1)SILA KLIK BUTTON LIKE DIBAWAH
2)SELEPAS LIKE, KLIK SUPPORT US! UNTUK TERUSKAN...




Powered By IMuslimNetwork
Support Us!

Sunday, February 23, 2014

Petua Untuk Menangani Masalah Bayi Keliru Puting


Petua Untuk Menangani Masalah Bayi Keliru Puting

a. Keliru puting adalah satu keadaan di mana bayi mula keliru antara puting semulajadi (nipple) dan puting tiruan (teat/pacifier). Ini terjadi disebabkan penggunaan puting botol dan juga pacifier. Kerana itu, ibu yang breastfeed disarankan untuk tidak menggunakan botol, sebaliknya menggunakan cawan atau sudu untuk memberikan anak susu sekiranya tidak dapat disusukan secara terus.

b. Tanda utama ialah bayi akan mengamuk dan menolak apabila disusukan secara terus dan hanya mahu menyusu melalui botol. Ini kerana, aliran susu yang lebih cepat berbanding menyusu secara terus. Susu badan biasanya mengambil masa untuk mendapat 'let down' dan ini menyebabkan sesetengah bayi tidak sabar dan marah kerana susu lambat keluar;

1. Cara yang paling berkesan ialah “skin to skin” contact. Maksudnya , ibu dan anak berbaring bersama di dalam sebuah bilik yang sunyi, dan tanpa memakai baju, letakkan bayi di atas dada anda, biarkan dia menghidu bau badan anda dan bermain-main dengan badan anda. Anda juga boleh merangsang mulutnya ke arah puting anda, namun jangan paksa sekiranya bayi menolak. Lakukan beberapa kali sehingga akhirnya bayi mahu menghisap dari puting anda kembali.

2.Susukan bayi anda sewaktu dia sedang mamai atau sedang tidur. Pada waktu ini bayi biasanya tidak sedar sepenuhnya dan tidak akan menolak puting anda.

3. Hulur payudara anda pada bayi sebelum dia lapar. Ini kerana, sekiranya anda menunggu sehingga bayi betul-betul lapar, bayi akan lebih mudah marah.

4. Amalkan penyusuan secara terus untuk anak anda setiap kali anda berada dengannya. Kurangkan pengunaan botol dan elakkan penggunaan pacifier. Penyusuan susu ibu bukan sekadar mengenai khasiat susu itu sahaja,malah ia juga mengenai ikatan yang terjalin antara ibu dan anak sewaktu proses penyusuan itu sendiri.


www.panduankeluargabahagia.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.