1)SILA KLIK BUTTON LIKE DIBAWAH
2)SELEPAS LIKE, KLIK SUPPORT US! UNTUK TERUSKAN...




Powered By IMuslimNetwork
Support Us!

Friday, August 29, 2014

CARA MERAWAT BENGKAK SUSU

0 comments
 
 
Bengkak susu boleh terjadi jika:

1. Ibu skip waktu menyusu/mengepam.

2. Pengambilan milk booster melebihi dos.

3. Jadual mengepam yang tidak konsisten dan tidak kerap.

Cara bagi menghalang bengkak susu terjadi lagi adalah dengan memastikan ibu mengelakkan 3 faktor di atas. Bengkak susu yang tidak dirawat boleh mengakibatkan jangkitan (MASTITIS)

Tanda-tanda MASTITIS:

1. Ibu merasa seperti demam (feverish),

2. breast bengkak dan membentuk ketulan,

3. red spot (berwarna kemerahan pada kulit di breast).

4. Ibu merasa pedih dan sakit pada breast terutama bahagian ketulan itu.

Jika tiada tanda-tanda ini, ibu hanya mengalami bengkak susu biasa.

CARA MERAWAT BENGKAK SUSU BIASA:

1. Tuam tuala yang sudah dibasahkan dengan air suam pada breast ibu untuk 5-10 minit.

2. Sentuh dan lihat breast jika ada membentuk ketulan.

3. Urut seluruh breast secara urutan membulat (circular motion) menggunakan hujung jari atau luku jari (knuckles).

4. Jika ada ketulan, urut pada bahagian ketulan perlahan-lahan secara membulat.

5. Kerapkan menyusu bayi sehingga breast merasa lembut. Semasa menyusu, urut juga breast di bahagian atas breast menuju ke bahagian tampuk hitam (areola). Urut di seluruh bahagian breast terutama bahagian ketulan (jika ada).

6. Jika tidak bersama bayi, kerapkan sesi mengepam setiap 2-3 jam sekali. Semasa mengepam, lakukan juga urutan yang sama. Urut breast di bahagian atas breast menuju ke bahagian tampuk hitam (areola). Urut di seluruh bahagian breast terutama bahagian ketulan (jika ada).

7. Minum lebih banyak air suam dari biasa.

8. Kurangkan dos suplemen/milk booster jika perlu.

9. Suplemen yang dikatakan membantu melegakan bengkak susu adalah dari jenis LECITHIN.

Selamat mencuba. Semoga ibu berjaya merawat bengkak susu ibu.

Admin, Zuain.
Read full post »

Thursday, August 21, 2014

Tips Pejalkan Payu Dara

0 comments

Selepas bersalin, ramai mama bimbang dengan perubahan bentuk payu dara mereka. Untuk pengetahuan mama aktiviti penyusuan bukan punca utama payu dara kendur. Sebaliknya ia disebabkan oleh kehamilan.

Bagi memastikan payu dara sentiasa pejal, anda digalakkan mengamalkan senaman ringkas. Gerakan mudah ini mampu merangsang otot payu dara agar sentiasa tegang dan anjal. 

Pusing bahu

Duduk di atas kerusi dengan bahu tegak. Pusing secara membulat pada kedua-dua arah. Ulang sebanyak 12 kali bagi setiap arah.

Tekan tapak tangan

Temukan kedua-dua belah telapak tangan dan tekan secara bertentangan pada bahagian tengah tapak tangan. Tahan selama 10 saat baru dilepaskan. Lakukan senaman ini sebanyak 10 kali.

Tangan ke atas


Tegakkan kedua bahagian lengan pada sudut 90° dan gerakkan keduanya ke atas dan silangkan bahagian pergelangan tangan setinggi yang boleh. Ulang langkah ini sebanyak 10 hingga 12 kali.

Kuatkan otot dada


Berdiri tegak dan angkat lengan hadapan sehingga paras siku. Cuba tegangkan otot dada dan lengan dengan pergerakan. Kira satu hingga lima kemudian baharu dilepaskan. Ulang langkah ini sebanyak 10 kali.
 Pama.karangkraf
Read full post »

Sunday, August 17, 2014

Masalah Banyak Angin Ketika Hamil

0 comments



Banyak Angin Ketika Hamil

Ketika hamil, bakal ibu sering mengalami masalah banyak angin. Sudah tentu ia menyebabkan ketidakselesaan yang berpanjangan.

Mengapa ia jadi begitu? Ini kerana ketika hamil, badan ibu bekerja sama dengan saat hormon mengeluarkan progesteron. Jaringan otot sekitar badan akan mula rasa tenang, terutama di sekitar saluran pencernaan.

Keadaan ini menyebabkan makanan yang diambil bergerak melalui sistem pencernaan lebih lambat, akibatnya ibu kerap membuang angin. Untuk mengurangkan frekuensinya, kurangkan pengambilan berikut:

1. Pelbagai makanan yang tinggi kandungan lemak seperti stik, ayam goreng tepung dengan kulit, dan murtabak daging.
2.Sayuran seperti sawi.

3. Minuman bergas.

4. Ambil susu dan produk tenusu seperti keju, secara bertahap iaitu sedikit demi sedikit. Jangan ambil sekaligus dalam kuantiti yang banyak.


 www.annalovelyboutique.blogspot.com
Read full post »

Sunday, August 10, 2014

Kajian : Kepentingan Menjaga Sistem Penghadaman Bayi

0 comments
 Kajian : Kepentingan Menjaga Sistem Penghadaman Bayi
 
 
Kebanyakan kita tidak sedar kepentingan menjaga kesihatan sistem penghadaman pada usia kecil. Sistem penghadaman adalah antara sistem terpenting tubuh badan manusia kerana jika tidak dijaga, ia boleh menyebabkan pedih ulu hati atau sembelit, sekali gus menjejaskan kehidupan.

Pendidikan berterusan untuk ibu bapa meningkatkan pengetahuan mereka mengenai kepentingan kesihatan sistem penghadaman yang sihat untuk anak kecil sememangnya penting.

Terdapat juga pendapat bahawa isu sistem penghadaman yang berpunca daripada penyusuan akan hilang selepas 18 bulan pertama dalam kehidupan seorang kanak-kanak.

Namun tinjauan oleh pengeluar makanan kesihatan Abbot Nutrition International Malaysia mendapati 62 peratus ibu di Malaysia yang mempunyai anak berusia 18 bulan hingga empat tahun masih bimbang dengan keadaan dan kesihatan sistem penghadaman anak mereka.

Bukan kaum ibu saja yang risau mengenai kesihatan anak kecil mereka, malah bapa juga kini menunjukkan keprihatinan dan mahukan yang terbaik untuk anak mereka.

Stanley Chen, 35, dari Klang, Selangor sering membaca dan membuat tinjauan sendiri berkaitan pemakanan yang terbaik untuk anak kecilnya, Chen Wei Jun berusia setahun dua bulan.

“Saya dan isteri sedar mengenai kepentingan pemakanan. Wei Jun mempunyai masalah dengan rasa susu formula yang diminumnya sebelum ini.

“Dia hanya minum susu formula itu selama tiga hari saja. Setiap kali minum, dia cuma dapat menghabiskan 80 hingga 100ml sepanjang tempoh itu padahal kanak-kanak sebayanya patut mengambil 180 hingga 240ml susu.

“Dia akan tolak botol susu selepas minum seketika. Tambahan pula, dia sudah tiga hari tidak buang air besar ketika minum susu yang lain,” katanya.

Chen juga seperti sebilangan ibu bapa yang lain masih aktif mencari penyelesaian untuk isu penghadaman anak kecil mereka.

Usaha Chen ini disuarakan dalam satu majlis dianjurkan Abbot Nutrition Malaysia yang mengetengahkan Pengarah Kesihatannya Dr Shaalani Ramachandran yang mengupas isu kesihatan sistem penghadaman kanak-kanak.

Menurut Dr Shaalani, susu antara makanan terpenting bagi kanak-kanak yang sedang membesar dan ia haruslah mempunyai zat yang terbaik dan tidak mengganggu sistem penghadaman mereka supaya proses tumbesaran mereka tidak terjejas.

“Susu yang bagus untuk mereka adalah susu dengan berupaya menyerap nutrien utama dengan lebih baik. Susu yang dirumus dengan campuran lemak mudah hadam, membantu penyerapan lemak baik (DHA, AA) dan kalsium dengan lebih berkesan.

“Kajian saintifik membuktikan produk ini menggalakkan kanak-kanak membuang najis bertekstur lembut dengan mudah. Ia juga berupaya menguatkan sistem pertahanan badan semula jadi. Campuran khas nukleotida diuji secara saintifik dan terbukti berkesan dalam membantu menguatkan sistem pertahanan badan semula jadi kanak-kanak,” katanya.

Menurutnya, Abbot yang prihatin dan sentiasa tampil dengan produk yang memenuhi permintaan ibu bapa menghasilkan susu formula yang baik untuk penghadaman kanak-kanak berusia dari satu hingga tiga tahun menerusi Similac Total Comfort Plus.

“Ia mempunyai laktosa yang minimum dan protein whey mudah hadam yang sebahagiannya telah dipecahkan bagi memberi toleransi yang baik terhadap penyerapan susu.

“Kandungan galacto-oligosakarida (GOS) iaitu sejenis serat mudah larut menggalakkan pertumbuhan bakteria baik di dalam usus yang membantu menyokong kesihatan sistem pencernaan kanak-kanak,” katanya.
Read full post »

Wednesday, August 6, 2014

Cara Membina Kepercayaan Anak

0 comments

Cara membina kepercayaan anak

 
Nabi Muhammad SAW memulakan strategi pembentukan masyarakat dengan langkah pertama membentuk hala tuju anak-anak, generasi paling muda dalam masyarakat Islam, di samping membina personaliti unggul sahabat.

Antara langkah yang didahulukan Baginda SAW dalam pembentukan anak adalah memfokuskan enam aspek perkembangan individu manusia secara berperingkat dan langkah demi langkah dengan tertib sekali.

Enam aspek ini adalah perkembangan emosi, akidah, ibadah, akhlak, seksualiti dan sosial secara berturutan tanpa melangkau dan melepasi manamana tahap.

Rasulullah memulakan sentuhan keramatnya dalam pembentukan generasi dengan membentuk emosi yang sejahtera dan terus hidup subur.

Baginda muncul dengan watak peramah, murah senyum dan mesra kanakkanak, penyayang dan mencintai anak, sehingga menurut beberapa riwayat, Nabi Muhammad SAW sering bergurau dan memberi salam kepada anak.

Abdullah bin Salam, salah seorang ketua pendeta Yahudi, pada zaman Nabi mengucap syahadah hanya dengan melihat penampilan Nabi SAW ketika Baginda turun dari unta sebaik tiba di Madinah semasa hijrah.

Menunjukkan betapa penampilan manusia mendatangkan kesan pada jiwa dan emosi seseorang. Sebagai ibu bapa, pembinaan emosi ini sudah tentu kukuh terbina dalam jiwa anak.

Malang sekali pada hari ini, kita lebih banyak memikirkan emosi sendiri berbanding mengambil peluang untuk membantu mengukuhkan emosi anak, kita cepat melenting, marah dan mengherdik mereka.

Kembangkan emosi anak

 
Mengembangkan emosi anak juga bermakna mampu merasai apa yang mereka rasa dan mampu menjiwai perasaan anak.

Rasulullah pernah berpesan kepada Abdullah bin Abbas yang pada saat itu masih kecil lagi dengan sabdanya, "aku mengasihimu dan sentiasalah kamu bertahajud". Jelas ucapan Nabi Muhammad menunjukkan Nabi mengasihinya dan arahan bertahajud itu adalah untuk kebaikan anak itu, iaitu pelaburan bagi anak itu yang paling berguna di akhirat nanti.

Selain kasih sayang adalah kepercayaan kepada mereka, kita memberi kepercayaan dan keyakinan bahawa mereka mampu melakukan sesuatu dan memberi mereka peluang untuk melakukan kesilapan di samping bimbingan serta pemantauan tanpa jemu sehinggalah anak ini benar-benar menguasai sesuatu kemahiran.

Rasulullah SAW pernah membimbing seorang anak yang silap melapah daging, kemudian Baginda meminta anak itu beralih tempat untuk Baginda menunjukkan cara melapah terbaik buat anak itu dengan penuh tanda hormat dan kasih.

Sebagai ibu bapa marilah kita berterusan membimbing anak kita, malah dari sudut pelaksanaan solat dan tempoh membimbing anak solat adalah tiga tahun. Dalam tempoh itu, bimbinglah mereka tatacara solat yang betul, menjadikan solat sebagai budaya dan ibu bapa perlu menerima jika anak melakukan kesilapan.

Inilah cara membina kepercayaan dalam diri anak, keyakinan dengan diri sendiri dan keyakinan juga bagi ibu bapa untuk anak membudayakan solat dalam hidupnya.

Penghargaan kepada anak juga adalah sebahagian daripada sentuhan emosi buat anak. Penghargaan adalah aspek di mana ibu bapa melahirkan rasa bangganya diri mereka dengan apa yang dilakukan oleh anak, memberitahu betapa kita bertuah mempunyai anak sepertinya.

Ucapan terima kasih, memohon maaf adalah antara cara kita menghargai anak, selain memberi hadiah, pelukan bangga, senyuman syukur dan sebagainya.

Pernah satu hari ketika Rasulullah bersama sahabatnya, datang puterinya, Fatimah yang ketika itu masih kecil, lantas Baginda berdiri memeluknya dan memberi tempat duduknya kepada anak perempuannya.

Bayangkan betapa layanan Baginda terhadap anak perempuannya itu adalah satu penghargaan yang agak asing kerana budaya Arab pada ketika itu adalah memberi layanan buruk terhadap anak perempuan.

Kejayaan hasil dorongan keluarga


Kajian di Barat mendapati bahawa majoriti atlet sukan yang berjaya, mendapat dorongan dan galakan daripada keluarga masing-masing.

Menguatkan emosi anak adalah dengan cara meredakan dan merawat rasa takut anak. Ada yang takut binatang kecil seperti lipas dan cicak atau cerita hantu dan sebagainya, maka sebagai ibu bapa yang prihatin memperkasakan emosi anak ini dengan cara lebih mengetahui apa yang ditakuti.

Pernah terjadi pada zaman Nabi Muhammad SAW, cucu Baginda Hasan dan Husin takut apabila berdepan dengan seekor ular besar, maka Baginda SAW menghalau ular itu dan kemudian menenangkan Hasan dan Husin dengan cara menyapu wajah kedua-dua cucunya, dibacakan doa dan kemudian diberi kata-kata semangat serta mendukung kedua-duanya.

Ada antara kita pula mengambil peluang untuk mengejek serta memperlekehkan anak dengan perkara yang ditakutinya tanpa kita sedari kita melepaskan peluang untuk mengukuhkan emosi anak.

Demikianlah bagaimana kita boleh membantu membangunkan aspek terpenting dalam diri anak iaitu aspek emosi mereka.

Oleh Isfadiah Mohd Dasuki
* Penulis ialah Pengarah Sekolah Antarabangsa Brainy Bunch International Montessori Malaysia dan boleh dihubungi di alamat e-mel isfadiah@gmail.com



www.muslimparentingnetwork.blogspot.com
Read full post »
Powered by Blogger.