1)SILA KLIK BUTTON LIKE DIBAWAH
2)SELEPAS LIKE, KLIK SUPPORT US! UNTUK TERUSKAN...




Powered By IMuslimNetwork
Support Us!

Wednesday, January 27, 2016

AMALAN UNTUK MEMPEROLEHI ZURIAT

0 comments
AMALAN UNTUK MEMPEROLEHI ZURIAT


 
Amalan pertama

Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
Baca Bismillah 1 kali

Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali
Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan (Umpamanya: "Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)

Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.

Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa

Amalan kedua.

Suami hendaklah membaca "Ya Mutakabbir" (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
Isteri hendaklah membaca "Ya Awwal" (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
Isteri hendaklah membaca setiap hari "Ya Zaljalaali Wal Ikram" 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.

Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari

Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya
 
 
Read full post »

Wednesday, January 20, 2016

Berpantang Cara Moden

0 comments


Cara baru berpantang

Berpantang sememangnya cukup sinonim dengan masyarakat Melayu terutama bagi wanita selepas melahirkan anak.

Kebiasaannya tempoh berpantang selama 44 hari walaupun ada yang meneruskannya sehingga 100 hari.

Memang payah mengikuti pantang larang dalam tempoh ini tanpa bantuan dan sokongan. Namun kini terdapat cara moden menerusi penggunaan set bersalin moden untuk memudahkan wanita meneruskan tradisi berkenaan.

Pengarah Urusan MumDreams, Amilin Husni berkata, set bersalin moden tidak serumit kelengkapan set bersalin tradisional memandangkan kebanyakan ibu kembali bekerja selepas tempoh berpantang.

Antara amalan berpantang termasuk pengambilan jamu, urutan badan, mandian herba, bertungku dan memakai bengkung bagi mengekalkan kecergasan badan seperti sebelum bersalin.

Berbanding air rebusan akar kayu tradisional, kebanyakan ibu kini mengamalkan pengambilan makanan tambahan untuk memberi tenaga dan mengembalikan kecergasan tubuh.

"Penggunaan set bersalin perlu untuk merawat dalaman badan sama ada menggunakan kaedah tradisional atau pil ubatan moden.

"Bagaimanapun, ibu yang menyusukan bayi mereka tidak digalakkan memakan jamu buat sementara waktu untuk mengelakkan kesan memudaratkan kepada bayi," katanya.

Jamu


Antara aspek penting dalam amalan berpantang kerana dipercayai boleh membantu ibu mengembalikan semula tenaga dan menyembuhkan badan selepas proses kehamilan dan melahirkan anak.

Ia juga membantu untuk mengembalikan tenaga, memanaskan badan serta mengeluarkan lemak dan toksin serta membantu mengecutkan peranakan, otot dan urat yang bengkak, mengurangkan air berlebihan dalam badan, mengeluarkan angin serta mengempiskan perut.

Urutan badan
Wanita baru bersalin digalakkan berurut sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Ia bertujuan membantu dari segi melancarkan perjalanan darah, memecahkan lemak serta menegang dan membentuk tubuh untuk membantu si ibu kembali kepada bentuk badan asal serta mempercepatkan proses pemulihan badan.

Mandian herba

Mandian air rebusan herba, akar kayu dan rempah membantu untuk mengembalikan tenaga, mengeluarkan angin, menghapuskan bau daripada darah nifas dan rembesan lain.

Bertungku

Ia bertujuan mengecutkan rahim dan mengeluarkan darah beku. Darah dan lendir perlu mengalir keluar sepanjang tempoh berpantang 44 hari mengikut kepercayaan masyarakat Melayu.

Tujuan bertungku dan memakan jamu untuk memastikan semua kotoran dan toksin dikeluarkan daripada badan.

Bertungku juga membantu memecahkan lemak, mengecutkan rahim dan organ yang bengkak akibat bersalin serta mengembalikan tubuh kepada keadaan asal.

Tungku dibakar dan dibalut dengan daun serai, lengkuas dan pandan kemudian dilapis dengan kain. Bertungku perlu dilakukan selama sejam, tetapi jika masa tidak mengizinkan, lakukannya sekurang-kurangnya setengah jam.

Selain perut, pastikan proses ini dilakukan pada bahagian paha.

Bengkung

Amalan berbengkung boleh membantu mengempiskan perut dan mengurangkan berat badan supaya kembali kepada bentuk asal. Ia juga mengetatkan perut dan otot yang longgar sepanjang kehamilan, menggalakkan postur tubuh yang baik agar membantu penyusuan bayi, memecahkan lemak dan selulit serta mencegah daripada makan berlebihan.

Amilin berkata, stoking berpantang yang tebal juga perlu selain penggunaan pilis dan param.

"Walaupun zaman semakin moden, saya percaya ada sesetengah amalan tetap perlu dipertahankan terutama proses berpantang untuk ibu bersalin," katanya yang menyediakan pelbagai kelengkapan penyusuan seperti baju menyusu, coli penyusuan, pam payudara dan barut bayi.

Pada masa terdekat, butik kelengkapan ibu dan bayi itu bakal menyediakan pusat urutan selepas bersalin.

Untuk maklumat lanjut mengenai set bersalin moden, boleh melayari 


www.mumdreams.com.my.


Read full post »
Powered by Blogger.