1)SILA KLIK BUTTON LIKE DIBAWAH
2)SELEPAS LIKE, KLIK SUPPORT US! UNTUK TERUSKAN...




Powered By IMuslimNetwork
Support Us!

Wednesday, January 28, 2015

PETUA MENGHILANGKAN LENDIR PADA BAYI

0 comments
PETUA MENGHILANGKAN LENDIR PADA BAYI








Jadi apakah pilihan ibubapa jika ubat selsema dan batuk tidak diberikan oleh doctor?

Puan boleh melakukan perkara di bawah :

• Pastikan anak puan mendapat rehat yang cukup. Jangan bawa anak puan bersiar-siar atau membeli belah.

• Jika puan menyusukan anak, berikan jumlah susu ibu yang lebih banyak. Begitu juga jika puan memberikan susu formula.

• Jangan gantikan susu dengan memberikan air kosong kepada bayi terutamanya berusia satu tahun ke bawah kerana ia memudaratkan.

• Jika anak puan mengalami batuk atau selsma bersama-sama demam, boleh berikan ubat demam paracetamol dengan dos yang disyorkan oleh doctor. Ubat demam paracetamol boleh diberikan dengan selamat jika anak puan berusia satu tahun ke atas dan mempunyai berat badan melebihi 5 kg.

• Jika anak puan berusia setahun ke atas dan boleh dibawakan ke bilik air, buka ‘shower’ (kalau dapat shower panas) dan biarkan anak puan berada di dalam bilik air bersama puan untuk menghidu debuan air itu untuk membantu lendir menjadi longgar. Jangan mandikan anak puan dengan air panas kerana boleh mencederakannya.

• Jika anak puan sudah berusia satu tahun ke atas dan sudah boleh minum dari gelas atau botol, berikan air suam bercampur sedikit madu dan lemon. Ini membantu anak puan mendapatkan kelegaan dari batuknya.

NOTA KESIHATAN DARI drzubaidi.com



www.muslimparentingnetwork.blogspot.com
Read full post »

Sunday, January 11, 2015

Punca, Gejala Dan Rawatan Keguguran

0 comments




Punca, gejala dan rawatan keguguran

40% wanita keguguran

Bila disahkan mengandung, pasti kegembiraan dirasai wanita tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata.

Setiap tingkah laku, pemakanan serta tutur kata dijaga sebaik mungkin bagi memastikan bayi terpelihara kesihatan dan tumbesarannya.

Namun, siapa mampu melawan takdir apabila sampai pada satu peringkat kandungan yang dinantikan tidak mampu dipertahankan. Keadaan itu nyata amat ditakuti sesetengah wanita, namun keguguran sebenarnya satu fenomena yang biasa berlaku dalam kalangan wanita hamil.

Kebiasaannya wanita yang dilanda keguguran mengalami pendarahan yang lebih banyak kuantitinya daripada pendarahan ketika haid, tetapi ada juga yang mengalami sedikit pendarahan saja.

Menurut Perunding Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Prince Court, Dr Paul Tay Yee Siang, kira-kira 20 hingga 40 peratus wanita mengandung boleh mengalami keguguran.

Penyebab utama keguguran adalah tahap abnormal kromosom dan janin yang dikandung tidak sihat.

"Namun, ramai yang menganggap ia disebabkan kesilapan si ibu yang tidak menjaga kesihatan diri, pengambilan diet sepanjang kehamilan, jatuh dan pelbagai alasan lain.

"Tetapi yang pasti keguguran bukan disebabkan semua perkara itu. Apabila telur dan sperma disenyawakan, kromoson juga mengalami penggabungan, tetapi proses persenyawaan berkenaan mungkin mengalami masalah dan ia berlaku secara semula jadi," katanya.

Apabila proses berkenaan berhadapan dengan masalah keabnormalan kromosom dan tubuh wanita hamil terbabit mengenal pastinya, keguguran boleh berlaku.

Malah, boleh dikatakan perkara terbabit menyumbang kepada 80 peratus penyebab keguguran wanita mengandung.

Selain itu, ia berlaku disebabkan si ibu memiliki antibodi yang menyerang bayi dikandung seperti menghidap Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) serta hypotiroid dan hipertiroid (ada kaitan dengan peningkatan pengeluaran hormon tiroxin dari pundi tiroid yang terletak di depan leher).

"Apa yang perlu diketahui si ibu bagi mengelakkan kemurungan akibat kehilangan bayi bahawa keguguran berlaku disebabkan janin tidak sihat serta tidak dapat membentuk dengan sempurna selepas proses persenyawaan.

"Selain itu, keguguran bukan bermakna wanita terbabit tidak berpeluang untuk hamil secara normal pada masa hadapan, sebaliknya teruskan mencuba," katanya.

Faktor penyebab keguguran

* Penyakit dalam rahim yang sering dikaitkan dengan endometriosis (rahimnya jatuh ke belakang) dan fibroid menyebabkan keguguran berulang kali.

* Jangkitan kuman pada darah wanita meng andung. Wanita mengandung kadangkala tidak menunjukkan sebarang tanda penyakit atau kesakitan, tetapi akhirnya mengalami keguguran.

* Sejenis parasit toksoplasmosis yang ada pada badan kucing boleh menyebabkan keguguran.

Oleh itu, wanita yang sering mengalami keguguran dan memelihara kucing perlu sentiasa berhati-hati.

Biarpun haiwan peliharaan itu dijaga dengan baik dan bersih, parasit itu tetap ada pada bulu kucing dan tidak kelihatan pada mata kasar.

Dr Tay berkata, pendarahan pada awal kehamilan terutama ketika janin berusia enam hingga 10 minggu adalah petanda khusus yang perlu diberi perhatian.

Malah, wanita yang mengalaminya perlu berjumpa doktor sekiranya mengalami pendarahan seperti berikut: Pendarahan ringan, tetapi berpanjangan sehingga dua minggu.

* Pendarahan yang membasahi keseluruhan tuala wanita.

* Pendarahan yang berketul-ketul serta sakit perut berpanjangan.

* Keluar lendir yang berbau daripada faraj.

* Demam melebihi 38 darjah Celsius.

Selepas mengalami keguguran kebiasaannya:

* Kitaran haid normal akan kembali seperti biasa selepas tiga hingga enam minggu.

* Sepanjang proses pemulihan jangan menggunakan tampon atau douche vagina.

* Jangan berenang atau berendam dalam sauna panas.

* Jangan melakukan hubungan kelamin sebaik saja keguguran dan seharusnya berpantang untuk memulihkan trauma dialami tubuh selepas keguguran.

* Mungkin akan mengalami sakit pada bahagian bawah ari-ari yang sama dengan sakit semasa haid. Ia mungkin akan berpanjangan sehingga dua hari selepas keguguran. Dapatkan nasihat doktor sekiranya sakit itu berpanjangan.

Katanya, wanita yang mengalami pendarahan daripada faraj sebelum usia kandungan 20 minggu dianggap mengalami kehamilan yang hampir gugur atau `threatened miscarriage'.

Ia sesuatu yang kerap berlaku dalam kalangan wanita hamil. Kira-kira 30 peratus wanita akan mengalami pendarahan faraj sebelum usia kandungan 20 minggu.

Gejala:

Tanda yang biasa terjadi ialah pendarahan daripada pada faraj dan mungkin berbeza dari segi rupa iaitu:

* Merah pekat

* Merah cair

* Coklat

* Kadang-kadang sangat sedikit

* Kadang-kadang darah berketul

* Sakit belakang

* Sakit pada ari-ari

Sebab berlaku kehamilan yang hampir gugur:
Tidak dapat dikenal pasti puncanya, tetapi terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan pendarahan seperti:

* Jangkitan kuman pada faraj

* Polip pada pangkal rahim

* Hamil di luar rahim

* Kanser pangkal rahim

Menurutnya, terdapat beberapa beberapa jenis keguguran yang dikenal pasti selain kehamilan yang hampir gugur atau 'threatened miscarriage' antaranya:

* Blighted ovum juga dikenali anembryonic pregnancy.

Wanita berkenaan mengandung, tetapi tiada bayi didapati dalam kantung rahimnya.

Keguguran yang sudah berlaku

Biasanya disedari apabila si ibu berhenti mengalami alahan seperti sebelumnya, apabila perut tidak membesar seperti dijangkakan atau bayi di dalam kandungan tidak bergerak.

Pemeriksaan lengkap mendapati janin sudah meninggal dunia.

* Keguguran tidak menyeluruh

Keguguran yang tidak `membersihkan' seluruh ruang rahim. Apabila pemeriksaan dilakukan selepas keguguran, didapati masih terdapat tisu atau janin di dalam rahim.

* Keguguran sempurna

Wanita berkenaan akan mengalami kesakitan dan pendarahan pada mulanya. Dalam keadaan ini keguguran berlaku di mana janin dan segala tisu yang berkaitan keluar dengan sendirinya.

* Keguguran septik

Berlaku apabila keguguran disertai jangkitan pada fetus, plasenta atau endometrium (membran mukus yang menyaluti rongga rahim).

Demam adalah simptom keguguran begini dan disertai simptom yang dikaitkan dengan keguguran biasa seperti pendarahan.

Antara sebab berlakunya jangkitan, ia dikaitkan dengan tisu plasenta atau janin yang tertinggal dalam rahim berikutan keguguran tidak menyeluruh (sempurna).

Rawatan:
Tiada rawatan atau ubat boleh digunakan untuk menyekat pendarahan ini berlaku. Tetapi doktor akan menyarankan:

* Tunggu dan lihat

Sekiranya pendarahan yang terjadi sedikit, doktor akan menyarankan polisi tunggu dan lihat untuk melihat sama ada pendarahan akan menjadi semakin teruk atau tidak. Selalunya doktor tidak menggalakkan hubungan kelamin sepanjang tempoh ini.

* Kurangkan aktiviti lasak

Dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti seperti senaman lasak atau kerja yang memerah tenaga kerana ia boleh memberi risiko keguguran terhadap kandungan. Digalakkan untuk cuti rehat daripada kerja sekiranya pendarahan agak banyak.

* Ubat progesteron

Mungkin akan diberikan ubat progesteron untuk merehatkan rahim dan mengurangkan berlakunya kekejangan rahim bagi mengurangkan risiko keguguran.

* Tenangkan fikiran

Jangan terlalu risau dan tenangkan fikiran kerana berkemungkinan kehamilan akan berlaku seperti biasa dan melahirkan bayi yang sihat.

* Dilatation and curettage (D&C)

Prosedur ini akan dibuat sekiranya sebahagian tisu daripada proses kehamilan sebelum ini tertinggal di dalam rahim.

Sekiranya tidak dikeluarkan, pendarahan atau jangkitan kuman mungkin berlaku.

Aktiviti harian boleh diteruskan semula sekiranya berasa sihat namun dapatkan nasihat doktor sekiranya ingin melakukan sebarang aktiviti lasak.


Oleh Rosmaliana Aida Mohd Adnan


www.pakarsakit-puan.blogspot.com
Read full post »
Powered by Blogger.