1)SILA KLIK BUTTON LIKE DIBAWAH
2)SELEPAS LIKE, KLIK SUPPORT US! UNTUK TERUSKAN...




Powered By IMuslimNetwork
Support Us!

Monday, August 31, 2015

6 Cara Dan Tips Mengatasi Anak Tidak Mahu Makan (Atau Susah Makan)

0 comments



Andaikan situasi begini. Anda penat-penat masak untuk si comel, tetapi dia meluahkan kembali makanan yang disuap. Apa perasaan anda? Tentu ‘tension’ dan marah bukan?

Acapkali perkara begini menjadi satu kerungsingan pada ibu-ibu diluar sana. Jika tidak diberikan makanan, takut perut anak masuk angin. Namun, bukannya ibu tidak mahu berikan makanan, tetapi anak itu sendiri yang tidak mahu diberikan makanan. Ya, agak rumit. Hanya yang pernah merasainya akan mengetahu betapa sukarnya keadaan ini.


Memang agak payah untuk menguruskan anak yang susah mahu makan sehingga boleh jatuh sakit lagi-lagi makanan berkhasiat. Kalau gula-gula atau aiskrim, tidak perlu disuruh pun. Lumrah kanak-kanak sukakan makanan manis. Tambahan yang berumur 3-6 tahun yang sudah pandai memprotes dan memberontak. Kadang-kadang, terpaksa memaksa, buat helah dan menipu supaya mereka makan. Tapi, cara sebenar untuk pastikan anak-anak makan bukanlah dengan paksaan. Lebih baik kalau secara berterusan dan kreatif.

Mari kita sama-sama pelajari, apakah antara tips yang boleh mengatasi masalah anak susah makan ini?

1. Hias Makanan


Kalau nasi dan sayur dibuat seperti muka ‘teddy bear’, anak pasti suka. Lebih-lebih lagi bila menghias watak kegemaran anak-anak seperti Upin & Ipin atau BoboiBoy.

2. Variasikan Makanan Berkhasiat

Kalau anak anda sukar untuk makan sayuran atau buahan, cuba campurkan sedikit dengan krim putar, keju cair atau ais krim. Nampak macam bukan tekak orang Malaysia, tapi cuba dahulu. Contohnya, brokoli yang bersalut keju cair. Pasti anak- anak anda akan makan juga kerana rasa sayur sudah tidak jelas, di enakkan dengan rasa keju. Kalau mereka sukakan minuman manis, banyakkan buat jus buah. Kalau mereka suka makan burger atau pizza, boleh lebihkan sayuran dan daging.

Pernah ada situasi seorang kanak-kanak boleh makan apa saja termasuk sayuran yang pahit selagi makanan itu disalut oleh keju walau dia tidak sukakan sayur. Perlu ingat, jangan beri anak-anak makan makanan tidak sihat seperti dibincangkan sebelum ini.


3. Makan Bersama-sama Anak

Kalau ibu-bapa sendiri tidak makan sayur, bagaimana anak ingin makan sayr? Anda sendiri kerana tunjukkan tabiat makan yang betul kerana anak-anak anda memerhatikan anda dan mungkin mengajuk semula tindak-tanduk anda. Kalau mahu berdiet sekalipun, jangan ditunjukkan depan anak bahawa anda menahan makan dan menelan ubat kurus. Pastikan anda makan mengikut masa seperti rutin biasa seperti sarapan, makan tengahari dan makan malam supaya anak anda juga terikut-ikut cara anda. Tabiat makan makanan yang sihat juga adalah baik untuk mempengaruhi anak-anak.


4. Jangan Sesekali Memaksa Anak Makan

Sentiasa berfikiran positif. Jangan cuba cara ugutan iaitu seperti tidak membenarkan anak anda bermain jika dia tidak habiskan sayur. Ia akan menanamkan rasa negatif dan benci terhadap sayur dimana mereka langsung tidak akan sukakan makanan tersebut. Bertolerasi adalah cara yang terbaik. Atau dengan kata lain, ‘rasuah positif’. Contohnya, janjikan mereka makanan yang mereka suka dengan syarat mereka menghabiskan sayuran mereka. Jadi, mereka akan makan sayuran dengan lebih kerap dengan harapan mahu makan apa yang mereka suka selepas itu. Sekurang-kurangnya ianya bukan atas dasar paksaan dan ada perasaan negatif.

5. Sediakan Makanan Bersama


Kalau anda membeli-belah dan mungkin ingin memilih sayuran atau buahan, cuba ajak anak anda untuk buat pilihan bersama. Kebiasaannya, mereka memang gemar untuk melibatkan diri walaupun buat pilihan atas makanan yang mereka tidak suka. Apabila sampai waktu makan, mereka pastinya akan fikir mahukan ibubapanya makan makanan yang dipilih olehnya. Jadi dia juga akan turut makan sekali. Pastikan mereka juga lakukan kerja-kerja minor yang kononnya nampak seperti membantu anda seperti menggaul tepung, basuh sayur dan buah, mengacau masakan, memotong cendawan dan sebagainya. Penglibatan sebegini mewujudkan rasa kasih sayang dan diberi perhatian di samping mengeratkan keluarga.

6. Tunjukkan Visual Kegemaran Anak


Rajinkan diri untuk mengkaji dan kemudiannya menayangkan video kegemaran anak-anak yang menggambarkan pemakanan yang sihat. Biasanya kanak-kanak akan mudah terpengaruh dengan apa yang dilihat di video tambahan kalau ada watak kegemaran mereka yang turut sama lakukan sesuatu seperti memakan makanan sihat. Secara perlahan-lahan, anak anda yang mungkin payah untuk makan akan mula melihat tabiat makan itu adalah perkara baik. Contohnya seperti watak Popeye yang selalu makan sayur. Ada sebabnya mengapa watak-watak kartun dan artis-artis berpengaruh dibayar berjuta ringgit. Ianya kerana mereka mampu memberi arahan dan mempengaruhi anak-anak lebih baik dari anda.

Kesimpulan

Mahu mengikut rentak anak-anak supaya mendengar kata, bukanlah susah. Kalau gunakan cara yang betul dan sedikit kebijakan psikologi, bukan setakat makan, perkara lain pun senang diajar supaya jadi kanak-kanak yang berdikari. Selamat mencuba!

www.muslimparentingnetwork.blogspot.com
Read full post »

Thursday, August 27, 2015

Panduan Doa Untuk Mengelakkan Keguguran

0 comments


DOA ELAK KEGUGURAN (Surah Al-Hij’r – Batu Gunung)

Barang siapa membaca tiga ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya.

Terjemahannya:

Ayat 97: Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa engkau bersusah hati dengan sebab apa yang mereka katakan.

Ayat 98: Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu, serta jadilah dari orang-orang yang sujud.

Ayat 99: Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin.

Cara-cara Bacaan


Wanita yang mengandung, amalkan ayat-ayat ini selepas setiap kali solat. Baca sekurang-kurang 3x doa ini dan dihembuskan pada perut anda. InsyaAllah usaha anda diberkatiNya.


- Permata-


www.pakarsakit-puan.blogspot.com
Read full post »

Saturday, August 8, 2015

11 Tips Untuk Hamil Dengan Cepat

0 comments
Tidak mudah untuk hamil dengan cepat dan kadang kadang ia boleh memberikan tekanan perasaan apabila sanak saudara dan kawan-kawan kerap bertanya soalan yang sama. Tekanan perasaan pula boleh mengurangkan lagi peluang anda untuk hamil.Dalam kebanyakan kes, cuma perubahan kecil sahaja yang perlu dibuat untuk menolong anda hamil dengan cepat. 

Sekiranya anda merancang untuk hamil, terdapat 11 tips yang boleh anda amalkan untuk meningkatkan kesuburan anda dan seterusnya hamil dengan lebih cepat.

1. Fahami bagaimana kehamilan terjadi. Jika haid anda teratur, setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan berenang kedalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di salur peranakan (salur fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. Memahami bagaimana sistem reproduksi anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil.

2. Jumpa doktor anda. Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat diperingkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil. Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan salur fallopiananda tidak tersumbat.

3. Dapatkan berat badan yang ideal. Sekiranya anda mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masaalah kepada kesuburan anda. Kawal berat badan dan cuba kira BMI (Body Mass Index) anda. BMI diantara 20-24 menunjukkan berat optimal.

4. Ketahui waktu subur anda. Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil. Hari subur boleh dikiranya dengan tepat sekiranya haid anda teratur. Catatkan BBT ( Suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda tanda ovulasi yang seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut ditengah bulan. Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.

5. Hubungan seks yang lebih kerap. Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari hari subur, berhubunganlah setiap hari. Sesetengah posisi seks boleh membuatkan anda lebih senang hamil seperti suami berada diatas (missionary position). 
Posisi ini mungkin yang terbaik untuk mempastikan penetrasi optimal dimana sperma dilepaskan paling rapat dengan servik. Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakan bantal dibawah punggung anda selama 30 minit atau membiarkan zakar suami berada dalam faraj selama 15 minit selepas ejakulasi.

6. Tingkatkan kesuburan suami. Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mempraktis cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elak dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah anda boleh berbincang dengan doktor. Ia mungkin sebab anda lambat hamil.

7. Mengambil multivitamin. Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma.

8. Bersenam secara rutin . Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.

9. Mengambil makanan yang seimbang. Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin dimana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda. Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semulajadi. 

Amalkan memakan lelemak monounsaturated dan kurangkan lemak transfat (yang terdapat pada makanan yang segera)

Lebihkan protin dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan makan daging.
Makanan makanan yang berfiber tinggi seperti seperti sayuran dan whole grains seperti oats.

Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi, mee, bihun dan sebagainya.
Kurangkan makanan berasaskan susu seperti ais krim, whole milk dan cheese.

10. Kurangkan tekanan. Life is stressful, memang tak logik kalau tiada tekanan dalam hidup ni. Walaubagaimanapun terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah ketidaksuburan. Cuba buat aktiviti-aktivit ringan yang boleh mengurangkan tekanan anda seperti:

  • Memasak 
  • Bersenam
  • Mendengar muzik
  • Membaca dan mendengar audiobooks
  • Manjakan diri anda dengan spa dan rawatan diri
  • Habiskan masa dengan kawan dan keluarga
  • Beromantik dengan suami

11. Jahuhi dadah, merokok dan minuman keras. Merokok, mengunakan dadah dan meminum minuman keras bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kesuburan malahan meningkatkan risiko keguguran dan komplikasi kehamilan. Pastikan segala ubatan adalah selamat dimakan dan limitkan minuman kopi kepada 2 cawan sehari.
Read full post »
Powered by Blogger.