1)SILA KLIK BUTTON LIKE DIBAWAH
2)SELEPAS LIKE, KLIK SUPPORT US! UNTUK TERUSKAN...




Powered By IMuslimNetwork
Support Us!

Wednesday, April 30, 2014

14 Petua Menghilangkan JERAWAT

0 comments

Petua 1


CAMPURKAN air limau nipis dengan satu sudu minyak masak . Sebelum tidur , sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda.

Sekiranya anda merasa pedih , itu hanya sementara . Esoknya , ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas . Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka anda dengan air itu . Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda. Kuatkan gosokan anda pada tempat -tempat yang berparut. Biarkan beberapa minit , kemudian basuh dengan air biasa.

Petua 2

CAMPURKAN beberapa sudu tepung ubi kayu dengan air asam jawa . Kemudian sapukan ke muka anda . Amalkan setiap masa seperti anda menggunakan bedak sejuk . hasilnya , muka anda akan bertambah cerah dan lembut serta tidak berjerawat lagi.

Petua 3


GILING beras dan daun ini sehingga lumat. Bulatkan adunan tersebut sebesar duit lima sen dan jemur sehingga kering . Apabila hendak menggunakannya , titis sedikit air limau nipis dan sapu pada muka menggunakan belahan ubi kentang .

Petua 4


AMBIL 3 jenis akar kayu iaitu akar bunga melur , akar bunga cina dan akar kitam guri serta seketul kemenyan . Jika sukar mendapatkan ketiga-tiga akar ini , memadailah dengan dua jenis sahaja . Semua akar ini diasah di buntut pasu dengan sedikit air . Sapukan ke muka sebagai bedak sejuk . Jika anda suka , boleh juga dicampurkan dengan bedak sejuk atau dengan lendir daun lidah buaya . Selain diasah , ia boleh juga dikeringkan kesemua akar itu dan dikisar bersama kemenyan tadi .

Petua 5


PARUT temu lawak mengikut keperluan , kemudian campurkan dengan sedikit gula melaka . Ambil 3/4 suku gelas air masak dan campurkan dengan sedikit asam jawa dan 3 biji bawang merah yang ditumbuk lumat . Bancuh kesemua bahan tadi sehingga sebati, kemudian tapis . Minumlah airnya beberap kali , kemudian barulah dirawat kulit muka anda dengan petua lain yang telah diberikan .

Petua 6


AMBIL sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup . Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air .

Setelah campuran itu sebati , sapu ratakan ke seluruh muka anda . Biarkan kira-kira 20 minit . Kemudian ketika anda mandi, basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus .

Petua 7

PARUT jagung muda dan sapukan ke muka anda . Biarkan beberapa minit kemudian basuh hingga bersih . Selepas itu , sapukan lagi muka dengan jagung muda tadi . Kali ini biarkan hingga ke hari esoknya .

Petua 8

BASUH muka dengan air suam , kemudian gosoklah muka dengan tomato masak . Biarkan ia kering sendiri . Selepas itu bilas muka anda dengan air suam.

Petua 9

AMBIL air didihan nasi yang pekat dan sapukan ke seluruh muka . Biarkan kering dan jangan menggerak-gerakkan muka . Apabila kering , bilas dengan air bersih atau jika ingin cepat berkesan , bilas dengan air suam . Jika diamalkan setiap hari selama 2 minggu berturut-turut , anda akan lihat kesannya. Kulit muka anda akan bertambah bersih dan lembut .

Petua 10


GILING sedikit ibu kunyit , daun pegaga , pucuk daun asam jawa , beberapa kelopak bunga mawar dan sedikit beras yang sudah direndam selama dua malam . Apabila halus , bulat-bulatkan dan jemur sehingga kering . Jika hendak digunakan , hancurkan dengan air dan sapu ke muka sebelum tidur supaya liang roma kulit muka tidak ditutupi sebarang lapisan .

Petua 11

TUMBUK lumat rumput gelang sambal yang dibersihkan dengan air hujan dan dicampurkan dengan tepung beras sehingga sebati serta keringkan . Ia boleh dibuat bedak . Bersihkan kulit muka sebelum memakai bedak ini . Buat begini setiap pagi dan malam .

Kesannya tentu memuaskan hati anda .

Petua 12

AMALKAN memakai bedak sejuk dicampurkan dengan daun bunga tanjung yang ditumbuk lumat bersama sedikit kapur . Kacau semua bahan ini sehingga sebati kemudian sapukan ke muka setiap malam sebelum tidur . Jika selau diamalkan jerawat akan kering dan pupus.

Petua 13

AMBIL segenggam pucuk jambu batu dan uparkan (seperti menggulung) di tapak tangan . Selepas itu , gosokkan ke muka hingga ke leher . Biarkan beberapa minit supaya kering di muka . Kemudian basuhlah dengan air sejuk dan bolehlah anda mandi (jika mahu)

Petua 14

JERAWAT sering menimbulkan banyak masalah kulit terutama pada kulit muka. Jeragat pula kalau tak dijaga boleh merebak dan menampakkan kulit kita menjadi hitam. Kedua-dua perkara ini boleh menyebabkan resdung yang teruk. Kita atasi masalah ini dengan mengurang/membersihkan jerawat. Ambil sedikit daun penggaga tumbuk sehingga lumat kemudiannya dicampurkan dengan bedak sejuk. Bedak sejuk yang elok dibeli dari Langkawi buatan pribumi itu sendiri. Memang baik dan berkualiti. Kemudian pakaikan pada seluruh muka. Anda duduk senyap2 dan jangan bercakap. Anda akan rasakan kulit muka anda menjadi tegang. Kalau yang tempat ada jerawat ianya akan menjadi kering. Lebih kurang 30minit cuci dengan air suam. Lihatlah kesannya muka akan berasa licin dan bersih.Jeragat pula akan hilang sedikit demi sedikit akbit kesan dari penggunaan daun penggaga itu. Lakukan 3x seminggu, muka anda tidak akan ada masalah lagi.

Sumber: http://citrasupply.wordpress.com
Read full post »

Sunday, April 27, 2014

Cara Mudah Rangsang Bayi Merangkak

0 comments
Oleh:Nadia Mingguan Wanita


Ibu harus khuatir apabila bayi tidak merangkak atau cara merangkaknya tidak betul hingga usianya lewat lapan bulan. Tidak boleh merangkak disebabkan oleh pelbagai faktor, antaranya kekurangan khasiat, obesiti, kurang rangsangan merangkak hingga terlambat perkembangan, kelainan gerakan kasar, gangguan keseimbangan dan lain-lain.

Berikut, tip merangsang bayi agar gemar merangkak:

1) Sering meniarapkan bayi semenjak awal. Ini merangsangnya untuk mengangkat tubuh, mengangkat kepala dan bergerak dengan perutnya.

2) Elakkan baby walker, sebaliknya sering menurunkan bayi dari stroller atau gendongan untuk diletakkan di ruang luas dan bersih untuk merangsangnya merangkak. Sediakan alas dari benda-benda berbahaya.

3) Letakkan mainan di hadapan bayi. Bermain agar bayi tertarik, bertepuk tangan atau beri pujian meski bayi baru boleh beralih posisi dengan perut.

4) Beri bayi contoh. Merangkaklah bersama bayi.

5) Tidak terburu-buru merangsang bayi untuk berjalan.

6) Lakukan terapi urutan, senaman atau fisioterapi kerana ada kalanya rangsangan sahaja tidak cukup untuk mengembangkan kemampuan merangkak. Bertemu doktor anda untuk tujuan anda.

Apabila bayi merangkak dengan cara yang kurang tepat, misalnya 'bear crawl' atau merangkak dengan kedua-dua kaki diluruskan, maka harus diperbetulkan.

Apabila bayi terus mengesot, mungkin kerana otot-ototnya lemah sehingga dia tidak boleh mengangkat perut. Ini banyak dialami anak yang menghidap sindrom Down.

Fisioterapi dapat membantu memperbaiki gangguan merangkak dengan cara meningkatkan kemampuan motorik kasar bayi secara khusus, membantu meningkatkan koordinasi, kestabilan dan keseimbangan, mencegah dan membaiki kelainan bentuk tubuh, jika ada.

www.panduansuamisteri.blogspot.com


Sumber
Read full post »

Thursday, April 24, 2014

PENGORBANAN ISTERI YANG SERING TIDAK DISEDARI SUAMI

0 comments


PENGORBANAN ISTERI YANG SERING TIDAK DISEDARI SUAMI

Wanita adalah kurnia terindah yang ada dan penting di dunia, tapi banyak perjuangan dan pengorbanan wanita tidak di ketahui Lelaki.

1. Apabila suami berkahwin lagi, dan perempuan berusaha menerima (kerana alasan ekonomi atau agama atau apa-apa sebab), ia akan duduk sendiri di setiap malam dalam bilik gelap saat suaminya tengah mendakap mesra seorang perempuan lain di katil lain. Ia akan (mungkin) menangis kerana terluka, tapi demi anak-anak ia akan berusaha menerimanya dengan sabar.

2.Sebagai isteri dia sedia mengorbankan impian-impiannya demi mengurus suami (yang kadang bersifat kebudak-budakan dan minta diurus) dan anak-anak yang degil.

3.Ketika suami mencela masakan, dia akan bersusah payah belajar masak dari sesiapa agar boleh menghidangkan makanan dengan rasa terbaik pada suami dan anak-anaknya.

4. Dia bekerja 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Jam kerjanya tak berbatas. Dia bangun ketika siapapun di rumah belum bangun, mulai bekerja, memasak, membersihkan rumah, mencuci pakaian, lalu mengurus suami sebelum pergi kerja, mengurus anak-anak berangkat sekolah, ketika pakaian kering di jemuran dia akan mengangkatnya, dan menyeterika dengan rapi.

5. Kemudian setelah begitu penat mengurus rumah tangga, malam giliran memenuhi ini itu suaminya. Mulianya seorang isteri adalah: tukang masak, tukang cuci, cleaning service, dan wanita penghibur digabung jadi satu.

6. Ketika suaminya ingin mempunyai anak 4,5,6 atau 9 orang, dia sebagai isteri perlu sedia menderita mengandung anak dan bertarung nyawa melahirkannya. Suami terkadang tak terlalu faham penderitaan sebegini kerana mereka tidak mengalaminya

7. Meskipun lelaki tidak memahami, tapi Allah Maha Mengerti, kerana itulah dia memberi ganjaran pada pengorbanan perempuan. Bagi yang meninggal kerana melahirkan anak, Tuhan terus memberinya syurga. Bagi isteri yang setia bekerja mengurus rumah tangganya, dengan sabar dan ikhlas, maka silakanlah dia masuk syurga dari pintu mana saja dia suka.



www.panduankeluargabahagia.blogspot.com
Read full post »

Sunday, April 20, 2014

6 SEBAB KENAPA PERIOD ANDA LEWAT

0 comments
 
6 SEBAB KENAPA PERIOD ANDA LEWAT

Tiada yang lebih menakutkan bagi seorang wanita daripada kedatangan period yang lewat, kecualilah sekiranya dia berusaha untuk hamil. Adakah saya hamil? Kehamilan adalah perkara pertama yang kita fikirkan ketika period kita tertunda. Tapi apakah kehamilan adalah satu-satunya alasan bagi orang untuk mempunyai period lewat? Ini adalah 6 alasan yang paling umum untuk menjawab mengapa period anda lewat:

1. STRESS
 
Stress dapat mempengaruhi banyak hal dalam hidup kita, termasuk period kita. Kadang-kadang kami begitu stres sehingga tubuh kita menurunkan jumlah hormon (GnRH), yang menyebabkan kita untuk tidak berovulasi atau menstruasi. Doktor atau bidan boleh membantu anda mengetahui apa yang perlu anda lakukan untuk rileks dan kembali mengikut jadual period.

2. PERUBAHAN JADUAL
 
Mengubah jadual benar-benar dapat memesongkan jam tubuh anda. Hal ini berlaku terutamanya jika terdapat pertukaran waktu kerja dari pagi ke malam atau sebaliknya.

3. PENGAMBILAN UBAT
 
Berkemungkinan cubaan anda mencuba rawatan baru menyebabkan tempoh period tertunda atau tiada. Pastikan anda bercakap dengan doktor atau bidan tentang kesan samping ini. Hal ini biasa terjadi bagi pengamal perubatan untuk mengawal kehamilan.

4. KEGEMUKAN
 
Keadaan berat badan yang terlalu banyak hormon boleh mengubah kitaran haid anda dan bahkan menghentikannya. Kebanyakan wanita akan kembali ke kitaran biasa dan mencapai kesuburan dengan kehilangan berat badan.

5. TERLALU KURUS
 
Jika anda tidak mempunyai cukup lemak pada badan, anda tidak akan mempunyai period yang teratur, kadang-kadang ini akan menyebabkan menstruasi anda untuk berhenti terus daripada terhasil. Ini disebut amenorrhea. Biasanya berat badan akan membantu anda memiliki kembali period anda. Ini adalah penyebab yang sering dialami oleh wanita yang bekerja dalam bidang ekstrim atau atlet profesional.

6. ANDA HAMIL!!
 
Akhirnya! Ya, period yang tidak kunjung tiba mungkin disebabkan anda sedang hamil! Membuat ujian kehamilan biasanya boleh membantu anda menentukan sama ada anda mengalami kelewatan period kerana anda sedang hamil atau sebaliknya.
 
 
Read full post »

Saturday, April 19, 2014

KESAN TIDUR BERLEBIHAN

0 comments


KESAN TIDUR BERLEBIHAN

Waktu tidur individu yang mengalami hipersomnia biasanya boleh mencecah lebih daripada 12 jam, sedangkan pola waktu tidur yang normal dan anjal untuk orang dewasa adalah dalam lingkungan enam hingga lapan jam sehari.

1.Kencing Manis

Terdapat beberapa kajian membuktikan bahawa individu yang tidur lebih lama daripada waktu yang sepatutnya cenderung menghidap penyakit kencing manis. Meskipun diketahui ia adalah penyakit turun-temurun tetapi, dengan mengamalkan tidur secara berlebihan risiko mendapat penyakit ini cukup tinggi.

2.Sakit Jantung

Sekiranya anda biasa tidur lebih dari lapan jam setiap hari maka risiko untuk menderita sakit jantung adalah tinggi. Berdasarkan beberapa penelitian yang dijalankan, jumlah tidur sembilan hingga 12 jam sehari sangat tidak digalakkan kerana ia melebihi had waktu rehat yang sepatutnya.

3.Mudah lupa

Waktu tidur yang lebih dari lapan hingga sembilan jam sehari boleh meninggalkan kesan negatif ke atas tubuh badan. Pola tidur berlebihan boleh melambatkan fungsi sel otak sekali gus mengakibatkan masalah ingatan. Jika tidak ditangani segera, ia mungkin lebih membahayakan hingga mengundang risiko nyanyuk.

4.Kenaikan berat badan

Kadar metabolisme dalam badan berjalan sangat perlahan ketika anda sedang tidur. Disebabkan itulah bagi individu yang mengamalkan tidur berlebihan berisiko tinggi untuk mengalami obesiti sehingga 21 peratus berbanding mereka yang mendapatkan tidur secara normal.

nota dari utusan malaysia
Read full post »

Thursday, April 17, 2014

5 Cara Menghukum Anak yang Tidak Dibenarkan Dalam Islam

0 comments

5 Cara Menghukum Anak yang Tidak Dibenarkan Dalam Islam:

1. Memukul wajah

Rasulullah S.A.W melarang memukul muka berdasarkan sabda Baginda yang bermaksud, “Jika salah seorang dari kamu memukul, maka hendaknya dia menjauhi (memukul) wajah.”
 

2. Menampakkan kemarahan yang sangat

Ini juga dilarang kerana bertentangan dengan amalan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Bukanlah orang yang kuat itu diukur dengan kuatnya dia berlawan, tetapi orang yang kuat adalah yang mampu menahan dirinya ketika marah."

3. Memukul di dalam keadaan sangat marah

Dari Abu Mas’ud al-Badri, dia berkata, “(Suatu hari) aku memukul budakku (yang masih kecil) dengan cemeti, maka aku mendengar suara (teguran) dari belakangku, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud!’ Akan tetapi, aku tidak mengenali suara tersebut kerena kemarahan (yang sangat). Ketika pemilik suara itu mendekat dariku, maka ternyata dia adalah Rasulullah S.A.W dan Baginda berkata, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud! Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud!’ Maka aku pun melempar cemeti dari tanganku, kemudian beliau bersabda, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud! Sesungguhnya Allah lebih mampu untuk (menyeksa) kamu daripada apa yang kami seksakan terhadap budak ini,’ maka aku pun berkata, ‘Aku tidak akan memukul budak selamanya setelah (hari) ini."

4. Bersikap terlalu keras dan kasar

Sikap ini jelas bertentangan dengan sifat lemah lembut yang diajar oleh Islam sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Barangsiapa yang terhalang dari sifat lemah lembut, maka dia akan terhalang dari mendapat kebaikan.”

5. Memukul dengan benda keras sehingga berbekas

Ini juga dilarang oleh Rasulullah S.A.W. Sebaik-baiknya gunakan rotan yang tidak boleh mendatangkan kecederaan dan berbekas pada kulit. Menghukum dengan rotan dibolehkan dengan tujuan untuk memberikan peringatan kepada anak.
Read full post »

Sunday, April 13, 2014

NENAS BOLEH MENYEBABKAN KEGUGURAN

0 comments

NENAS BOLEH MENYEBABKAN KEGUGURAN

Buah nenas biasa ditanam di tanah gambut di Malaysia. Nenas yang ranum mengandungi sumber manganese dan vitamin C yang banyak.

Pada batang buah nenas mengandungi enzim proteolytic, bromelain, yang boleh menghuraikan rantaian protein. Ia juga mampu mengurangkan bengkakan.

Antara kegunaan nenas ialah:

1. Jus nenas digunakan untuk melembutkan daging dengan memerapkannya sebagai marinade.

2. Buah nenas boleh mengurangkan radang dan bengkakan pada tubuh dengan cara meminum jus nenas atau meletakkan pada bahagian tubuh yang bengkak.

3. Jus nenas digunakan sebagai diuretic bagi melancarkan pembuangan air kencing.

4. Jus nenas diberikan kepada wanita yang hamil pada usia kehamilan lebih 38 minggu bagi memudahkan proses kelahiran.

5. Jus nenas boleh dikumur pada tekak untuk mengurangkan sakit tekak dan lender.

6. Jus nenas juga dikatakan dapat mengurangkan mabuk laut (seasickness).

7. Jus nenas bertindak sebagai antihelminthic yang mampu mengeluarkan cacing dari usus.
(rujuk: Monzon, R. B.; Adebiyi, Adebowale (1995). "Traditional medicine in the treatment of parasitic diseases in the Philippines". Southeast Asian journal of tropical medicine and public health 26 (3): 421–428.)

8. Dalam kajian saintis, enzim bromelain yang diekstrakkan dari batang buah nenas dan diberikan selama enam bulan telah Berjaya mengurangkan radang pada usus yang bengkak.

(rujuk: Hale LP, Chichlowski M, Trinh CT, Greer PK (2010). "Dietary Supplementation with Fresh Pineapple Juice Decreases Inflammation and Colonic Neoplasia in IL-10-deficient Mice with Colitis". Inflamm Bowel Dis 16 (12): 2012–21).

9. Enzime bromelain dari nenas mempunyai potensi untuk mengelakkan penyakit kanser.
(rujuk: Bhui K, Tyagi S, Prakash B, Shukla Y (2010). "Pineapple bromelain induces autophagy, facilitating apoptotic response in mammary carcinoma cells.". Biofactors 36 (6): 478–82).

Walau bagaimana pun, bagi wanita yang hamil di awal kehamilan, saya menasihatkan agar tidak memakan nenas atau meminumnya kerana ia boleh menjadi punca keguguran. (Morton, Julia F, 1987).

Wallahu a’lam.


www.panduansuamisteri.blogspot.com

cc: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Read full post »
Powered by Blogger.