaya ke?”

“Anakku. Itu tak penting. Yang penting ayah jaga hati mak dan selepas makan, ayah tolong mak cuci pinggan. Ayah kamu itu orang besar, tapi benda-benda kecil sebegini yang buat mak sentiasa rasa bahagia kerana terasa ayah betul-betul sayang kat mak,” jawab mak.

Itulah perkara yang berlaku ketika kecil dan saya mengingati sehingga hari ini.

Kini saya sudah berkahwin, anak sudah tiga – dan melihat kembali kenangan manis ayah dan emak, saya semakin memahami fikiran mereka pada masa itu.

Mak dan ayah dan tindak-tanduk mereka menunjukkan mereka menerima segala kelemahan antara satu-sama lain dan meraikan perbezaan tersebut supaya hubungan erat dan kukuh sentiasa berkekalan. Mereka meraikan segalanya antara mereka, dan berusaha bersama untuk memastikan pasangan mereka sentiasa gembira dan bahagia.

Hidup ini terlalu singkat untuk sebarang kekesalan. Sayangi mereka yang melayan kita dengan baik dan kasihanlah pada mereka yang tidak.

Sebuah tulisan untuk renungan.


www.panduankeluargabahagia.blogspot.com
Read full post »

Tuesday, December 2, 2014

Senaman Ketika Mengandung

0 comments



Senaman Ketika mengandung
 
Senaman memberi kebaikan kepada tubuh badan termasuk ketika hamil. Ia membantu mempersiapkan wanita hamil untuk bersalin dengan membantu mengukuhkan otot, membina ketahanan serta memudahkan kita mengembalikan bentuk badan asal selepas bayi dilahirkan.

Mengekalkan kehidupan aktif semasa mengandung tidak semestinya bertujuan untuk membakar kalori.

Menurut pakar web di United Kingdom, babycenter.com, badan akan mengeluarkan hormon relaxin semasa mengandung yang melonggarkan sendi sebagai persediaan untuk bersalin.

Namun wanita perlu berhati-hati dengan pilihan senaman dan memberi perhatian kepada teknik gerakan yang dilakukan.

Sebaiknya, cari senaman yang tidak akan mencederakan ibu atau membahayakan bayi di dalam kandungan.

Senaman ideal


Senaman yang ideal akan mengepam jantung, membuat badan lebih mudah dilentur, menjaga berat badan daripada bertambah dan menyediakan otot untuk bekerja keras semasa proses bersalin, tanpa menyebabkan sebarang tekanan fizikal kepada ibu atau bayi.

Pelbagai aktiviti seperti berlari dan angkat berat yang ringan serta tidak merbahaya boleh dilakukan pada peringkat awal. Namun, mungkin wanita hamil perlu mengubah rejim senaman apabila mereka sarat mengandung.

Lebih baik jika elakkan daripada aktiviti yang boleh mendedahkan kita kepada risiko tergelincir dan terjatuh seperti berbasikal, menggunakan sepatu roda, menunggang kuda dan bermain ski.

Beberapa senaman di bawah agak agak selamat untuk ibu mengandung walaupun ada antaranya mungkin tidak sesuai dilakukan ketika memasuki bulan terakhir kehamilan.

Untuk keselamatan diri dan kandungan, rujuk kepada doktor terlebih dulu sebelum memulakan salah satu aktiviti dinyatakan di bawah.

Berjalan

Ia sebagai salah satu senaman kardiovaskular terbaik untuk wanita hamil. Berjalan mengekalkan kecergasan tanpa mencederakan lutut dan pergelangan kaki.

Ia selamat sepanjang sembilan bulan kehamilan dan mudah dijadikan aktiviti seharian.

Renang Pakar kesihatan dan kecergasan menganggap renang sebagai senaman terbaik dan paling selamat untuk wanita mengandung. Renang ternyata aktiviti yang ideal kerana ia menggerakkan kedua-dua kumpulan otot besar (lengan dan kaki), menyediakan manfaat kardiovaskular yang baik dan membuatkan wanita hamil berasa badannya ringan walaupun berat badan semakin naik akibat kehamilan.

Kelas senaman air

Ramai wanita mendapati kelas senaman air semasa mengandung menyeronokkan. Bersenam sambil berdiri di dalam air lembut buat sendi dan boleh membantu mengurangkan bengkak di kaki yang menjadi perkara biasa lewat usia kehamilan.

Namun, sukar untuk mencari kelas sebegini di Malaysia. Justeru, mungkin ibu hamil tiada pilihan selain berenang beberapa pusingan di kolam terdekat.

Yoga dan regangan Ia dapat membantu mengekalkan kepantasan otot dan membuat anda fleksibel tanpa kesan buruk ke atas sendi.

Namun, ibu hamil mungkin perlu menambah rejim yoga dengan berjalan beberapa kali seminggu untuk membolehkan jantung bekerja dengan baik.

Berhati-hatilah supaya tidak keterlaluan dalam membuat senaman regangan. Anda akan menjadi lebih lentur akibat kesan hormon relaxin yang menyebabkan ligamen lebih elastik.

Jangan terlalu lama mengekalkan gerakan regangan atau cuba membina fleksibiliti secara keterlaluan.

Pilates

Ia satu bentuk senaman yang menggabungkan latihan fleksibiliti dan kekuatan dengan kesedaran tubuh badan serta pernafasan dan otot.

Senaman ini berdasarkan pola gerakan tertentu yang dilakukan dengan perut dan otot lantai pelvis – dikenali sebagai “teras stabil” atau asas.

Otot ini juga dikenali sebagai otot penstabilan dalam kerana gerakannya mensasarkan perut dan lantai otot pelvik. Sememangnya otot berkenaan boleh menjadi lemah semasa mengandung dan senaman Pilates boleh dimanfaatkan.

Banyak senaman Pilates dilaksanakan dalam posisi “tangan dan lutut”. Posisi berkenaan adalah kedudukan yang ideal semasa mengandung.

Ia membantu mengurangkan tekanan ke atas bahagian belakang dan pelvis pada peringkat akhir kehamilan selain boleh membantu meletakkan bayi dalam posisi baik untuk bersalin.

Senaman angkat berat

Jika senaman angkat berat sudah menjadi sebahagian daripada aktiviti harian, tiada sebab untuk berhenti. Namun ketika hamil kita perlu mengelakkan daripada menggunakan besi yang terlalu berat dan melakukan postur tertentu.

Jika ibu hamil mengambil langkah berjaga-jaga yang perlu dan mempunyai teknik betul, senaman berat badan cara yang baik untuk membantu menguatkan otot.

Elakkan aktiviti panas badan yang keterlaluan, keletihan dan kurangkan aktiviti ini apabila kandungan kian membesar.

Tarian

Jantung dapat mengepam dengan baik jika kita menari menggunakan muzik latar kegemaran dalam keadaan selesa.

Namun, elakkan pergerakan yang memerlukan kita melompat, memutar atau menggoyangkan punggung. Teknik sememangnya penting justeru, elakkan pertukaran hala secara tiba-tiba.

Aerobik berimpak rendah dan fitball

Satu perkara yang baik mengenai kelas aerobik adalah ia membantu kita tahu bersenam dengan baik.

Jika menyertai kelas khusus untuk wanita hamil, anda boleh menikmati keakraban berdamping dengan orang yang sama seperti anda dan mendapat keyakinan setiap pergerakan terjamin selamat untuk anda dan bayi.

Oleh Hajahfarhana Tarmudi


www.pakarsakit-puan.blogspot.com
Read full post »

Saturday, November 22, 2014

Masalah Wanita - Gila Meroyan Selepas Bersalin

0 comments
Masalah psikologi selepas bersalin


Kelahiran anak tersayang merupakan saat-saat mendebarkan, yang dinantikan oleh sepasang kekasih yang baru mendirikan rumahtangga. Anak merupakan penyambung kasih antara dua insan yang bakal bergelar ibubapa. Namun, banyak perkara yang perlu ditempuhi dalam mengharungi dunia baru ini yang boleh menyebabkan stress kepada mereka.

Terdapat beberapa gangguan emosi yang ketara sehingga menyebabkan masalah psikologi atau penyakit mental selepas melahirkan anak. Meroyan atau gila meroyan merupakan istilah umum orang Melayu terhadap masalah perubahan emosi selepas bersalin. Gangguan emosi ini sebenarnya mempunyai spektrumnya tersendiri dari perubahan emosi yang tidak merbahaya atau dikenali sebagai postpartum baby blues sehinggalah penyakit mental yang serius , dikenali sebagai postpartum depression dan postpartum psychosis .

Penyebab gangguan emosi selepas bersalin

Penyebab sebenar gangguan psikologi selepas bersalin adalah tidak diketahui. Walaubagaimanpun telah banyak kajian dibuat yang menunjukkan interaksi antara masalah fizikal , masalah psikologi dan masalah sosial sama-sama menyebabkan gangguan emosi ini.

Secara fizikalnya, semasa mengandung, bukan sahaja hormon estrogen dan progesteron meningkat tetapi juga corticotrophin releasing hormone (CRH) dan hormon kortisol yang terlibat dalam mengawal stress juga meningkat. Sebaik sahaja kelahiran berlaku, hormon ini akan menurun dengan mendadak. Selain daripada itu ibu-ibu juga perlu menyesuaikan diri dengan perubahan fizikal seperti payu dara yang membengkak, penyusuan bayi susuk tubuh yang tidak lagi menarik, masalah semasa mengandung, masalah kelahiran , fizikal anak itu sendiri dan lain-lain lagi.

Secara psikologinya pula, peralihan kehidupan menjadi seorang ibu, tanggungjawab keibubapaan, kehilangan kebebasan hidup seperti sebelum mempunyai anak dan bayak masalah psikologi lain membelenggu bukan sahaja ibu-ibu tetapi juga si suami yang menjadi peyokong kuat kepada yang melahirkan anak.

Interaksi fizikal dan psikologi ini diburukkan lagi jika dengan masalah social seperti ibu-ibu tanpa suami, ibu remaja , masalah kewangan, masalah kekeluargaan danlain-lain lagi.

Postpartum “Baby Blues”

Postpartum blues adalah masalah perubahan emosi yang normal dan tidak serius. Ia kerap berlaku kepada wanita selepas bersalin. Ia boleh berlaku dari 60%- 80% ibu-ibu yang melahirkan anak. Perubahan emosi ini memuncak pada hari ke tiga hingga hari ke lima selepas bersalin. Ia akan berkurangan selepas lebih kurang sepuluh hari selepas bersalin dan akhirnya emosi mereka kembali kepada sedia kala. Ia boleh berlaku selepas kelahiran pertama dan seterusnya kerana setiap kelahiran adalah berbeza.
Ibu-ibu yang mendapat perubahan emosi ini mudah merasa penat dan keletihan. Kesukaran untuk tidur lena dan perubahan selera makan berlaku (kurang selera makan atau sebaliknya). Mereka mudah merasa tertekan, cepat marah, risau dan mudah menangis atau sedih tanpa sebab yang jelas.

Pakar berpendapat perubahan fizikal seperti perubahan hormon yang ketara, perubahan susuk badan seperti payu dara yang membengkak menyebabkan ketidaselesaan , tidak cukup tidur dan kekurangan tenaga berperanan sebagai salah satu penyebab postpartum blues . Selain daripada itu faktor emosi seperti kurang sokongan daripada suami, fikiran risau dan bimbang sama ada mereka akan menjadi ibu yang baik, menyesuaikan diri dengan kehidupan baru and memikirkan tanggung jawag keibubapaan secara tidak langsung menyebabkan perubahan emosi ini. Ibu-ibu yang mengalami perubahan emosi ini tidak perlu risau kerana ia hanyalah perubahan sementara. Tetapi jika ia bertambah buruk dan berpanjangan gangguan psikologi seperti kemurungan selepas bersalin mungkin berlaku.

Berikut adalah tips untuk membantu masalah ini.
  1. Buat persediaan dengan mempelajari tanggungjawab sebagai ibubapa dari kawan-kawan, keluarga atau bahan-bahan bacaan sebelum mengandung.
  2. Pastikan anda mendapat bantuan daripada suami , ahli keluarga yang lain untuk memberi sokongan emosi jika anda merasa tertekan.
  3. Dapatkan pembantu rumah atau ahli keluarga yang lain untuk menguruskan kerja-kerja seharian dan membantu penjagaan bayi dan anak anda yang lain semasa tempoh berpantang kerana anda masih lemah.
  4. Rehat yang cukup adalah penting. Ambil udara segar di luar dan jangan hanya berada di rumah walaupun anda berpantang
  5. Beri masa untuk diri anda sendiri.
  6. Diet dan pemakanan yang berkhasiat untuk kembali cergas.


Kemurungan selepas bersalin (Postpartum Depression)

Gejala kemurungan selepas bersalin atau postpartum depression adalah gangguan psikologi yang perlu mendapat rawatan daripada pakar. Ia lebih teruk dan mendatangkan kesan buruk kepada ibu dan bayi yang baru dilahirkan. Ia boleh berlaku satu dalam setiap lapan (1:8) ibu-ibu yang melahirkan anak atau 10% hingga 20% daripada ibu-ibu ynag mengandung. Ia berlaku lebih kerap berlaku pada bulan pertama sehingga selepas setahun kelahiran anak. Malah ia boleh juga berlaku selepas keguguran atau kematian bayi dalam kandungan.

Ibu-ibu yang mengidap kemurungan selepas bersalin mengalami perubahan emosi yang lebih teruk dan lebih lama berbanding perubahan emosi pada postpartum blues. Secara psikologinya , ibu-ibu yang mengalami kemurungan selepas bersalin mengalami perasaan sedih yang berterusan sepanjang hari dalam jangkamasa yang panjang. Mereka merasa kehidupan seharian tidak bahagia atau ceria lagi walaupun telah menimang cahaya mata. Mereka sering menangis dan merasa resah. Perasaan rasa tidak berguna, tidak bersemangat dan rasa bersalah menyelubungi kotak fikiran mereka. Mereka tidak dapat lagi menumpukan perhatian dan mudah lupa semasa melakukan kerja seharian. Selera makan berkurangan dan tidur yang tidak mencukupi. Gejala ini jika tidak dirawat boleh berterusan sehingga satu atau dua tahun dan bertukar menjadi psikosis selepas bersalin

Psikosis selepas bersalin (postpartum psychosis)

Psikosis selepas bersalin atau Postpartum Psychosis juga di panggil gila meroyan merupakan masalah psikosis paling teruk yang jarang berlaku selepas bersalin. Ia berbeza daripada masalah psikosis yang biasa berlaku kepada masyarakat umum kerana kaitannya dengan proses bersalin, manifestasinya yang lebih mirip kepada masalah emosi dan prognosis yang lebih baik.

Di kalangan seribu ibu-ibu yang melahirkan anak, satu hingga dua orang daripada mereka (1- 2: 1000) boleh diserang psikosis selepas bersalin.

Ia biasanya bermula 3 hingga 5 hari selepas bersalin dan dua pertiga daripada pesakit mendapat psikosis dalam dua minggu yang pertama selepas kelahiran. Namun ada kajian mendapati ia boleh berlaku beberapa jam selepas bersalin. Gejala psikosis selepas bersalin boleh berlaku sehingga satu atau dua tahun selepas bersalin. Namun terdapat percanggahan di kalangan pakar tentang tempoh ini. Bulan awal kelahiran merupakan waktu yang kritikal dan ramai wanita yang mengidap psikosis selepas bersalin mengalami psikosis yang ketara pada waktu ini .

Gejala psikosis selepas bersalin bermula dengan gagguan emosi seperti perasaan resah dan tidak tenang, Mereka tidak dapat cukup tidur walaupun bayi tidur lena. Mereka sering merasa keletihan. Kemudiannya, ibu yang mengidap psikosis selepas bersalin ini akan mengalami emosis yang tidak stabil dan berubah-ubah. Terdapat tempoh kemurungan atau kesedihan yang melampau dan sering menangis.

Psikosis berlaku apabila mereka mula mempunyai perasaan ragu-ragu , bercelaru, bercakap merapu dan mengeluarkan fakta-fakta yang sukar diterima akal yang waras. Separuh daripada mereka (50%) mempunyai pelbagai kepercayaan karut atau delusion. Mereka mempunyai kepercayaan yang karut tentang bayi yang baru dilahirkan. Ada di kalangan pesakit yang beranggapan bahawa bayi tersebut cacat walaupun sebenarnya sihat, bayi yang dilahirkan bukan anak mereka, bayi yang dilahirkan membawa sial dan sebagainya. Terdapat juga pesakit yang mempunyai kepercayaan karut seperti mendakwa mereka tidak pernah mengandung, diri diperkosa, rahim mereka tercedera dan sebagainya. Satu perempat daripada mereka ( 25%) mengalami gangguan halusinasi dengan mendengar suara-suara ghaib yang kadang-kadang memburukkan mereka, menyuruh pesakit membunuh bayi dan sebagainya.

Terdapat ibu-ibu yang mengalami psikosis selepas bersalin tidak mahu menjaga bayi mereka sendiri, membenci bayi tersebut malahan 4% daripada mereka cuba membunuh bayi (infanticide) mereka sendiri. Kadar bunuh diri di kalangan ibu-ibu yang mengalami psikosis selepas bersalin juga adalah tinggi sehingga mencecah 5%.

Gejala psikosis selepas bersalin ini boleh berulang sehingga 25%-75% daripada mereka yang telah mendapat penyakit ini akan mendapat gejala tersebut pada kelahiran seterusnya. Prognosis penyakit ini adalah lebih baik berbanding psikosis lain seperti schizophrenia.

Faktor risiko gangguan psikologi selepas bersalin

1. Mempunyai sejarah penyakit mental
  • Wanita yang pernah mengalami penyakit mental seperti bipolar disorder, depressive disorder atau psikosis selepas bersalin sebelumnya lebih berisiko .
2. Mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai sakit mental
  • Lebih kurang 50% daripada ibu yang terlibat mempunyai sejarah keluarga dengan masalah emosi seperti kemurungan.
3. Melahirkan anak pertama ( Primaparity)
  • Wanita yang melahirkan anak buat pertama kali adalah dua kali ganda berisiko untuk mendapat psikosis selepas bersalin. Mereka yang masih muda dan mentah mempunyai kurang pengalaman menghadapi stress dalam penjagaan anak, mengurus diri semasa berpantang dan tekanan kehidupan baru sebagai ibu.
4. Komplikasi semasa mengandung
  • Ibu yang mempunyai komplikasi semasa mengandung seperti perdarahan, kencing manis dan darah tinggi semasa mengandung berhadapan dengan stress dan lebih berisiko mendapat psikosis selepas bersalin.
5. Komplikasi semasa melahirkan anak
  • Ibu yang mempunyai komplikasi semasa melahirkan anak sepertikelahiran pramatang, kelahiran songsang (breech delivery), pembedahan caesarian, tali pusat terbelit, bayi yang lahir bermasalah seperti cacat atau kematian bayi dan sebagainya berhadapan dengan stress dan lebih berisiko mendapat psikosis selepas bersalin
6. Masalah Sosial
  • Ibu yang mempunyai masalah sosial seperti ibu-ibu yang melahirkan anak tanpa berkahwin, ibu-ibu tunggal yang telah berpisah tanpa sokongan suami juga berisiko. Di samping itu masalah seperti kekurangan wang, pergaduhan suami isteri , pertelingkahan dengan mertua dan lain-lain masalah kehidupan meyebabkan ibu-ibu stress dan berisiko untuk psikosis selepas bersalin.


Kesan negatif gangguan psikologi selepas bersalin

Ibu-bapa berperanan penting dalam mendidik anak dan bertindak sebagai perantara pertama antara kehidupan anak dengan alam sekeliling. Ia bermula dari dalam kandungan ,awal kelahiran dan sehinggalah anak membesar. Anak-anak belajar daripada interaksi yang berlaku antara ibubapa dengan mereka.
Ibu-ibu yang mengalami perubahan emosi dan gangguan psikologi boleh memberi kesan yang negatif bukan sahaja terhadap diri mereka sendiri tetapi juga bayi yang baru dilahirkan. Berikut adalah antara kesan negatif tersebut:

1. Perkembangan bayi terbantut
  • Kajian menunjukkan gangguan psikologi ibu selepas bersalin boleh menyebabkan gangguan perkembangan kognitif seperti perkembangan IQ dan perkembangan bahasa atau pertuturan anak atau bayi yang dilahirkan

2. Perubahan tingkahlaku anak
  • Ibu yang mengalami kemurungan atau psikosis tidak dapat lagi memberi perhatian kepada anak yang baru di lahirkan. Jika masalah ini berlanjutan gangguan tingkahlaku anak juga akan berlaku. Ia lebih ketara di kalangan ibu-ibu yang mendapat penyakit ynag berulang.

3. Kes bunuh diri dan membunuh anak (infanticide)
  • Di peringkat yang teruk 5% daripada ibu yang mengalami gangguan mental ini boleh membunuh diri sendiri dan 4% daripada mereka membunuh anak yang dilahirkan. Kebanyakannya adalah disebabkan gangguan psikosis yang dialami.


4. Kualiti kehidupan dan aktiviti seharian ibu, anak dan keluarga terjejas
  • Disebabkan gejala kemurungan dan psikosis ini kualiti kehidupan dan aktiviti seharian bukan sahaja pesakit yang terlibat tetapi juga anak dan keluarga juga terjejas. Kebahagiaan yang digambar dengan kelahiran anak bertukar menjadi huru hara.


Rawatan

Psikosis dan kemurungan selepas bersalin adalah gangguan emosi yang serius . Implikasi terhadap pesakit dan bayi adalah merbahaya jika tidak dirawat dengan baik. Ia tidak boleh hanya dirawat dengan ubat-ubatan tradisional dan kaunseling sahaja.

Langkah pencegahan
  1. Dapatkan keluarga yang memahami, membantu anda dan persekitaran yang tenang semasa mengandung dan selepas bersalin.
  2. Sebagai langkah awal sebelum ia berlaku, wanita yang telah pernah mengidap penyakit ini perlu mendapat rawatan daripada pakar psikiatri. Laporkan kepada bidan yang bertugas di klinik antenatal bahawa anda pernah mengalami kemurungan , psikosis selepas bersalin atau gangguan mental yang lain.
  3. Pakar psikiatri mungkin perlu memulakan ubat-ubatan yang selamat sebagai langkah pencegahan kepada pesakit yang telah mempunyai sejarah penyakit mental.

Sokongan Keluarga
  1. Keluarga terutama suami perlu memberi sokongan kepada ibu-ibu yang berisiko dan mereka yang mengalami psikosis selepas bersalin.
  2. Elakkan percanggahan pendapat , pergaduhan dan sebagainya yang boleh meningkatkan stress pesakit.
  3. Bantu pesakit menguruskan diri semasa berpantang.
  4. Fahami masalah psikologi selepas bersalin
  5. Membantu penjagaan bayi yang baru dilahirkan jika didapati pesakit tidak mampu dan membahayakan.
Rawatan Kepakaran
  1. Pesakit perlu dimasukkan di hospital jika tiada sokongan keluarga dan didapati merbahaya kepada diri sendiri atau bayi dan orang sekeliling.
  2. Perbincangan dengan pakar psikiatri untuk memulakan ubat-ubatan seperti ubat untuk psikosis dan kemurungan. Berbincang juga mengenai kebaikan dan komplikasi ubat-ubatan tersebut. Terdapat juga alternatif lain seperti rawatan elektrokonvulsif jika ia dirasakan perlu.
  3. Bayi boleh diberi penyusuan jika pesakit tidak merbahaya dan ubat-ubatan tidak memberi komplikasi serius kepada bayi yang disusui. Perbincangan dengan pakar amat penting.
  4. Perbincangan dengan pakar psikologi untuk menangani masalah sosial yang dihadapi oleh pesakit, keluarga dan cara-cara menguruskan stress.

www.pakarsakit-puan.blogspot.com
Read full post »

Sunday, November 16, 2014

Kajian: Mengapa Wanita Gemuk Selepas Berkahwin

0 comments

Sedar atau tidak, kebanyakan wanita berat badannya bertambah selepas berkahwin. Ingin tahu kenapa? Mengikut kajian terhadap lebih 125,000 orang, mereka yang berkahwin lebih cenderung untuk bertambah berat badan. Antara faktor-faktor utama :

1) Perubahan Hormon

Semasa mengandung, Si ibu akan lebih cenderung risaukan kesihatan anak dalam kandungan. Bukan hanya makan untuk seorang tetapi makan untuk 2 ORANG. Maka si ibu akan cepat berasa lapar dan letih kerana baby dalam kandungan berkongsi khasiat dalam badan. Doktor juga menyarankan makan kerap dan mengambil makanan yang berkhasiat, tidak boleh sesekali mengambil makanan bergas, berajinamoto ataupun makanan yang tinggi kandungan pewarna dan perasa tambahan. Di sebabkan itu juga, berlaku penambahan berat badan yang mendadak dan kita sering lihat si ibu makin montel dan comel

2) Dah ada ‘peneman’ setia

Sebelum kawin, punya la risau akan berat badan gara-gara takut tiada siapa yang nak. Tapi apa yang berlaku lepas kahwin, penampilan diri entah ke mana kerana sudah ada suami tercinta. Perlu di ingatkan, berhias untuk suami adalah menjadi satu ibadah. Kalau terasa tidak mahu suami mencari pasangan lain, mari kita sama-sama exercise dan mengubah cara hidup sebelum terlambat. Anda cantik, pastinya menjadi kebanggaan suami

3) Sering ke dapur

Adalah menjadi tanggungjawap perempuan menjaga kebajikan si suami selepas berkahwin. Anda sering ke dapur untuk menyediakan makanan untuk suami dan anak-anak. Jika mereka lapar, anda pasti risau. Oleh kerana anda sentiasa memasak di dapur, andalah orang pertama yang besar kebarangkalian untuk menjadi gemuk kerana makanan di depan mata! Oleh itu, kawal pemakanan, dan sediakan hidangan mengikut waktu tertentu.

4) Malas bersenam


Ini bukan sehaja berlaku pada wanita selepas berkahwin, tapi yang belum berkahwin juga ada yang malas bersenam kerana tidak peduli tentang kesihatan. Wanita yang lepas berkahwin kurang kesedaran untuk menjaga kesihatan kerana sudah memiliki keluarga dan lebih fokus kepada kewangan dengan jumlah ahli keluarga yang makin berkembang dari masa ke semasa. Mereka juga kurang mendapat dorongan dari suami kerana suami sibuk bekerja walaupun hari weekend lebih selesa duduk bersantai di rumah bersama keluarga tanpa melakukan sebarang aktiviti. 


[Sumber: Nashatadotcom]


Read full post »

Friday, October 31, 2014

Cara Melatih Anak Adab Di Meja Makan

0 comments



Latih si kecil di meja makan

Gelagarnya seronok dilihat dan kalau diizinkan masa, menghabiskan masa seharian bersama si kecil pasti jadi pilihan. Saat si manja mula pandai berjalan, majoriti ibu bapa berasa lega kerana si anak tidak perlu digendong ke sana sini.

Namun saat si kecil mula belajar menggerakkan kakinya, tangan serta tubuhnya ikut serta melangkah lalu habis setiap ruang di rumah dipunggahnya.

Ia lumrah bagi kanak-kanak yang sudah mampu berjalan dan biasanya ibu bapa cenderung mengajar anak terbabit beberapa adab tatasusila di rumah.

Namun, satu perkara yang jarang diberi perhatian kala mengajar si kecil mengenai peraturan dalam kehidupan. Pada saat ibu bapa sibuk mengajar si kecil agar tidak menyepahkan barangan dan tidak menconteng dinding, ramai ibu bapa mengabaikan ajaran tatatertib di meja makan.

Sudahnya, si kecil mula tidak selesa apabila diminta duduk beradab di meja makan hingga menyukarkan ahli keluarga lain menikmati hidangan.

Lebih buruk apabila kanak-kanak terbabit tidak mampu duduk diam ketika dibawa ke restoran lalu mengganggu pengunjung lain dalam premis itu.

Biasanya, ibu bapa hanya mampu mengikut saja ragam si anak kerana tidak mahu kanak-kanak itu menimbulkan lebih banyak ragam dan masalah.

Bagi Perunding Psikologi Klinikal Pusat Perubatan Prince Court, Urmilah Dass, menurut saja kehendak si kecil kerana mahu menghentikan perangainya itu bukan saja membuatkan keadaan lebih buruk pada masa depan, malah tidak memberi manfaat kepada anak terbabit.

"Itu kesilapan utama ibu bapa kerana mereka tidak langsung memberi pengajaran kepada kanak-kanak itu.

"Mengikut saja kemahuan anak bagi mengelakkannya meragam bukan saja menyukarkan aktiviti ibu bapa itu sendiri, malah membuatkan si kecil lambat mempelajari erti berdikari," katanya.

Kanak-kanak seawal usia tiga tahun disifatkan sudah mampu menerima dan menuruti arahan. Justeru, pada usia begitulah ibu bapa perlu memberi perhatian dalam pengajaran awal untuk anak mereka.

"Ajar kanak-kanak ini peraturan asas di meja makan. Ia memerlukan usaha dan latihan berterusan bagi membolehkan kanak-kanak faham dengan peranannya.

"Perkenalkan dua atau tiga konsep dalam satu masa. Kanak-kanak sukar memproses maklumat jika diajar terlalu banyak. Mulakan dengan perkara paling mudah iaitu sudu dan garpu.

"Tunjukkan cara menggunakan tangan, sudu dan garpu dengan betul. Pujuk mereka untuk mengulang semula dan berikan pujian apabila si anak dapat melakukannya dengan baik setiap kali di meja makan," ujarnya.

Selain itu, Urmilah menggesa ibu bapa membiasakan ucapan `boleh' atau `please' dengan anak-anak.

"Setiap kali ibu bapa cuba meminta kanak-kanak ini melakukan sesuatu, ucapkanlah `boleh' atau `please'. Pada masa sama, ajarkan juga dua perkataan ini dengan anak-anak.

"Apabila mereka melihat dan mendengar sendiri ibu bapa menggunakan ayat itu, secara tidak langsung kanak-kanak akan terpengaruh dan besar kemungkinan mengikut apa yang diucapkan ibu bapanya," tegasnya.

Tip adab di meja makan untuk kanak-kanak:

* Minta anak duduk di atas kerusi dan menghadap meja makan selama 15 minit. Tegaskan bahawa mereka tidak boleh berdiri atas kerusi atau menarik alas meja.

Kenakan denda kecil jika mereka tidak mahu duduk diam.

* Ajar anak tertib menunggu ter-lebih dulu sebelum makan sehingga semuanya sudah duduk di tempat masingmasing.

* Latih kanak-kanak menggunakan napkin atau alas paha dan bukannya mengesat kotoran dengan baju.

* Latih anak menguka mengapa makan dengan mulut terbuka itu tidak sopan. Konsep ini memerlukan latihan berterusan dan sesekali berikan ganjaran kepada si kecil apabila dia berjaya melakukannya.

* Latih anak agar tidak mengkritik makanan. Ceritakan mengenai keperitan golongan miskin yang sukar mendapatkan makanan.

Ajar anak untuk menolak makanan yang tidak digemari dengan cara senyap dan berhemah.

Oleh Nor Faizah Mohamed


www.muslimparentingnetwork.blogspot.com
Read full post »

Friday, October 17, 2014

Panduan Mengawal Anak Mengamuk

0 comments

Panduan mengawal anak mengamuk

 
Pernahkah anda mengalami keadaan anak-anak yang mengamuk. Tidak semena-mena dia menjerit, membaling barang-barang yang ada, sukar untuk dipujuk dan sebagainya.

Anak yang sedang mengamuk bagaikan seorang yang hilang kawalan, sebenarnya sedang menghadapi badai dan taufan dalam emosinya. Dia memerlukan seseorang yang lebih bijak untuk membawanya keluar daripada keadaan itu dengan selamat.

Sebagai ibu bapa, anda pula tidak harus hilang kawalan saat itu, kalau tidak pastinya akan mengeruhkan lagi keadaan.

Sekiranya anda memarahi anak secara melulu, menengking dan menjerit kepada mereka, tidak akan memberi kesan yang positif bagi jangka panjang.

Pada awalnya memanglah mereka akan nampak diam dan nampak seperti mendengar kata, tetapi hati dan jiwa mereka tercalar. Dalam situasi seperti ini perlunya nilai-nilai kepimpinan dalam diri ibu dan bapa untuk mengendalikan keadaan.

Jika mereka tidak faham tindakan anda dan pertalian anda dengan mereka tidak rapat, apabila mereka semakin besar mereka tidak lagi menghormati anda. Ini kerana anda tidak menunjukkan kepada mereka yang anda boleh mengawal keadaan dengan tenang dan tegas, penuh hormat dan kasih sayang serta tidak melukakan emosi dan jiwa mereka.

Memang kita geram dengan perangainya pada ketika itu, tetapi ingatlah bahawa anak kita itu tidak dilahir sememangnya degil dan jahat atau suka mengamuk dan akan mengamuk hanya untuk menyakitkan hati ibu bapa yang dia sayang.

Fikir-fikirkan kembali mengapa pula dia hendak menjadi degil? Adakah hanya kerana dia sememangnya dilahirkan degil dan berperangai seperti hantu?

Adakah mereka ini keturunan Adam A.S yang taat dan kasih kepada Allah atau keturunan iblis yang tidak mahu taat kepada Allah? Jawapan soalan ini memberi anda kesedaran betapa tidak baiknya kita bersangka buruk terhadap anak kita apabila mereka lemah pada ketika itu.

Jika kita fikir sejenak, memang tidak logik untuk kita memikirkan anak kita ini mengamuk hanya kerana memang itu tabiatnya.

Itulah sebabnya, apabila kita mengawal diri kita, kita boleh tahu, anak ini mungkin letih, mungkin rasa tidak dikasihi atau keletihan sehingga dia hilang kawalan emosinya.


www.ibubapamithali.blogspot.com
Read full post »

Saturday, October 11, 2014

TIPS MENJAGA BUAH PINGGANG

0 comments

1. Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram ,buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana.

2. Memakan mi segera seperti mi maggi dan makanan rapu seperti twisties, chikadess, serta mi kuning dan roti canai memudahkan penyakit buah pinggang menyerang (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)

3. Minuman seperti nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa, meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh ‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.

4. Pengambilan Coklat perlu dielakan dan meminimunkan pengambilan air milo dan gantikannya dengan horlick , dilarang sama sekali pengambilan minuman bergas kerana merosakkan buah pinggang.

5. Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.

Mencegah adalah lebih baik dari merawat.....


Read full post »

Thursday, October 2, 2014

Perlu Menjaga Emosi Ibu Ketika Hamil

0 comments

Selalunya saya bercerita mengenai anak-anak. Hari ini izinkan saya bercerita mengenai si ibu kepada anak-anak dalam konteks ketika anak itu dalam kandungan lagi.

Masa paling kritikal untuk diri seseorang itu bukanlah setelah dia lahir, tetapi sebelum dia lahir lagi. Semasa di dalam kandungan adalah masa yang sangat kritikal dalam membentuk sistem kepercayaan diri yang tegar.

Kepercayaan diri yang mendalam, positif atau negatif terbentuk sejak seseorang itu masih dalam rahim ibunya melalui apa yang si ibu itu lalui semasa dia mengandung.

Oleh itu seorang ibu yang mengandung disarankan menjaga emosi diri dan orang-orang yang di sekelilingnya perlu membantu seorang ibu itu supaya dia berasa dikasihi dan dihargai.

Pentingnya seorang ibu itu mengawal emosinya dan bantuan orang di sekelilingnya juga penting.

Apabila si ibu yang mengandung melalui renjatan emosi, ia boleh memberi kesan buruk kepada anak yang di dalam kandungan, terutamanya dari segi kestabilan emosi anak itu apabila lahir dan membesar nanti.

Tidak ada yang lebih menggembirakan dan menenangkan hati seorang ibu yang mengandung selain daripada dilayan penuh mesra dan hormat oleh suami yang tercinta.

Oleh itu para suami, jagalah perasaan isteri terutama semasa mengandung. Anda telah mengahwininya dan mengambilnya dari sebuah keluarga yang sayang kepadanya.

Ibu dan bapanya menyayangi dia dan mengamanahkan anda untuk menjaga dia. Maka jagalah diri fizikal, mental, emosi dan jiwanya. Anda akan bahagia di dunia dan di akhirat.

Memang ramai ibu yang mengandung banyak ragamnya, tetapi tidak perlulah diturut semua kerana yang penting ialah melayan emosinya dengan baik.

Ramai ibu muda menjadi tidak keruan apabila mula-mula mengandung. Banyak perasaan yang dirasai sangat berbeza. Adakalanya para ibu mengandung merasakan bahawa badannya dikuasai oleh orang lain.

Ini semua berlaku kesan daripada perubahan hormon yang sedang berlaku dalam diri seorang ibu yang baru mengandung itu.

Maka seorang suami yang pengasih dan prihatin akan mengambil kira semua ini dan tidaklah asyik mementingkan diri.

Malangnya, ada juga segelintir para suami yang tidak bijak, tidak bertanggungjawab dan tiada belas ihsan lalu menyakitkan isteri secara fizikal, mental dan emosi.

Apabila orang terdekat menjadi punca hati hiba dan air mata mencurah semasa mengandung, apakah cara yang boleh dilakukan untuk janin tidak menjadi negatif sikapnya terhadap dunia?

Bagi isteri yang dikasari, kuatkan jiwa dan hati anda. Apakah yang anda boleh lakukan:

1. Berdoa supaya Allah terus menjaga anak di dalam kandungan dan terlindung daripada renjatan emosi yang terjadi hasil tekanan emosi yang mungkin sedang anda lalui.

2. Bercakaplah perkara positif kepada anak itu. Katakan betapa anda mengasihi dia dan ajak dia memaafkan ayahnya.

3. Anda juga perlu berusaha memaafkan suami anda atas keburukan tingkah-lakunya.

4. Banyak bersolat hajat dan membaca al-Quran. Supaya hati dan jiwa menjadi tenang. Endorphin akan dirembeskan ke dalam badan apabila kita banyak membaca al-Quran dan bersolat. Endorphin memberikan tenaga positif kepada kita dan kandungan kita. Oleh itu, ia akan meningkatkan getaran tenaga kita dan menghindarkan kesan negatif daripada orang yang negatif. Insya-Allah.

5 Setiap hari apabila berdoa dan selepas berdoa, ambil masa menggambarkan akan aman dan indahnya rumah tangga anda. Gambarkan di minda dan rasakan dengan kuat di hati betapa suami anda sangat menghargai dan melayan anda dengan baik dan kasih sayang anda berdua bertambah menebal. Gambarkan yang baik-baik. Allah mengikut sangkaan hambanya. Jika diizin-Nya, doa anda dan gambaran ini akan menjadi kenyataan. Tidak mustahil, kerana Dialah yang memegang hati hamba-Nya.

Bagi para isteri yang mempunyai suami yang prihatin, ucapankan kata-kata penghargaan, hantarlah mesej terima kasih kepada mereka.

Hargai kebaikan mereka supaya mereka tahu itu adalah cara yang disukai. [utusan]

www.pakarsakit-puan.blogspot.com
Read full post »

Petua Mudah Menghilangkan Kelemumur

0 comments



3 Cara mudah untuk mengatasinya masalah kelemunur ialah :-

1. Selepas rambut dibasuh, lumurkan dengan beberapa potong limau nipis. Biarkan selama 15 minit. Kemudian cuci dengan air sehingga bersih. Kelemumur bukan sahaja dapat diatasi bahkan rambut menjadi lembut dan bersinar.

2. Kisar tiga batang serai bersama dua biji limau nipis hingga lumat. Kemudian tapis dan ambil patinya. Sapu pada seluruh rambut seperti menggunakan syampu. Gosok rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air biasa hingga bersih. Amalkan dua kali seminggu.

3. Rendam halba dan kacang hijau selama setengah jam. Kemudian tumbuk sehingga hancur. Campurkan ke dalam secawan santan pekat dan sapukan pada rambut. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu.


www.pakarsakit-puan.blogspot.com/
Read full post »

Friday, September 19, 2014

9 PANDUAN MUDAHKAN KELAHIRAN YANG BOLEH DIAMAL

0 comments


Melahirkan anak adalah mudah sekiranya kena dengan caranya, amalkan panduan dibawah ini mungkin boleh mengelak anda dari mimpi ngeri bersalin.

9 Panduan Mudahkan Kelahiran

1. Urutan Perineal
Urutan yang dilakukan di bahagian perineum amat digalakkan kerana ia sedikit sebanyak dapat membantu anda memudahkan proses pelahiran yang bakal dilalui dan mengurangkan risiko koyak semasa meneran. Anda digalakkan untuk memulakan urutan ini iaitu di antara bahagian dubur dan faraj bermula daripada minggu ke-34 kehamilan sehinggalah ke saat mahu melahirkan.

Sebelum melakukan rutin urutan, pastikan jari anda benar-benar bersih. Urutan ini boleh dilakukan dengan menggunakan minyak tertentu yang berasaskan sumber bahan semula jadi. Antaranya minyak kelapa dara, minyak zaitun dan lain-lain. Dalam pada itu, elakkan penggunaan minyak bayi ataupun jeli petroleum. Namun, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.

2. Senaman Kegel
Senaman ini baik untuk menjadikan otot vagina lebih anjal. Dengan yang demikian, otot berkenaan boleh mengembang dengan lebih baik apabila tiba proses kelahiran. Senaman ini juga bagus untuk kekuatan otot rahim.

Menariknya, senaman ini boleh dilakukan di mana sahaja tanpa perlu ada orang lain mengetahuinya. Antara teknik senaman Kegel yang boleh anda lakukan ialah menahan air kencing separuh jalan dan kira sampai 10 dan kemudian dilepaskan bakinya.

3. Teknik Pernafasan
Di minggu-minggu terakhir kehamilan, anda sangat digalakkan untuk melakukan senaman secara tetap seperti berjalan-jalan selama 30 minit selepas makan malam sambil berlatih melakukan teknik pernafasan yang bakal anda aplikasikan ketika dalam proses pelahiran. Ketahuilah, teknik pernafasan amat penting untuk wdikuasai kerana ia dapat membantu ketika anda menahan sakit dan sewaktu proses meneran.

4. Tidur Mencukupi
Sudah menjadi kelaziman bagi wanita hamil mengalami kesukaran untuk tidur di minggu-minggu akhir kehamilan. Biarpun begitu, anda dinasihatkan untuk memastikan jumlah jam tidur adalah mencukupi. Hal ini sangat penting untuk memastikan anda kekal bertenang semasa melahirkan nanti.

5. Keadaan Selesa
Ketenangan fikiran dan kemantapan mental serta emosi sangat penting. Proses pelahiran akan berlangsung dengan lancar sekiranya anda berada di dalam keadaan selesa. Apatah lagi, keadaan yang tergopoh-gapah akan menyebabkan proses kelahiran memakan masa yang lama. Sikap yang tenang dan selesa dapat menghindarkan anda daripada menerima apa-apa juga jenis alat bantuan kelahiran seperti vakum atau forsep. Oleh itu, cuba tenangkan diri sejak dari rumah lagi sebelum berangkat ke hospital.

6. Teman Kuat Semangat

Apa yang paling penting dalam memudahkan kelahiran bayi ialah sokongan daripada yang tersayang. Di waktu anda perlu berhadapan dengan segala macam tekanan untuk melahirkan, keberadaan suami di sisi pasti dapat mengurangkan serba sedikit tekanan yang dialami. Namun, suami perlulah mempunyai semangat yang kental agar dia mampu memberi sokongan ketika anda berhadapan dengan kesakitan untuk melahirkan bayi.

Selain daripada suami, anda boleh meminta ibu atau ahli keluarga yang lain untuk menemani. Oleh yang demikian, ada baiknya untuk anda menentukan siapa yang bakal menemani di dalam bilik bersalin nanti. Malah, pilihan kedua selain daripada suami perlu ada agar anda tetap ada peneman jika tiba masanya nanti suami menghadapi masalah seperti takut darah, lemah semangat dan lain-lain.

7. Perguna Graviti
Amalan sentiasa bergerak dengan berjalan-jalan dapat membantu anda ketika proses pelahiran. Malah, jangka masa proses pelahiran boleh menjadi pendek jika anda berdiri tegak. Keadaan sebegini berupaya membantu bayi masuk ke saluran peranakan dengan betul. Oleh kerana itulah, anda tidak disarankan untuk hanya berbaring di atas katil. Adalah lebih baik anda berjalan-jalan di sekitar kawasan bilik bersalin sambil ditemani suami untuk memudahkan bayi “turun” sekali gus mempercepatkan proses pelahiran.

8. Baring Mengiring Ke Kiri

Amalan sebegini juga amat diyakini mampu mempercepatkan bukaan serviks. Berbaring mengiring ke kiri adalah lebih baik daripada berbaring terlentang kerana posisi ini akan memberi sedikit tekanan kepada bayi untuk membantunya menolak “keluar” dengan cepat.

9. Makan Secukupnya
Pastikan apabila sudah mendekati tarikh jangkaan bersalin, anda makan secukupnya. Ini sangat penting bagi memastikan anda mempunyai tenaga untuk proses meneran. Sekiranya tiada selera makan, banyakkan makan kurma kerana ia berupaya memberi tenaga tambahan kepada tubuh badan.

Kredit artikel kepada PaMa

Read full post »

Tuesday, September 16, 2014

Apa Itu Lotus Birth?

0 comments




Apa itu Lotus Birth? Lotus Birth berbeza dengan kaedah kelahiran yang biasa, kerana tali pusat akan dipotong sebaik saja ia berhenti berdenyut. Kemudian plasenta (uri) akan dibersihkan dan ditanam namun dalam Lotus Birth, tali pusat tidak dipotong, dan dibiarkan bersambung antara bayi dan plasenta hinggalah ia tercabut dengan sendirinya.

Ironinya dalam Lotus Birth ini ialah plasenta telah memberi manfaat kepada bayi selama 9 bulan ketika bayi dalam kandungan, maka ia boleh terus memberi faedah kepada bayi selepas kelahiran. Pengamal Lotus Birth percaya bahawa dengan kaedah ini, bayi tidak memerlukan imunisasi tambahan, kerana plasenta memberi cukup bekalan antibodi dan imunisasi yang diperlukan oleh bayi.

Kaedah Lotus Birth:

  • Plasenta atau uri dibiarkan melekat bersama tali pusat dan bayi. 
  • Plasenta atau uri dimasukkan ke dalam mangkuk yang bersih.
  • Tunggu sehingga tali pusat bayi berhenti berdenyut.
  • Plasenta dibasuh dengan berhati-hati.
  • Keringkan plasenta dan pastikan ada pengaliran udara agar ia cepat kering.
  • Boleh gunakan bunga-bungaan atau herba bagi mengelakkan bau yang tidak menyenangkan dari plasenta.
  • Pastikan talipusat bayi dan plasenta sentiasa dalam keadaan kering.
  • Bayi diuruskan seperti biasa dengan talipusat masih melekat pada badannya.
  • Biasanya selepas seminggu talipusat akan tertanggal dan plasenta boleh diuruskan seperti biasa; tanam dan sebagainya.
Lotus Birth dikatakan terdapat dalam ajaran Buddha, mungkin ada kaitan dengan kelahiran Siddhartha Gautama yang boleh berjalan sebaik saja dilahirkan, dan setiap langkahnya menghasilkan bunga teratai.

Di dalam Islam, uri diharuskan ditanam selepas dibersihkan dengan baik sebagai tanda pernghormatan terhadapnya.

Negara Amerika merupakan negara perintis Lotus Birth ini , dan diperjelaskan bahawa Lotus Birth ini sebagai langkah pencegahan untuk melindungi bayi dari jangkitan luka yang terbuka.

Walaupun ia agak baru di Malaysia,Budaya tidak memotong talipusat ini telah lama diamalkan dalam budaya Bali dan budaya orang asli. Bali mempunyai pelbagai tradisi dan ritual mengenai proses kelahiran. Setiap kelahiran membawa cerita yang baru dan berbeza untuk dijadikan sebuah pelajaran. Setiap wanita menyanyikan lagu kelahiran sendiri untuk bayinya. Ada banyak kegembiraan dan perayaan pada saat kelahiran.

Antara beberapa sebab mengapa ibu-ibu memilih untuk melahirkan secara Lotus Birth?

1.Tidak ada keinginan ibu untuk memisahkan plasenta dari bayi dengan cara memotong tali pusat

2.Supaya proses peralihan bayi berlaku secara lembut dan damai, yang membolehkan penolong persalinan untuk memotong tali pusat pada masa yang tepat.

3.Merupakan suatu penghormatan terhadap bayi dan plasenta.

4.100% memastikan bahawa bayi mendapat kandungan darah optimum dan khusus yang diperlukan bagi bayi.

5.Mendorong ibu untuk menenangkan diri pada minggu pertama selepas bersalin sebagai masa pemulihan sehingga bayi mendapat perhatian penuh.

6. Mengurangkan kematian bayi kerana pengunjung yang ingin bertemu bayi. Sebahagian besar pengunjung akan lebih memilih untuk menunggu hingga plasenta telah lepas.

7.Alasan rohani atau emosional.

8.Tradisi budaya yang harus dilakukan.

9.Tidak bimbang tentang bagaimana mengklem, memotong atau mengikat tali pusat.

10.Kemungkinan menurunkan risiko jangkitan (Lotus birth memastikan sistem tertutup antara plasenta, tali pusat, dan bayi sehingga tidak ada luka terbuka)

11.Kemungkinan menurunkan waktu penyembuhan luka pada perut (adanya luka memerlukan masa untuk penyembuhan.sedangkan jika tidak ada luka, masa penyembuhan akan sekurang-kurangnya)

Hanya kerana tali pusat telah berhenti berdenyut tidak bermakna tali pusat menjadi tidak berguna lagi. Tali pusat boleh terus berdenyut sekitar 2 hingga 3 jam.

Apapun sebabnya untuk mengenal pasti kebaikan dan keburukan dalam sesuatu tindakan, rujuk lah kepada pakar-pakar dlm bidang tertentu atau sebagai sandaran. Dapatkan saranan daripada pihak-pihak yang lebih tahu tentang hal ini. [bekungmoden]


Read full post »

Saturday, September 13, 2014

Punca Bayi Kena Penyakit Kuning (Jaundis)

0 comments

Masalah penyakit kuning di kalangan bayi baru lahir adalah fenomena yang kerap berlaku. Jika ditanya, ramai ibu menyatakan anak mereka kuning ketika minggu pertama selepas kelahiran. Tidak kurang pula rawatan tradisional atau alternatif yang digunakan seperti susu kambing, menjemur di pagi hari serta mandi menggunakan ubat tabib Cina.

Apakah penyakit kuning dan bagaimana ia berlaku?



Penyakit kuning, atau jaundis, sebenarnya bukan satu penyakit. Ia berlaku akibat sel darah merah yang pecah. Lebih banyak sel darah merah yang pecah, lebih tinggi kadar jaundis. Bayi terbabit mempunyai najis berwarna kuning dan air kencing jernih.


Terdapat beberapa keadaan di mana sel darah merah pecah pada kadar lebih tinggi seperti:

  • Pendarahan di bawah kulit kepala iaitu 'subaponeurotic haemorrhage'
  • Darah bayi yang pekat. Ini biasanya berlaku pada bayi dilahirkan ibu yang mengalami masalah
  • Kencing manis
  • Jangkitan kuman
  • Jenis darah yang berbeza antara ibu dan anak. Biasanya risiko lebih tinggi sekiranya salah seorang mempunyai darah jenis O.
Dalam keadaan sebegini, jaundis mungkin bermula dalam 24 jam pertama selepas lahir dan tahapnya mungkin melebihi 340 micromol atau liter

Mengenali Jaundis

Bayi jaundis boleh dikenali dengan warna kulitnya yang kuning. Ia biasanya bermula dari muka dan turun ke perut dan kemudiannya ke kaki. Untuk mengenal pasti sama ada bayi anda mengalami jaundis, tekan pada kulitnya untuk beberapa saat dan kemudian lepaskan. Sekiranya jaundis, kulit di bahagian yang ditekan akan kelihatan kuning.

Sekiranya jaundis itu fisiologikal atau berpunca daripada salah satu sebab di atas, air kencing jadi jernih manakala najis pula kuning.

Rawatan Jaundis

Doktor biasanya akan mengambil darah untuk mengenal pasti tahap dan jenis jaundis. Sekiranya perlu, bayi akan diletak di bawah lampu fototerapi. Ini akan membantu mengurangkan tahap jaundis. Ketika menjalani rawatan fototerapi, baju dan seluar akan ditanggalkan dan mata akan ditutup dengan cermin mata khas untuk mengelakkan kerosakan pada retina. Bayi juga perlu diberi susu dengan lebih kerap dan banyak untuk mengelakkan daripada dehidrasi.

Sekiranya tahap jaundis terlalu tinggi, doktor mungkin perlu melakukan pertukaran darah.

Rawatan tradisional?

Rawatan menggunakan susu kambing atau ubat mandian tidak mempunyai bukti saintifik mengenai keberkesanannya, manakala menjemur pula kurang efektif kerana ia bergantung pada cuaca. Pendedahan pada matahari terlalu lama boleh menyebabkan kulit menggelupas. Pendedahan pada cahaya matahari juga akan membuatkan kulit menjadi gelap. Kuning tidak kelihatan tapi tidak bermakna ia tidak ada lagi.

Risiko tahap kuning yang tinggi

Tahap kuning yang tinggi boleh menyebabkan kecacatan pendengaran serta 'choreoathetoid cerebral palsy' akibat dari bilirubin (bahan yang menyebabkan kuning) melekat pada bahagian otak.

Sekiranya jaundis berpanjangan?


Jaundis fisiologikal biasanya hilang pada hari ke-10 untuk bayi yang dilahirkan cukup bulan. Sekiranya berpanjangan, beberapa perkara perlu diteliti seperti adakah warna najis dan air kencing normal?

Sekiranya warna najis pucat dan warna air kencing gelap, ia menandakan masalah pada hati atau salur hempedu. Kanak-kanak yang menyusu badan sepenuhnya mungkin mengalami jaundis lebih lama. Bagaimanapun, warna najis dan air kencing tetap normal dan jaundis tidak tinggi. Jaundis yang disebabkan susu ibu tidak membahayakan bayi.

Sekiranya doktor mengesyaki bayi mempunyai masalah hati atau salur hempedu, bayi akan dihantar untuk pemeriksaan ultrasound. Ini mungkin diikuti dengan pemeriksaan lain untuk mengenal pasti punca kuning. Masalah seperti biliary atresia dan choledochal cyst di mana hati dan salur hempedu tersumbat, memerlukan pembedahan sebelum keadaan jadi lebih teruk.[hmetro]


www.panduanselepasbersalin.blogspot.com
Read full post »

Thursday, September 11, 2014

Video: Ibu Melahirkan Anak Kembar 3

0 comments



Inilah cara si Ibu melahirkan anak kembar 3 melalui penbedahan, ini cukup menyeksakan tetapi mengembirakan setelah semua selamat. Wahai si suami bayangkan seorang wanita mengandung tiga orang anak selama 9 bulan yang mana memikul beban yang berat sebegitu lama.

Tidakkah ini menyedarkan anda supaya lebih menghargai isteri anda?




Hargailah dan sayangilah Isteri anda...

www.panduansuamisteri.blogspot.com
Read full post »

Friday, September 5, 2014

7 Tips Mudah Untuk Menjaga Anak Demam

0 comments

1. Sukat suhu badan anak

Suhu badan yang normal ialah 36.7 C. Justeru, gunakan thermometer yang boleh didapati di kedai-kedai farmasi. Sebaiknya, setiap famili ada termometer ini. Sama ada jenis letak di dahi, di mulut atau di telinga. Terpulang kepada bajet dan keperluan. Alat ini penting dan perlu ada di rumah untuk kecemasan. Semasa anak demam, menjado tugas anda untuk sentiasa memeriksa suhu badan anak anda. Kawal suhu badan anak anda. Jika terlalu panas dan melebihi 39 C, ambil insiatif untuk turunkan suhu badan anak anda.

2. Tuam kepala dan badan anak

Jika suhu badan terlalu panas, ambil tuala dan rendamkan dalam air paip. Kemudian, tuam seluruh badan anak anda di bahagian kepala terutamanya. Kemudian tuam juga di bahagian pelipat seperti ketiak, celah peha dan celah kaki. Tuala yang dibuat tua itu perlu dicelup semula dengan air setelah digunakan. Jangan biar tuala itu di dahi terlalu lama. Jangan pakaikan baju tebal, Hanya pakaikan singlet dan kain nipis untuk menutup badannya. Jika masih juga panas, segera mandikan dia dengan air paip. Pastikan kepala anak anda sejuk sedikit dan tidak terlalu panas.

3. Guna daun bunga raya

Petua orang tua-tua harus dipercayai dan boleh diamalkan. Jika suhu badannya masih belum turun, pagi-pagi anda petik beberapa helai daun bunga raya, basuh dan kemudian rendam selama 30 minit. Kemudian daun tersebut anda potong kecil-kecil. Tapis dan ambil lendir daun tersebut. Lendir daun bunga raya boleh menurunkan suhu panas badan. Celupkan tuala dalam lender daun itu, kemudian lumurkan di kepala dan seluruh badan anak anda. Buat selama 20-30 minit. InsyaAllah demam anak akan kebah.

4. Beri anak makan bubur

Anak yang demam tiada selera makan kerana tekak mereka sakit akibat suhu badan yang panas. Jangan sampai terjadi tonsillitis. Masakkan bubur kosong dan hanya letak sedikit garam sahaja. Pastikan dia masih mampu makan untuk sembuh dari demam. Berikan makanan yang lembut dan tidak menyakitkan tekaknya. Jika dia tidak makan, badan anak tidak cukup tenaga untuk melawan penyakitnya. Aiskrim vanila boleh juga diberikan kepada si kecil jika tekaknya sakit. Atas nasihat doctor, aiskrim vanila dapat melegakan rasa panas dan sakit tekak. Boleh cuba beri anak makan sayur jika anak suka.

5. Minum banyak air dan susu

Berikan anak air masak yang secukupnya. Ini kerana ketika demam, suhu badan yang meningkat akan menyebabkan badannya mudah kekeringan air. Badan yang kekeringan air lebih lambat untuk sembuh dan ini akan membawa kepada masalah yang lain pula seperti ketidakseimbangan elektrolit (garam galian) di dalam badan dan kalau kekeringan air ini dibiarkan melarat, boleh menyebabkan anak mendapat sawan, kerosakan buah pinggang dan otak serta mungkin boleh menyebabkan kematian. Jika anak anda minum susu formula, berikan susu formula yang selalu dia minum. Jika anak masih menyusu badan, berilah sekerap mungkin dia susu supaya panas badannya berkurang. Susu ibu juga penawar dan antibodi melawan penyakit. Jika tekaknya sakit untuk minum, tampalkan ‘coolfever’ ditekaknya untuk kurangkan sakit tekak. Jus buah yang dicairkan, sup ayam atau daging, air nasi, air kelapa dan air barli juga boleh diberikan jika anak anda sudah besar.

6. Sentiasa di sisi anak


Anak yang tidak sihat, mereka memerlukan perhatian yang lebih daripada ibu bapa. Kita sebagai ibu bapa perlu sentiasa berada di sisinya ketika dia tidak sihat. Tanya keperluannya, perasaannya & berbual-bual dengannya. Bacakan buku kegemarannya. Tonton bersama cerita kesukaannya. Apa yang dia masukan jika masih tidak keterlaluan segera beri kepadanya. Sentiasa memeluk dan mencium anak dan bisik di telinganya, ibu sayang awak. Sihat cepat sayang. Nanti kita pergi jalan-jalan, bersiar & bermain. Beri semangat padanya. Pasti anak anda akan lebih cepat sembuh dari sakitnya.

7. Berdoa pada Allah

Doa juga merupakan senjata utama dalam setiap masalah yang kita hadapi. Walau sejauh manapun kita ikhtiar, tetapi kita tidak memohon kepadaNya, samalah seperti kita tidak percaya kekuasaanNya. Sebagai umat Islam, kita haruslah memohon pertolongan kepada Allah untuk memudahkan segala urusan kita dalam membesarkan anak-anak. Berdoa agar diberikan kesihatan yang baik kepada keluarga. Tambah pula dengan membuat solat-solat sunat. InsyaAllah, Allah akan perkenankan doa hambaNya yang berserah dan hanya percaya kepadaNya. Allah hanya akan menguji hambaNya yang mampu menanggung ujian itu.


Read full post »
Powered by Blogger.