1)SILA KLIK BUTTON LIKE DIBAWAH
2)SELEPAS LIKE, KLIK SUPPORT US! UNTUK TERUSKAN...




Powered By IMuslimNetwork
Support Us!

Friday, September 19, 2014

9 PANDUAN MUDAHKAN KELAHIRAN YANG BOLEH DIAMAL

0 comments


Melahirkan anak adalah mudah sekiranya kena dengan caranya, amalkan panduan dibawah ini mungkin boleh mengelak anda dari mimpi ngeri bersalin.

9 Panduan Mudahkan Kelahiran

1. Urutan Perineal
Urutan yang dilakukan di bahagian perineum amat digalakkan kerana ia sedikit sebanyak dapat membantu anda memudahkan proses pelahiran yang bakal dilalui dan mengurangkan risiko koyak semasa meneran. Anda digalakkan untuk memulakan urutan ini iaitu di antara bahagian dubur dan faraj bermula daripada minggu ke-34 kehamilan sehinggalah ke saat mahu melahirkan.

Sebelum melakukan rutin urutan, pastikan jari anda benar-benar bersih. Urutan ini boleh dilakukan dengan menggunakan minyak tertentu yang berasaskan sumber bahan semula jadi. Antaranya minyak kelapa dara, minyak zaitun dan lain-lain. Dalam pada itu, elakkan penggunaan minyak bayi ataupun jeli petroleum. Namun, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.

2. Senaman Kegel
Senaman ini baik untuk menjadikan otot vagina lebih anjal. Dengan yang demikian, otot berkenaan boleh mengembang dengan lebih baik apabila tiba proses kelahiran. Senaman ini juga bagus untuk kekuatan otot rahim.

Menariknya, senaman ini boleh dilakukan di mana sahaja tanpa perlu ada orang lain mengetahuinya. Antara teknik senaman Kegel yang boleh anda lakukan ialah menahan air kencing separuh jalan dan kira sampai 10 dan kemudian dilepaskan bakinya.

3. Teknik Pernafasan
Di minggu-minggu terakhir kehamilan, anda sangat digalakkan untuk melakukan senaman secara tetap seperti berjalan-jalan selama 30 minit selepas makan malam sambil berlatih melakukan teknik pernafasan yang bakal anda aplikasikan ketika dalam proses pelahiran. Ketahuilah, teknik pernafasan amat penting untuk wdikuasai kerana ia dapat membantu ketika anda menahan sakit dan sewaktu proses meneran.

4. Tidur Mencukupi
Sudah menjadi kelaziman bagi wanita hamil mengalami kesukaran untuk tidur di minggu-minggu akhir kehamilan. Biarpun begitu, anda dinasihatkan untuk memastikan jumlah jam tidur adalah mencukupi. Hal ini sangat penting untuk memastikan anda kekal bertenang semasa melahirkan nanti.

5. Keadaan Selesa
Ketenangan fikiran dan kemantapan mental serta emosi sangat penting. Proses pelahiran akan berlangsung dengan lancar sekiranya anda berada di dalam keadaan selesa. Apatah lagi, keadaan yang tergopoh-gapah akan menyebabkan proses kelahiran memakan masa yang lama. Sikap yang tenang dan selesa dapat menghindarkan anda daripada menerima apa-apa juga jenis alat bantuan kelahiran seperti vakum atau forsep. Oleh itu, cuba tenangkan diri sejak dari rumah lagi sebelum berangkat ke hospital.

6. Teman Kuat Semangat

Apa yang paling penting dalam memudahkan kelahiran bayi ialah sokongan daripada yang tersayang. Di waktu anda perlu berhadapan dengan segala macam tekanan untuk melahirkan, keberadaan suami di sisi pasti dapat mengurangkan serba sedikit tekanan yang dialami. Namun, suami perlulah mempunyai semangat yang kental agar dia mampu memberi sokongan ketika anda berhadapan dengan kesakitan untuk melahirkan bayi.

Selain daripada suami, anda boleh meminta ibu atau ahli keluarga yang lain untuk menemani. Oleh yang demikian, ada baiknya untuk anda menentukan siapa yang bakal menemani di dalam bilik bersalin nanti. Malah, pilihan kedua selain daripada suami perlu ada agar anda tetap ada peneman jika tiba masanya nanti suami menghadapi masalah seperti takut darah, lemah semangat dan lain-lain.

7. Perguna Graviti
Amalan sentiasa bergerak dengan berjalan-jalan dapat membantu anda ketika proses pelahiran. Malah, jangka masa proses pelahiran boleh menjadi pendek jika anda berdiri tegak. Keadaan sebegini berupaya membantu bayi masuk ke saluran peranakan dengan betul. Oleh kerana itulah, anda tidak disarankan untuk hanya berbaring di atas katil. Adalah lebih baik anda berjalan-jalan di sekitar kawasan bilik bersalin sambil ditemani suami untuk memudahkan bayi “turun” sekali gus mempercepatkan proses pelahiran.

8. Baring Mengiring Ke Kiri

Amalan sebegini juga amat diyakini mampu mempercepatkan bukaan serviks. Berbaring mengiring ke kiri adalah lebih baik daripada berbaring terlentang kerana posisi ini akan memberi sedikit tekanan kepada bayi untuk membantunya menolak “keluar” dengan cepat.

9. Makan Secukupnya
Pastikan apabila sudah mendekati tarikh jangkaan bersalin, anda makan secukupnya. Ini sangat penting bagi memastikan anda mempunyai tenaga untuk proses meneran. Sekiranya tiada selera makan, banyakkan makan kurma kerana ia berupaya memberi tenaga tambahan kepada tubuh badan.

Kredit artikel kepada PaMa

Read full post »

Tuesday, September 16, 2014

Apa Itu Lotus Birth?

0 comments




Apa itu Lotus Birth? Lotus Birth berbeza dengan kaedah kelahiran yang biasa, kerana tali pusat akan dipotong sebaik saja ia berhenti berdenyut. Kemudian plasenta (uri) akan dibersihkan dan ditanam namun dalam Lotus Birth, tali pusat tidak dipotong, dan dibiarkan bersambung antara bayi dan plasenta hinggalah ia tercabut dengan sendirinya.

Ironinya dalam Lotus Birth ini ialah plasenta telah memberi manfaat kepada bayi selama 9 bulan ketika bayi dalam kandungan, maka ia boleh terus memberi faedah kepada bayi selepas kelahiran. Pengamal Lotus Birth percaya bahawa dengan kaedah ini, bayi tidak memerlukan imunisasi tambahan, kerana plasenta memberi cukup bekalan antibodi dan imunisasi yang diperlukan oleh bayi.

Kaedah Lotus Birth:

  • Plasenta atau uri dibiarkan melekat bersama tali pusat dan bayi. 
  • Plasenta atau uri dimasukkan ke dalam mangkuk yang bersih.
  • Tunggu sehingga tali pusat bayi berhenti berdenyut.
  • Plasenta dibasuh dengan berhati-hati.
  • Keringkan plasenta dan pastikan ada pengaliran udara agar ia cepat kering.
  • Boleh gunakan bunga-bungaan atau herba bagi mengelakkan bau yang tidak menyenangkan dari plasenta.
  • Pastikan talipusat bayi dan plasenta sentiasa dalam keadaan kering.
  • Bayi diuruskan seperti biasa dengan talipusat masih melekat pada badannya.
  • Biasanya selepas seminggu talipusat akan tertanggal dan plasenta boleh diuruskan seperti biasa; tanam dan sebagainya.
Lotus Birth dikatakan terdapat dalam ajaran Buddha, mungkin ada kaitan dengan kelahiran Siddhartha Gautama yang boleh berjalan sebaik saja dilahirkan, dan setiap langkahnya menghasilkan bunga teratai.

Di dalam Islam, uri diharuskan ditanam selepas dibersihkan dengan baik sebagai tanda pernghormatan terhadapnya.

Negara Amerika merupakan negara perintis Lotus Birth ini , dan diperjelaskan bahawa Lotus Birth ini sebagai langkah pencegahan untuk melindungi bayi dari jangkitan luka yang terbuka.

Walaupun ia agak baru di Malaysia,Budaya tidak memotong talipusat ini telah lama diamalkan dalam budaya Bali dan budaya orang asli. Bali mempunyai pelbagai tradisi dan ritual mengenai proses kelahiran. Setiap kelahiran membawa cerita yang baru dan berbeza untuk dijadikan sebuah pelajaran. Setiap wanita menyanyikan lagu kelahiran sendiri untuk bayinya. Ada banyak kegembiraan dan perayaan pada saat kelahiran.

Antara beberapa sebab mengapa ibu-ibu memilih untuk melahirkan secara Lotus Birth?

1.Tidak ada keinginan ibu untuk memisahkan plasenta dari bayi dengan cara memotong tali pusat

2.Supaya proses peralihan bayi berlaku secara lembut dan damai, yang membolehkan penolong persalinan untuk memotong tali pusat pada masa yang tepat.

3.Merupakan suatu penghormatan terhadap bayi dan plasenta.

4.100% memastikan bahawa bayi mendapat kandungan darah optimum dan khusus yang diperlukan bagi bayi.

5.Mendorong ibu untuk menenangkan diri pada minggu pertama selepas bersalin sebagai masa pemulihan sehingga bayi mendapat perhatian penuh.

6. Mengurangkan kematian bayi kerana pengunjung yang ingin bertemu bayi. Sebahagian besar pengunjung akan lebih memilih untuk menunggu hingga plasenta telah lepas.

7.Alasan rohani atau emosional.

8.Tradisi budaya yang harus dilakukan.

9.Tidak bimbang tentang bagaimana mengklem, memotong atau mengikat tali pusat.

10.Kemungkinan menurunkan risiko jangkitan (Lotus birth memastikan sistem tertutup antara plasenta, tali pusat, dan bayi sehingga tidak ada luka terbuka)

11.Kemungkinan menurunkan waktu penyembuhan luka pada perut (adanya luka memerlukan masa untuk penyembuhan.sedangkan jika tidak ada luka, masa penyembuhan akan sekurang-kurangnya)

Hanya kerana tali pusat telah berhenti berdenyut tidak bermakna tali pusat menjadi tidak berguna lagi. Tali pusat boleh terus berdenyut sekitar 2 hingga 3 jam.

Apapun sebabnya untuk mengenal pasti kebaikan dan keburukan dalam sesuatu tindakan, rujuk lah kepada pakar-pakar dlm bidang tertentu atau sebagai sandaran. Dapatkan saranan daripada pihak-pihak yang lebih tahu tentang hal ini. [bekungmoden]


Read full post »

Saturday, September 13, 2014

Punca Bayi Kena Penyakit Kuning (Jaundis)

0 comments

Masalah penyakit kuning di kalangan bayi baru lahir adalah fenomena yang kerap berlaku. Jika ditanya, ramai ibu menyatakan anak mereka kuning ketika minggu pertama selepas kelahiran. Tidak kurang pula rawatan tradisional atau alternatif yang digunakan seperti susu kambing, menjemur di pagi hari serta mandi menggunakan ubat tabib Cina.

Apakah penyakit kuning dan bagaimana ia berlaku?



Penyakit kuning, atau jaundis, sebenarnya bukan satu penyakit. Ia berlaku akibat sel darah merah yang pecah. Lebih banyak sel darah merah yang pecah, lebih tinggi kadar jaundis. Bayi terbabit mempunyai najis berwarna kuning dan air kencing jernih.


Terdapat beberapa keadaan di mana sel darah merah pecah pada kadar lebih tinggi seperti:

  • Pendarahan di bawah kulit kepala iaitu 'subaponeurotic haemorrhage'
  • Darah bayi yang pekat. Ini biasanya berlaku pada bayi dilahirkan ibu yang mengalami masalah
  • Kencing manis
  • Jangkitan kuman
  • Jenis darah yang berbeza antara ibu dan anak. Biasanya risiko lebih tinggi sekiranya salah seorang mempunyai darah jenis O.
Dalam keadaan sebegini, jaundis mungkin bermula dalam 24 jam pertama selepas lahir dan tahapnya mungkin melebihi 340 micromol atau liter

Mengenali Jaundis

Bayi jaundis boleh dikenali dengan warna kulitnya yang kuning. Ia biasanya bermula dari muka dan turun ke perut dan kemudiannya ke kaki. Untuk mengenal pasti sama ada bayi anda mengalami jaundis, tekan pada kulitnya untuk beberapa saat dan kemudian lepaskan. Sekiranya jaundis, kulit di bahagian yang ditekan akan kelihatan kuning.

Sekiranya jaundis itu fisiologikal atau berpunca daripada salah satu sebab di atas, air kencing jadi jernih manakala najis pula kuning.

Rawatan Jaundis

Doktor biasanya akan mengambil darah untuk mengenal pasti tahap dan jenis jaundis. Sekiranya perlu, bayi akan diletak di bawah lampu fototerapi. Ini akan membantu mengurangkan tahap jaundis. Ketika menjalani rawatan fototerapi, baju dan seluar akan ditanggalkan dan mata akan ditutup dengan cermin mata khas untuk mengelakkan kerosakan pada retina. Bayi juga perlu diberi susu dengan lebih kerap dan banyak untuk mengelakkan daripada dehidrasi.

Sekiranya tahap jaundis terlalu tinggi, doktor mungkin perlu melakukan pertukaran darah.

Rawatan tradisional?

Rawatan menggunakan susu kambing atau ubat mandian tidak mempunyai bukti saintifik mengenai keberkesanannya, manakala menjemur pula kurang efektif kerana ia bergantung pada cuaca. Pendedahan pada matahari terlalu lama boleh menyebabkan kulit menggelupas. Pendedahan pada cahaya matahari juga akan membuatkan kulit menjadi gelap. Kuning tidak kelihatan tapi tidak bermakna ia tidak ada lagi.

Risiko tahap kuning yang tinggi

Tahap kuning yang tinggi boleh menyebabkan kecacatan pendengaran serta 'choreoathetoid cerebral palsy' akibat dari bilirubin (bahan yang menyebabkan kuning) melekat pada bahagian otak.

Sekiranya jaundis berpanjangan?


Jaundis fisiologikal biasanya hilang pada hari ke-10 untuk bayi yang dilahirkan cukup bulan. Sekiranya berpanjangan, beberapa perkara perlu diteliti seperti adakah warna najis dan air kencing normal?

Sekiranya warna najis pucat dan warna air kencing gelap, ia menandakan masalah pada hati atau salur hempedu. Kanak-kanak yang menyusu badan sepenuhnya mungkin mengalami jaundis lebih lama. Bagaimanapun, warna najis dan air kencing tetap normal dan jaundis tidak tinggi. Jaundis yang disebabkan susu ibu tidak membahayakan bayi.

Sekiranya doktor mengesyaki bayi mempunyai masalah hati atau salur hempedu, bayi akan dihantar untuk pemeriksaan ultrasound. Ini mungkin diikuti dengan pemeriksaan lain untuk mengenal pasti punca kuning. Masalah seperti biliary atresia dan choledochal cyst di mana hati dan salur hempedu tersumbat, memerlukan pembedahan sebelum keadaan jadi lebih teruk.[hmetro]


www.panduanselepasbersalin.blogspot.com
Read full post »

Thursday, September 11, 2014

Video: Ibu Melahirkan Anak Kembar 3

0 comments



Inilah cara si Ibu melahirkan anak kembar 3 melalui penbedahan, ini cukup menyeksakan tetapi mengembirakan setelah semua selamat. Wahai si suami bayangkan seorang wanita mengandung tiga orang anak selama 9 bulan yang mana memikul beban yang berat sebegitu lama.

Tidakkah ini menyedarkan anda supaya lebih menghargai isteri anda?




Hargailah dan sayangilah Isteri anda...

www.panduansuamisteri.blogspot.com
Read full post »

Friday, September 5, 2014

7 Tips Mudah Untuk Menjaga Anak Demam

0 comments

1. Sukat suhu badan anak

Suhu badan yang normal ialah 36.7 C. Justeru, gunakan thermometer yang boleh didapati di kedai-kedai farmasi. Sebaiknya, setiap famili ada termometer ini. Sama ada jenis letak di dahi, di mulut atau di telinga. Terpulang kepada bajet dan keperluan. Alat ini penting dan perlu ada di rumah untuk kecemasan. Semasa anak demam, menjado tugas anda untuk sentiasa memeriksa suhu badan anak anda. Kawal suhu badan anak anda. Jika terlalu panas dan melebihi 39 C, ambil insiatif untuk turunkan suhu badan anak anda.

2. Tuam kepala dan badan anak

Jika suhu badan terlalu panas, ambil tuala dan rendamkan dalam air paip. Kemudian, tuam seluruh badan anak anda di bahagian kepala terutamanya. Kemudian tuam juga di bahagian pelipat seperti ketiak, celah peha dan celah kaki. Tuala yang dibuat tua itu perlu dicelup semula dengan air setelah digunakan. Jangan biar tuala itu di dahi terlalu lama. Jangan pakaikan baju tebal, Hanya pakaikan singlet dan kain nipis untuk menutup badannya. Jika masih juga panas, segera mandikan dia dengan air paip. Pastikan kepala anak anda sejuk sedikit dan tidak terlalu panas.

3. Guna daun bunga raya

Petua orang tua-tua harus dipercayai dan boleh diamalkan. Jika suhu badannya masih belum turun, pagi-pagi anda petik beberapa helai daun bunga raya, basuh dan kemudian rendam selama 30 minit. Kemudian daun tersebut anda potong kecil-kecil. Tapis dan ambil lendir daun tersebut. Lendir daun bunga raya boleh menurunkan suhu panas badan. Celupkan tuala dalam lender daun itu, kemudian lumurkan di kepala dan seluruh badan anak anda. Buat selama 20-30 minit. InsyaAllah demam anak akan kebah.

4. Beri anak makan bubur

Anak yang demam tiada selera makan kerana tekak mereka sakit akibat suhu badan yang panas. Jangan sampai terjadi tonsillitis. Masakkan bubur kosong dan hanya letak sedikit garam sahaja. Pastikan dia masih mampu makan untuk sembuh dari demam. Berikan makanan yang lembut dan tidak menyakitkan tekaknya. Jika dia tidak makan, badan anak tidak cukup tenaga untuk melawan penyakitnya. Aiskrim vanila boleh juga diberikan kepada si kecil jika tekaknya sakit. Atas nasihat doctor, aiskrim vanila dapat melegakan rasa panas dan sakit tekak. Boleh cuba beri anak makan sayur jika anak suka.

5. Minum banyak air dan susu

Berikan anak air masak yang secukupnya. Ini kerana ketika demam, suhu badan yang meningkat akan menyebabkan badannya mudah kekeringan air. Badan yang kekeringan air lebih lambat untuk sembuh dan ini akan membawa kepada masalah yang lain pula seperti ketidakseimbangan elektrolit (garam galian) di dalam badan dan kalau kekeringan air ini dibiarkan melarat, boleh menyebabkan anak mendapat sawan, kerosakan buah pinggang dan otak serta mungkin boleh menyebabkan kematian. Jika anak anda minum susu formula, berikan susu formula yang selalu dia minum. Jika anak masih menyusu badan, berilah sekerap mungkin dia susu supaya panas badannya berkurang. Susu ibu juga penawar dan antibodi melawan penyakit. Jika tekaknya sakit untuk minum, tampalkan ‘coolfever’ ditekaknya untuk kurangkan sakit tekak. Jus buah yang dicairkan, sup ayam atau daging, air nasi, air kelapa dan air barli juga boleh diberikan jika anak anda sudah besar.

6. Sentiasa di sisi anak


Anak yang tidak sihat, mereka memerlukan perhatian yang lebih daripada ibu bapa. Kita sebagai ibu bapa perlu sentiasa berada di sisinya ketika dia tidak sihat. Tanya keperluannya, perasaannya & berbual-bual dengannya. Bacakan buku kegemarannya. Tonton bersama cerita kesukaannya. Apa yang dia masukan jika masih tidak keterlaluan segera beri kepadanya. Sentiasa memeluk dan mencium anak dan bisik di telinganya, ibu sayang awak. Sihat cepat sayang. Nanti kita pergi jalan-jalan, bersiar & bermain. Beri semangat padanya. Pasti anak anda akan lebih cepat sembuh dari sakitnya.

7. Berdoa pada Allah

Doa juga merupakan senjata utama dalam setiap masalah yang kita hadapi. Walau sejauh manapun kita ikhtiar, tetapi kita tidak memohon kepadaNya, samalah seperti kita tidak percaya kekuasaanNya. Sebagai umat Islam, kita haruslah memohon pertolongan kepada Allah untuk memudahkan segala urusan kita dalam membesarkan anak-anak. Berdoa agar diberikan kesihatan yang baik kepada keluarga. Tambah pula dengan membuat solat-solat sunat. InsyaAllah, Allah akan perkenankan doa hambaNya yang berserah dan hanya percaya kepadaNya. Allah hanya akan menguji hambaNya yang mampu menanggung ujian itu.


Read full post »

Thursday, September 4, 2014

Tahukah Anda Makanan Berisiko Kepada Bayi?

0 comments


Semakin membesar si comel, semakin teruja mama menyediakan pelbagai pilihan makanan. Tidak sabar hendak membenarkan bayi comel turut menyertai makan sekeluarga di meja makan. Tetapi awas, biarpun bayi anda semakin membesar, bukan semua jenis makanan dia boleh makan.

Jika selama ini anda puas membiasakan bayi dengan makanan pejal dan nampaknya dia tiada masalah mencuba pelbagai rasa yang berbeza namun masih ada beberapa jenis makanan yang dia tidak boleh ambil sebelum menyambut ulang tahun pertamanya.

*Sesetengah jenis makanan laut
mungkin mengandungi merkuri (raksa) yang boleh menjejaskan sistem saraf bayi yang sedang berkembang. Makanan laut seperti kerang-kerangan mentah juga boleh mengakibatkan risiko keracunan makanan.

*Telur mentah atau kurang masak. Pastikan telur yang diberi kepada bayi anda dimasak sempurna sehingga bahagian putih dan kuningnya keras.

*Makanan rendah lemak, rendah kalori dan berserat tinggi juga tidak sesuai untuk bayi. Bayi memerlukan makanan yang tinggi kandungan tenaganya.

*Kekacang.
Jangan bagi bayi makan kacang sehinggalah usianya mencapai lima tahun kerana ia boleh menyebabkan bayi tercekik.

*Garam.
Jangan tambah garam dalam makanan bayi kerana buah pinggang bayi masih belum mampu memprosesnya. Elakkan memberi bayi makanan yang masin, periksa label pada bungkusan makanan yang dibeli.

*Gula.
Makanan dan minuman manis tidak elok untuk pertumbuhan gigi bayi dan boleh menggalakkan bayi menggemari makanan manis. Elakkan memberi bayi makanan manis seperti puding, aiskrim, biskut atau gula-gula sehingga dia berusia dua tahun ke atas. 


Read full post »

Monday, September 1, 2014

Video Yang Wajib Ditonton Oleh Semua Suami

0 comments




Video Ini mengambarkan perasaan seronok di dalam kesakitan yang dialami oleh semua IBU-IBU di luar sana yang telah bersalin.

Wahai si Suami tontonlah dan cuba hargai isteri anda yang telah bertarung nyawa untuk melahirkan anak anda.

Jika anda masih tidak menghargai pasangan anda, bermakna anda adalah orang yang tidak mempunyai perasaan kasih sayang dah belah ihsan.

Read full post »
Powered by Blogger.