1)SILA KLIK BUTTON LIKE DIBAWAH
2)SELEPAS LIKE, KLIK SUPPORT US! UNTUK TERUSKAN...




Powered By IMuslimNetwork
Support Us!

Wednesday, September 30, 2015

Petua Kurus dan Langsing

0 comments

Berikut ialah beberapa petua untuk menurunkan berat badan berlebihan…

Petua 1

Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan.

Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi air, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam.

Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

Petua 2

Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

Petua 3

Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda.

Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam.

Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

Petua 4

Selepas makan amalkan meminum teh hijau atau teh Cina yang dicampur dengan serbuk kulit kayu manis dan madu. 



www.pakarsakit-puan.blogspot.com

Read full post »

Sunday, September 20, 2015

10 Tips Ajar Anak Cepat Membaca Dan Pupuk Minat Membaca Dari Kecil

0 comments

Memupuk minat membaca mestilah bermula dari rumah. Rumah adalah syurga bagi keluarga. Memang teruja apabila melihat kanak-kanak seawal 3-4 tahun boleh membaca buku dengan cukup lancar. Zaman sekarang, tidak perlu tunggu sehingga anak pergi ke tadika. Semuanya boleh diajarkan di rumah. Jom Baca 10 Tips-tips terbaik untuk anak-anak anda...

1. Pilih tempat yang selesa untuk membaca


Pastikan tempat yang selamat dan selesa. Yang lebih penting, tempat yang ada banyak lampu. Bila selesa, lebih banyak muka surat yang dia suruh kita baca.

2. Baca buku untuk anak-anak


Kalau mahukan mereka minat membaca, bacakan buku pada anak-anak. Untuk anak sekecil 2-3 tahun, jika ibu-bapa selalu membaca buku ‘favourite’ mereka, jangan terkejut jika anak boleh hafal segala isi cerita dalam buku tersebut. Walaupun dengan pelat-pelat mereka, kita boleh mendengar butiran yang keluar dari mulut anak-anak. Tidak percaya? Cubalah dahulu.

3. Jadikan membaca satu rutin

Balik rumah, terus buka Astro. Ada ibu-bapa, terus buka Channel 611 atau lain-lain ‘channel’ agar anak tidak mengganggu. Bagaimana kalau waktu yang singkat ini, kita baca buku bersama-sama anak. Jika dilakukan setiap hari, tanpa disuruh, anak akan ambil buku mereka dan suruh kita baca. Sejurus habis, dia akan suruh baca lagi. Memang tampak penat, tapi percayalah, penat lelah anda akan berbaloi beberapa tahun lagi.

4. Nyanyi lagu A-B-C sama-sama

Suara sumbang? Tiada siapa peduli. Anak-anak tidak kisah jika suara ibu-bapa mereka tidak merdu. Apa yang mereka mahu ialah ibu-bapa mereka ‘join sekaki’. Lagu-lagu ‘nursery rhymes’ dan lagu-lagu rakyat boleh dinyanyikan dan digayakan bersama. Mungkin mereka tidak pernah dengar lagu ini:

Bapaku pulang dari kota,
Bapaku belikan kereta,
Kereta kecil warna merah,
Boleh ku bawa ke sekolah,

Pon, pon, pon, pon, pon, pon, pon, pon, pon,
Kereta kecil ku berbunyi,
Marilah adik mari naik,
Boleh ku bawa jumpa nenek

Sekarang, kalau anda nyanyi lagu yang ‘catchy’ ini, mereka akan rasa cukup gembira. Lebih-lebih lagi di bahagian, “Pon, pon, pon, pon, pon” itu.

5. Jadi contoh yang baik

Bagaimana anak mahu membaca buku jika ibu-bapa tidak menunjukkan perilaku dan contoh yang baik? Orang kata, “Leadership by example” atau dalam Bahasa Melayu, “Kepimpinan melalui teladan”. Kalau anak asyik nampak ibu-bapa mereka asyik main telefon bimbit sahaja, bagaimana mereka mahu mencontohi mereka?

6. Tanya soalan


Anak suka bila kita tunjukkan minat. Bila ada gambar-gambar dalam buku, tanya dia kenapa gambar itu begitu begini. Contohnya, jika baca buku ‘Ugly Duckling’, ada seekor itik yang berwarna lain dari yang lain. Cuba tanya anak, “Kenapa dia sedih? Kenapa itik lain tak kawan dengan dia?”. Anak akan tersenyum apabila mendengar jawapan dari mereka. Ada yang masuk akal, ada yang terlalu melucukan. Selitkan juga nasihat pada anak, “Nanti adik dah besar, jangan jadi macam itik-itik yang lain ni ye. Kawan dengan semua orang tau”.

7. Pilih buku yang bagus

Terlalu banyak buku kanak-kanak di kedai-kedai buku seperti MPH dan Kinokuniya. Bagi mereka yang berada di luar Kuala Lumpur, masih banyak kedai buku kecil yang menjual buku kanak-kanak. Jika terlalu sukar mendapatkan buku yang diinginkan, boleh cuba beli secara ‘online’. Bagi yang sedang membaca ini, apakah buku yang anda cadangkan?

8. Gabungkan membaca dan menulis


Usah serahkan tugas mengajar anak pada tadika dan sekolah sahaja. Apa salahnya mengajar di rumah. Biarkan anak conteng rumah, asalkan mereka gembira. Jika tidak mahu mereka menconteng dinding, belikan kertas A4 banyak-banyak. Ajar anak-anak melukis sambil menulis abjad. Ajarkan juga bagaimana mengeja nama sendiri.

9. Tampal abjad ABC di dinding bilik tidur

Ada banyak produk yang dijual di kedai buku yang mengandungi senarai A-B-C berserta gambar yang boleh kita beli. Tampal di bilik tidur mereka. Setiap hari, mereka akan nampak dan secara ‘unconscious’ mereka akan hafal abjad tersebut. Sekarang, bagaimana kalau kita tampal tulisan jawi pula? Tentu mereka cepat tangkap satu hari nanti.

10. Selalu bawa anak ke kedai buku atau perpustakaan


Jika setiap minggu pergi ke ‘shopping complex’, jangan lupa singgah di mana-mana kedai buku. Jika tempat anda ada ‘library’, bawa mereka ke sana pada hujung minggu. Biarkan anak-anak ‘terrorize’ tempat tersebut. Biar mereka main puas-puas. Biasanya, kedai buku akan sediakan satu ruang khas untuk kanak-kanak. Mereka boleh duduk bersama ibu-bapa di atas lantai, baca buku bersama-sama. Apabila anak membesar, dia akan ingat tempat yang selalu dibawa oleh ibu-bapa mereka. Jika mereka berkahwin satu hari nanti, dan mempunyai anak, mereka akan bawa ke tempat yang sama. Tempat yang memberikan mereka ilmu, kedamaian dan dalam masa yang sama, kegembiraan.

Kesimpulan

Apa yang penting ialah kesudian ibu-bapa untuk meluangkan masa bersama anak-anak. Faham, ramai yang sibuk dan tidak ada masa untuk anak sendiri. Namun percayalah, pelaburan masa untuk anak sungguh berbaloi.

Semoga berjaya dalam mendidik anak-anak anda..!


www.muslimparentingnetwork.blogspot.com
Read full post »

Friday, September 11, 2015

7 Tips Agar Anak Pintar Serta Bijak Sejak Dalam Kandungan

0 comments
Mempunyai anak bijak adalah impian semua ibu-bapa. Namun, tahukah anda bahawa proses mendidik anak jadi pintar boleh dilakukan sejak dari dalam kandungan lagi? Ibu-bapa perlu memberikan perhatian yang penuh pada bakal bayi yang bakal lahir.

Secara asasnya, untuk menjadikan anak pintar:

1. Berikan nama yang baik

Benar! Sebelum lahir lagi, berikan nama yang baik untuk bakal bayi. Ajak bayi berbual bersama-sama kita. Semasa Trimester 1, mungkin belum ada apa-apa lagi. Apabila mula masuk Trimester 2, usap perut dan selalu berkomunikasi dengan bayi.

2. Berbicara dengan bayi

Jika sudah ada nama, panggillah namanya. Ucapkan kata-kata seperti, “Sayang, ini mama ni. Mama sayang sangat adik. Mama tak sabar nak tunggu adik keluar. Nanti besar jadi anak yang soleh/solehah ya. Patuhi perintah Allah. Jaga mama dengan ayah baik-baik”. Kadang-kadang, tanpa sedar, seakan-akan bayi memahami bahasa kita. Tindakan refleks seperti menendang perut akan membuat kita tertawa sendirian. Pada Trimester 2, bayi sebenarnya sudah mengenali suara ibu mereka. Jadi, selalu-selalulah berkomunikasi dengan mereka.

3. Bayi mahukan sentuhan ayah juga

Ayah mungkin tidak dapat merasa ‘tendangan’ si bayi. Cuba dekati perut ibu, ucapkanlah sesuatu yang baik-baik untuk bayi. Untuk lebih keseronokan, mungkin si ayah boleh merakam suara dan kata-kata, dan dengarkan menggunakan ‘headphone’ pada perut ibu.

4. Dengarkan ayat-ayat suci Al-Quran

Jika sudah puas bercakap dengan bayi, si ayah juga boleh mengalunkan ayat-ayat Al-Quran pada bayi. Jika ada kelapangan, solat berjemaah dengan si ibu. Selesai solat, baca Al-Quran bersama-sama. Andai ada masa terluang, bahkan dalam kereta sekalipun, dengarkan ayat-ayat suci selalu pada bayi. Mudah-mudahan, apabila besar kelas, boleh menjadi seorang hafiz/hafizah.

5. Bacakan cerita pada bayi

Selain Al-Quran, jika si ibu membaca buku-buku ilmiah yang lain, bacakan sekali kuat-kuat. Biar si bayi dengar akan isinya. Mudah-mudahan terang hatinya selepas keluar nanti. Rangsangan dan sentuhan pada bayi amat penting dalam membina ‘bonding’ antara keduanya. Berbual dan berceritalah selalu dengan bayi. Apabila ibu dalam keadaan gembira, begitu juga bayi. Elakkan ‘stress’ kerana secara tidak langsung, bayi akan merasa tekanan itu juga.

6. Penuhi keperluan nutrisi dalam pemakanan

Bakal ibu perlu makan makanan yang seimbang dan berkhasiat. Ini kerana, setiap nutrisi dari makanan itu, akan sampai pada bayi. Yang penting, pastikan sumber rezeki adalah dari sumber yang halal. Elakkan membeli menggunakan wang dari sumber yang diragui seperti rasuah. Ia akan mengalir dalam darah bayi tersebut. Makan makanan seimbang untuk kebaikan ibu dan bayi.

7. Penerimaan dengan hati yang terbuka


Si ibu perlu bersyukur ke hadrat Ilahi kerana bakal dikurniakan seorang anak. Hati mesti ikhlas menerima rezeki dari Allah. Kadang-kadang, ada ibu yang kurang bersedia untuk menimang cahaya mata. Ada juga yang menolak cahayamata akibat faktor ekonomi. Jika berfikiran sedemikian, cepat-cepat kita buang jauh-jauh. Penerimaan ini penting kerana ia membabitkan emosi dan hubungan antara ibu dan bayi. Secara tidak langsung, emosi negatif ini akan sampai pada bayi. Kekalkan elemen positif sepanjang hamil.
Kenapa bangsa Yahudi bijak?

Namun, pernahkah anda terbaca bahawa bangsa Yahudi juga melahirkan generasi yang bijak? Kebetulan kita sedang berbincang tentang perkara ini, apa kata kita singkap sekali apa rahsia mereka.

1. Ibu akan membuat latihan matematik dan muzik

Untuk merangsang otak bayi, dikatakan ibu ini akan menyanyi dan bermain piano. Si ibu dan ayah akan membeli buku matematik dan menyelesaikannya bersama-sama. Semestinya soalan-soalan yang sukar. Latihan matematik yang di lakukan sewaktu bayi di dalam kandungan dipercayai dapat melatih otak bayi untuk menjadi lebih bijak. Latihan ini di lakukan sehingga bayi dilahirkan.

2. Pemakanan yang istimewa semasa anak masih dalam kandungan

Pemakanan ibu mengandung juga berbeza. Dikatakan juga, mereka gemar memakan kacang badam atau ‘almond’. Jangan ingat Almond London semasa hari raya sahaja. Mereka juga makan kurma bersama susu, roti, ikan tanpa kepala dan salad yang digaul bersama pelbagai jenis kacang. Diberitahu, daging ikan adalah amat baik untuk perkembangan otak bayi. Kepala ikan dipercayai mengandungi bahan kimia yang boleh merosakkan perkembangan dan penumbuhan otak sewaktu bayi di dalam kandungan. Juga menjadi kewajipan kepada mereka untuk mengambil pil minyak ikan sebagai nutrisi tambahan.Kebiasaannya, mereka makan buah-buahan dahulu sebelum nasi dan karbohidrat lain bagi mengelakkan merasa mengantuk dan lemah untuk memahami apa yang dipelajari. Sama seperti ajaran Rasulullah SAW, mereka tidak menyajikan ikan bersama daging, bagi mereka tidak elok di makan bersama.

3. Pemakanan yang istimewa semasa anak membesar

Dikatakan, anak-anak Yahudi diberi makan buah-buahan, kacang badam dan pil minyak ikan.

4. Mempelajari bahasa asing sehingga fasih

Sekurang-kurangnya 3 bahasa yang dikuasai oleh kanak-kanak Yahudi, iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris. Dengan faktor geografi yang hampir dan dikelilingi negara Arab, mereka mempelajari bahasa itu.

5. Mempelajari alat muzik

Mereka dilatih sejak kecil untuk mempelajari bermain alat-alat muzik seperti piano dan biola / ‘violin’. Pemahaman yang diperlukan untuk seorang kanak-kanak memahami nota-nota dan kod lagu akan membuatkan kanak-kanak itu lebih bijak. Dikatakan, dengan bermain muzik, seperti belajar bahasa, otak kiri dan kanan akan dirangsang sepenuhnya.



www.muslimparentingnetwork.blogspot.com
Read full post »
Powered by Blogger.