1)SILA KLIK BUTTON LIKE DIBAWAH
2)SELEPAS LIKE, KLIK SUPPORT US! UNTUK TERUSKAN...




Powered By IMuslimNetwork
Support Us!

Monday, August 31, 2015

6 Cara Dan Tips Mengatasi Anak Tidak Mahu Makan (Atau Susah Makan)

0 comments



Andaikan situasi begini. Anda penat-penat masak untuk si comel, tetapi dia meluahkan kembali makanan yang disuap. Apa perasaan anda? Tentu ‘tension’ dan marah bukan?

Acapkali perkara begini menjadi satu kerungsingan pada ibu-ibu diluar sana. Jika tidak diberikan makanan, takut perut anak masuk angin. Namun, bukannya ibu tidak mahu berikan makanan, tetapi anak itu sendiri yang tidak mahu diberikan makanan. Ya, agak rumit. Hanya yang pernah merasainya akan mengetahu betapa sukarnya keadaan ini.


Memang agak payah untuk menguruskan anak yang susah mahu makan sehingga boleh jatuh sakit lagi-lagi makanan berkhasiat. Kalau gula-gula atau aiskrim, tidak perlu disuruh pun. Lumrah kanak-kanak sukakan makanan manis. Tambahan yang berumur 3-6 tahun yang sudah pandai memprotes dan memberontak. Kadang-kadang, terpaksa memaksa, buat helah dan menipu supaya mereka makan. Tapi, cara sebenar untuk pastikan anak-anak makan bukanlah dengan paksaan. Lebih baik kalau secara berterusan dan kreatif.

Mari kita sama-sama pelajari, apakah antara tips yang boleh mengatasi masalah anak susah makan ini?

1. Hias Makanan


Kalau nasi dan sayur dibuat seperti muka ‘teddy bear’, anak pasti suka. Lebih-lebih lagi bila menghias watak kegemaran anak-anak seperti Upin & Ipin atau BoboiBoy.

2. Variasikan Makanan Berkhasiat

Kalau anak anda sukar untuk makan sayuran atau buahan, cuba campurkan sedikit dengan krim putar, keju cair atau ais krim. Nampak macam bukan tekak orang Malaysia, tapi cuba dahulu. Contohnya, brokoli yang bersalut keju cair. Pasti anak- anak anda akan makan juga kerana rasa sayur sudah tidak jelas, di enakkan dengan rasa keju. Kalau mereka sukakan minuman manis, banyakkan buat jus buah. Kalau mereka suka makan burger atau pizza, boleh lebihkan sayuran dan daging.

Pernah ada situasi seorang kanak-kanak boleh makan apa saja termasuk sayuran yang pahit selagi makanan itu disalut oleh keju walau dia tidak sukakan sayur. Perlu ingat, jangan beri anak-anak makan makanan tidak sihat seperti dibincangkan sebelum ini.


3. Makan Bersama-sama Anak

Kalau ibu-bapa sendiri tidak makan sayur, bagaimana anak ingin makan sayr? Anda sendiri kerana tunjukkan tabiat makan yang betul kerana anak-anak anda memerhatikan anda dan mungkin mengajuk semula tindak-tanduk anda. Kalau mahu berdiet sekalipun, jangan ditunjukkan depan anak bahawa anda menahan makan dan menelan ubat kurus. Pastikan anda makan mengikut masa seperti rutin biasa seperti sarapan, makan tengahari dan makan malam supaya anak anda juga terikut-ikut cara anda. Tabiat makan makanan yang sihat juga adalah baik untuk mempengaruhi anak-anak.


4. Jangan Sesekali Memaksa Anak Makan

Sentiasa berfikiran positif. Jangan cuba cara ugutan iaitu seperti tidak membenarkan anak anda bermain jika dia tidak habiskan sayur. Ia akan menanamkan rasa negatif dan benci terhadap sayur dimana mereka langsung tidak akan sukakan makanan tersebut. Bertolerasi adalah cara yang terbaik. Atau dengan kata lain, ‘rasuah positif’. Contohnya, janjikan mereka makanan yang mereka suka dengan syarat mereka menghabiskan sayuran mereka. Jadi, mereka akan makan sayuran dengan lebih kerap dengan harapan mahu makan apa yang mereka suka selepas itu. Sekurang-kurangnya ianya bukan atas dasar paksaan dan ada perasaan negatif.

5. Sediakan Makanan Bersama


Kalau anda membeli-belah dan mungkin ingin memilih sayuran atau buahan, cuba ajak anak anda untuk buat pilihan bersama. Kebiasaannya, mereka memang gemar untuk melibatkan diri walaupun buat pilihan atas makanan yang mereka tidak suka. Apabila sampai waktu makan, mereka pastinya akan fikir mahukan ibubapanya makan makanan yang dipilih olehnya. Jadi dia juga akan turut makan sekali. Pastikan mereka juga lakukan kerja-kerja minor yang kononnya nampak seperti membantu anda seperti menggaul tepung, basuh sayur dan buah, mengacau masakan, memotong cendawan dan sebagainya. Penglibatan sebegini mewujudkan rasa kasih sayang dan diberi perhatian di samping mengeratkan keluarga.

6. Tunjukkan Visual Kegemaran Anak


Rajinkan diri untuk mengkaji dan kemudiannya menayangkan video kegemaran anak-anak yang menggambarkan pemakanan yang sihat. Biasanya kanak-kanak akan mudah terpengaruh dengan apa yang dilihat di video tambahan kalau ada watak kegemaran mereka yang turut sama lakukan sesuatu seperti memakan makanan sihat. Secara perlahan-lahan, anak anda yang mungkin payah untuk makan akan mula melihat tabiat makan itu adalah perkara baik. Contohnya seperti watak Popeye yang selalu makan sayur. Ada sebabnya mengapa watak-watak kartun dan artis-artis berpengaruh dibayar berjuta ringgit. Ianya kerana mereka mampu memberi arahan dan mempengaruhi anak-anak lebih baik dari anda.

Kesimpulan

Mahu mengikut rentak anak-anak supaya mendengar kata, bukanlah susah. Kalau gunakan cara yang betul dan sedikit kebijakan psikologi, bukan setakat makan, perkara lain pun senang diajar supaya jadi kanak-kanak yang berdikari. Selamat mencuba!

www.muslimparentingnetwork.blogspot.com
Read full post »

Thursday, September 4, 2014

Tahukah Anda Makanan Berisiko Kepada Bayi?

0 comments


Semakin membesar si comel, semakin teruja mama menyediakan pelbagai pilihan makanan. Tidak sabar hendak membenarkan bayi comel turut menyertai makan sekeluarga di meja makan. Tetapi awas, biarpun bayi anda semakin membesar, bukan semua jenis makanan dia boleh makan.

Jika selama ini anda puas membiasakan bayi dengan makanan pejal dan nampaknya dia tiada masalah mencuba pelbagai rasa yang berbeza namun masih ada beberapa jenis makanan yang dia tidak boleh ambil sebelum menyambut ulang tahun pertamanya.

*Sesetengah jenis makanan laut
mungkin mengandungi merkuri (raksa) yang boleh menjejaskan sistem saraf bayi yang sedang berkembang. Makanan laut seperti kerang-kerangan mentah juga boleh mengakibatkan risiko keracunan makanan.

*Telur mentah atau kurang masak. Pastikan telur yang diberi kepada bayi anda dimasak sempurna sehingga bahagian putih dan kuningnya keras.

*Makanan rendah lemak, rendah kalori dan berserat tinggi juga tidak sesuai untuk bayi. Bayi memerlukan makanan yang tinggi kandungan tenaganya.

*Kekacang.
Jangan bagi bayi makan kacang sehinggalah usianya mencapai lima tahun kerana ia boleh menyebabkan bayi tercekik.

*Garam.
Jangan tambah garam dalam makanan bayi kerana buah pinggang bayi masih belum mampu memprosesnya. Elakkan memberi bayi makanan yang masin, periksa label pada bungkusan makanan yang dibeli.

*Gula.
Makanan dan minuman manis tidak elok untuk pertumbuhan gigi bayi dan boleh menggalakkan bayi menggemari makanan manis. Elakkan memberi bayi makanan manis seperti puding, aiskrim, biskut atau gula-gula sehingga dia berusia dua tahun ke atas. 


Read full post »

Sunday, August 10, 2014

Kajian : Kepentingan Menjaga Sistem Penghadaman Bayi

0 comments
 Kajian : Kepentingan Menjaga Sistem Penghadaman Bayi
 
 
Kebanyakan kita tidak sedar kepentingan menjaga kesihatan sistem penghadaman pada usia kecil. Sistem penghadaman adalah antara sistem terpenting tubuh badan manusia kerana jika tidak dijaga, ia boleh menyebabkan pedih ulu hati atau sembelit, sekali gus menjejaskan kehidupan.

Pendidikan berterusan untuk ibu bapa meningkatkan pengetahuan mereka mengenai kepentingan kesihatan sistem penghadaman yang sihat untuk anak kecil sememangnya penting.

Terdapat juga pendapat bahawa isu sistem penghadaman yang berpunca daripada penyusuan akan hilang selepas 18 bulan pertama dalam kehidupan seorang kanak-kanak.

Namun tinjauan oleh pengeluar makanan kesihatan Abbot Nutrition International Malaysia mendapati 62 peratus ibu di Malaysia yang mempunyai anak berusia 18 bulan hingga empat tahun masih bimbang dengan keadaan dan kesihatan sistem penghadaman anak mereka.

Bukan kaum ibu saja yang risau mengenai kesihatan anak kecil mereka, malah bapa juga kini menunjukkan keprihatinan dan mahukan yang terbaik untuk anak mereka.

Stanley Chen, 35, dari Klang, Selangor sering membaca dan membuat tinjauan sendiri berkaitan pemakanan yang terbaik untuk anak kecilnya, Chen Wei Jun berusia setahun dua bulan.

“Saya dan isteri sedar mengenai kepentingan pemakanan. Wei Jun mempunyai masalah dengan rasa susu formula yang diminumnya sebelum ini.

“Dia hanya minum susu formula itu selama tiga hari saja. Setiap kali minum, dia cuma dapat menghabiskan 80 hingga 100ml sepanjang tempoh itu padahal kanak-kanak sebayanya patut mengambil 180 hingga 240ml susu.

“Dia akan tolak botol susu selepas minum seketika. Tambahan pula, dia sudah tiga hari tidak buang air besar ketika minum susu yang lain,” katanya.

Chen juga seperti sebilangan ibu bapa yang lain masih aktif mencari penyelesaian untuk isu penghadaman anak kecil mereka.

Usaha Chen ini disuarakan dalam satu majlis dianjurkan Abbot Nutrition Malaysia yang mengetengahkan Pengarah Kesihatannya Dr Shaalani Ramachandran yang mengupas isu kesihatan sistem penghadaman kanak-kanak.

Menurut Dr Shaalani, susu antara makanan terpenting bagi kanak-kanak yang sedang membesar dan ia haruslah mempunyai zat yang terbaik dan tidak mengganggu sistem penghadaman mereka supaya proses tumbesaran mereka tidak terjejas.

“Susu yang bagus untuk mereka adalah susu dengan berupaya menyerap nutrien utama dengan lebih baik. Susu yang dirumus dengan campuran lemak mudah hadam, membantu penyerapan lemak baik (DHA, AA) dan kalsium dengan lebih berkesan.

“Kajian saintifik membuktikan produk ini menggalakkan kanak-kanak membuang najis bertekstur lembut dengan mudah. Ia juga berupaya menguatkan sistem pertahanan badan semula jadi. Campuran khas nukleotida diuji secara saintifik dan terbukti berkesan dalam membantu menguatkan sistem pertahanan badan semula jadi kanak-kanak,” katanya.

Menurutnya, Abbot yang prihatin dan sentiasa tampil dengan produk yang memenuhi permintaan ibu bapa menghasilkan susu formula yang baik untuk penghadaman kanak-kanak berusia dari satu hingga tiga tahun menerusi Similac Total Comfort Plus.

“Ia mempunyai laktosa yang minimum dan protein whey mudah hadam yang sebahagiannya telah dipecahkan bagi memberi toleransi yang baik terhadap penyerapan susu.

“Kandungan galacto-oligosakarida (GOS) iaitu sejenis serat mudah larut menggalakkan pertumbuhan bakteria baik di dalam usus yang membantu menyokong kesihatan sistem pencernaan kanak-kanak,” katanya.
Read full post »
Powered by Blogger.