1)SILA KLIK BUTTON LIKE DIBAWAH
2)SELEPAS LIKE, KLIK SUPPORT US! UNTUK TERUSKAN...




Powered By IMuslimNetwork
Support Us!

Wednesday, June 25, 2014

Petua Mudah Hindari Rambut GUGUR

0 comments

3 Petua Mudah untuk menghindari rambut Gugur:

1. Masukkan tiga sudu besar serbuk teh ke dalam secawan air mendidih. Kemudian tapiskan. Bancuh air teh bersama sedikit serbuk inai dan sebiji putih telur hingga sebati. Apabila sebati, sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama tiga jam. Seelok-eloknya amalkan dua minggu sekali.

2. Tumbuk sedikit arang sehingga lumat. Kemudian campur dengan minyak kelapa. Sapukan ramuan ini pada seluruh rambut dan biarkan selama dua jam. Basuh rambut dengan syampu dan keringkan. Lakukan seminggu sekali.

3. Campurkan air asam jawa dan santan ke dalam satu bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga kenanga atau bunga-bunga yang wangi. Basuh rambut menggunakan campuran tersebut. Rambut akan berbau harum tanpa disyampu.

www.annalovelyboutique.blogspot.com
Read full post »

Sunday, June 8, 2014

Doktor Buang Ketumbuhan 14kg Dalam Rahim Wanita - Fibroid Terbesar

0 comments
 
FIBROID seberat 14kg yang dikeluarkan dari rahim Latha.
Chennai: Sepasukan doktor di sini berjaya melakukan pembedahan rumit ke atas seorang wanita untuk mengeluarkan ketumbuhan dalam rahim seberat 14 kilogram dan berukuran lilit 53 sentimeter, yang terbesar dalam dunia.

Wanita berusia 52 tahun itu yang dikenali sebagai Latha, menghadapi masalah untuk bernafas dan sentiasa letih selama beberapa tahun, tetapi tidak menyedari ketumbuhan sebesar buah tembikai itu membesar dalam rahimnya.

Dia hanya mendapatkan rawatan di Hospital Kumaran selepas mengalami pendarahan teruk sebulan lalu.

Doktor yang menjalankan ujian mendapati dia terlalu lesu sebelum mengesan ketumbuhan besar pada permukaan luar rahim yang menyebabkan tekanan pada tubuhnya.

Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Dr Mani Mekalai berkata, pihaknya terkejut menemui ketumbuhan sebesar itu.

Menurutnya, fibroid terbesar pernah dikeluarkan pakar perubatan sebelum ini ialah di Afrika yang seberat 10 kilogram.

“Berdasarkan saiz fibroid pada Latha, ia mungkin sudah berada di situ lebih 20 tahun lalu,” kata pakar itu. Mani juga berkata, tanda-tanda ketumbuhan biasanya berkait dengan lokasi fibroid.

“Memandangkan ia tumbuh di luar rahim, pesakit tidak menyedarinya,” kata Mani.

Latha menjalani pembedahan dua hari selepas dimasukkan ke hospital.

Pakar bedah, Dr Shiva Kumar berkata, pasukan empat doktor mengambil masa tiga jam setengah untuk membuang fibroid berkenaan.

Mereka terpaksa membuang uterus bersama-sama ketumbuhan itu bagi mengelaknya tumbuh semula.

Menurut Mani, walaupun ketumbuhan dalam rahim adalah perkara biasa, tetapi fibroid yang dibuang biasanya tidak sebesar itu. - Agensi


www.annalovelyboutique.blogspot.com
Read full post »

Monday, June 2, 2014

Tips Solekan Untuk Kulit Gelap

0 comments
Kulit anda gelap? Jangan bimbang kerana kulit seperti anda boleh mendapatkan solekan yang tepat untuk mengembalikan keceriaan pada wajah. Bahkan boleh jadi lebih cantik daripada mereka yang berkulit putih.

Ketahuilah bahawa mereka yang berkulit gelap jika dikenakan sedikit solekan, pasti dapat menaikkan kejelitaan dan kemanisan pada wajah. Bagaimanapun, harus berhatihati dalam pemilihan warna yang betul agar wajah tidak nampak pelik.

1. Asas solekan

Pertama, wajib untuk ambil tahu warna mekap terutama perlu bijak memilih warna asas yang tidak terlalu terang. Pilihlah bedak asas yang tidak terlalu kontra dengan warna kulit anda. Gen Y mencadangkan anda boleh gunakan bedak asas berbentuk cecair kerana ia membolehkan kulit wajah nampak sekata dan semula jadi. Apabila anda menyapu di atas wajah, pastikan bedak asas meresap hingga ke dalam kulit. Kemudian sapukan bedak `compact' ke seluruh wajah.

2. Pemerah pipi


Bagi kulit hitam manis, pemerah pipi yang sesuai adalah warna `coral', `rose' dan `deep orange'. Kemudian padankan dengan warna pembayang mata coklat. Gunakan warna merah jambu untuk kegunaan siang hari kerana ia menjadikan wajah lebih cerah. Pada malam hari, anda boleh gunakan warna `bronze' atau plum untuk menonjolkan tekstur kulit wajah anda.

3. Warna mata

Untuk mata pula, penggunaan warna natural seperti coklat, merah bata, kelabu, coklat, `silver bronze' dan warna emas lebih sesuai. Elak daripada pilih warna yang terang dan putih kerana warna ini kontra dengan kulit anda. Jangan lupa untuk mencalitkan `eyeliner' dan maskara di mata dengan warna yang sesuai seperti biru gelap, hitam atau kelabu gelap.

4.Warna bibir


Selepas keseluruhan wajah dikenakan solekan yang betul, perkara terakhir yang harus dilakukan adalah pemakaian gincu. Jangan sesekali menggunakan warna pucat kerana ia akan menghilangkan seri pada wajah anda. Antara warna yang sesuai adalah merah, ungu mahupun `copper'. Sapukan juga `lip gloss' agar bibir kelihatan lebih menonjol. Buat remaja perempuan, jadikan warna kulit gelap anda satu kelebihan dalam solekan sehingga menampakkan anda kelihatan cantik sepanjang masa. 


Selamat mencuba!

www.annalovelyboutique.blogspot.com
Read full post »
Powered by Blogger.