1)SILA KLIK BUTTON LIKE DIBAWAH
2)SELEPAS LIKE, KLIK SUPPORT US! UNTUK TERUSKAN...




Powered By IMuslimNetwork
Support Us!

Sunday, March 22, 2015

Info Barah Payudara

0 comments
Barah payudara

 

Apa itu barah payudara

- Sejenis ketumbuhan tumor malignan yang bermula pada sel payudara. Tumor malignan adalah sekumpulan sel barah yang boleh tumbuh hingga menembusi tisu badan di sekelilingnya (invasi) atau merebak pada bahagian tubuh badan yang lain (metastasis).

Punca


- Ketumbuhan dikaitkan dengan genetik atau sejarah keluarga, namun penyebab sebenar ketumbuhan sel barah payudara masih misteri.

Faktor

- Beberapa faktor dikaitkan dengan barah payudara adalah peningkatan usia, sejarah keluarga terutamanya yang mempunyai pertalian rapat atau pertalian darah, pernah menghidap kanser payudara (kemunculan semula) dan permulaan kitar haid yang awal atau lewat putus haid.

- Tidak pernah mengandung walaupun umur lebih 30 tahun, tidak pernah menyusukan anak, pengambilan alkohol yang berlebihan, pemakanan yang tinggi lemak dan kurang serat, terapi hormon selepas putus haid dan obesiti selepas putus haid.

Tanda

- Benjolan luar biasa sekitar payudara atau pada bahagian ketiak; perubahan dari segi saiz, bentuk atau rasa pada puting atau payudara.

- Lelehan luar biasa pada puting payudara; rasa sakit pada payudara; ulser kulit; bengkak pada lengan (bersebelahan dengan payu dara yang dijangkiti kanser) ruam pada payudara.

Pencegahan


- Pengesanan awal boleh menyelamatkan keadaan. Antara langkah pencegahan, ialah kesan awal menerusi pemeriksaan sendiri payudara secara berkala selain menjalani cara hidup sihat termasuk menjaga pemakanan dan gaya hidup bebas rokok dan alkohol.

REAKSI

"Isu kesihatan bukan topik popular dalam kalangan wanita. Fikiran mereka sarat dengan perkara lain seperti urusan keluarga dan kerjaya. Hinggakan, ada yang tidak tahu mengenai hal ehwal kesihatan diri dan langkah pencegahan, termasuk culas melakukan pemeriksaan sendiri payudara."

Datin Paduka Marina Mahathir
Aktivis sosial

"Kesedaran barah payudara banyak tertumpu di ibu kota. Saya rasa sudah sampai masanya wanita di luar bandar diperkasakan dengan pengetahuan berhubung kanser ini. Kita perlu proaktif membantu mereka kerana kekangan masa dan jarak membataskan usaha mereka mendapatkan rawatan."

Dr Azlina Firzah Abdul Aziz
Pengerusi penganjur 


www.pakarsakit-puan.blogspot.com
Read full post »

Monday, March 2, 2015

Tips Menyusu di Tempat Awam Dan Khalayak Ramai

0 comments



Jika dulu ibu menyusu anak dengan susu ibu masih lagi dibelenggu perasaan malu untuk menyusukan anak di tempat awam dan khalayak ramai. Selalunya ibu kelam kabut dan gelisah mencari lokasi paling selamat ketika si kecil menangis mahu menyusu. Akibatnya ibu dan bayi menjadi tidak selesa kerana terpaksa 'mencuri-curi' menyusukan anak ketika di luar rumah.

Namun kini situasi tersebut semakin berkurangan ekoran kebanyakan ibu menyusu sudah semakin berkeyakinan dan bangga untuk menyusukan anak dengan susu ibu walaupun di tempat awam. Apa pun ibu masih tetap menjaga maruah diri tanpa perlu menunjukkan apa yang tidak sepatutnya kepada khalayak walaupun sedang menyusukan bayi. Dengan pelbagai kemudahan aksesori menyusu yang dicipta khusus untuk ibu tugas menyusukan anak di tempat awam menjadi semakin mudah tanpa masalah.

Bagi ibu baru yang masih kekok, jadikan tips ini sebagai pembakar semangat untuk kita terus menyusukan susu ibu di mana-mana pada bila-bila masa.

1. Yakin diri 

 
Jangan ragu-ragu untuk melakukan penyusuan depan khalayak ramai. Fikirkan bahawa kita mahu memberikan yang terbaik kepada bayi kita.

2. Fokus 

 
Kita harus fokus kepada kebaikan semula jadi susu ibu. Perasaan malu dan tertekan akan memberi kesan kepada kelancaran pengaliran susu ibu.

3. Lokasi 

 
Cari tempat yang tidak terlalu ramai orang untuk melakukan penyusuan. Ketika penyusuan, bayi inginkan suasana yang tenang.


4. Pakaian khusus 

 
Sarungkan pakaian penyusuan dan gunakan poncho atau kain pendakap ketika menyususkan bayi.

5. Bantuan

 
Jika tidak mempunyai kain atau pakaian penyusuan, suami atau pihak ketiga boleh menjadi 'dinding' sementara saat penyusuan berjalan. Surau atau bilik menukar pakaian adalah alternatif tempat penyusuan susu ibu sekiranya tempat tersebut tidak menyediakan kemudahan bilik menyusu untuk ibu dan anak. 
Read full post »
Powered by Blogger.