1)SILA KLIK BUTTON LIKE DIBAWAH
2)SELEPAS LIKE, KLIK SUPPORT US! UNTUK TERUSKAN...




Powered By IMuslimNetwork
Support Us!

Monday, March 10, 2014

BOLEHKAN VITAMIN C MENYEBABKAN KEGUGURAN


BOLEHKAN VITAMIN C MENYEBABKAN KEGUGURAN ?

Baru-baru ini terdapat satu isu yang mengaitkan antara vitamin C , kitaran haid dan keguguran. Ini menyebabkan ramai yang bertanya kepada saya.

Cerita ini dikongsikan dengan saya apabila apabila beliau mengambil pil vitamin berlebihan, ketika hamil dan secara kebetulan mengalami pendarahan haid.

Kemudian beliau segera mencari maklumat di Google dan menurut pemahamannya setelah membaca, vitamin C menyebabkan permulaan kitaran haid dan juga boleh bertindak sebagai penyebab keguguran secara semulajadi.

Pada masa penulisan ini , Google menerbitkan lebih 400,000 hasil carian apabila seorang menaipkan "vitamin C, abortion" dan kira-kira 45,000 hasil carian apabila menaip "asid askorbik, abortion"

Dakwaan pseudo- saintifik ini memberikan alasan bahawa vitamin C akan " meningkatkan tahap hormone estrogen ketika hamil serta menyebabkan keguguran” dan "asid" asid askorbik (vitamin C) yang bertindak untuk mengganggu lapisan dalam rahem (endometrium) secara langsung membawa kepada bermulanya haid atau menyebabkan keguguran secara langsung”.

Ini sebenarnya bertentang dengan kajian yang telah dibuat.

Dalam satu laporan Cochrane pada tahun 2005 yang mengesahkan “penggunaan pelbagai vitamin semasa sebelum kehamilan sebagai pencegahan keguguran dan insiden kematian semasa dalam rahim”.
“Vitamin supplementation for preventing miscarriage”. Rumbold A1, Middleton P, Crowther CA. Cochrane Database Syst Rev. 2005 Apr 18;(2):CD004073.

Dalam kajian yang lain menunjukkan tiada kaitan langsung Antara pengambilan vitamin C dan keguguran.
Rujuk: “Vitamins C and E in spontaneous abortion”. Int J Vitam Nutr Res. 1976;46(3):291-6.

Mana mungkin peningkatan tahap hormone estrogen akan menyebabkan kedatangan haid, kerana dari sudut biologi dan fisiologi, bahawa permulaan haid berlaku apabila terdapat penurunan tahap hormon (termasuk estrogen).

Selain itu, dari sudut fisiologi, sekali lagi pandangan yang menyatakan “mengambil sejumlah besar asid boleh mengubah keseimbangan pH pada lapisan endometrium dalam rahem dan menyebabkan kedatngan haid” adalah suatu yang agak keterlaluan. Risiko untuk berlaku hal itu hanya terlalu kecil.

Dalam satu kajian pada 2011 yang diterbitkan dalam American Journal of Obstetrik dan Ginekologi , 1.4 % daripada 9,493 wanita yang dikaji, dilaporkan menggunakan vitamin C atau produk herba untuk cuba untuk menamatkan kehamilan. Tetapi gagal.

Rujuk : “How commonly do US abortion patients report attempts to self-induce?” American Journal of Obstetrics & Gynecology. Volume 204, Issue 1 , Pages 23.e1-23.e4, January 2011

Jadi saya menasihatkan puan agar tidak mudah mempercayai segala apa yang ada di dalam internet. Periksalah kesahihan sesuatu perkara.

Sebagai kesimpulan penggunaan vitamin C adaah selamat, dan jika ia berlebihan dos ia kan diserap ke dalam darah dan dibuang melalui air kencing kerana sifat vitamin C yang mudah larut air.

Cuma sebelum mengambil apa-apa suplemen, berbincang dulu dengan doctor, untuk mendapatkan pandangan.

Berhati-hati adalah sikap orang yang bertaqwa.

Wallahu a’lam


www.panduansuamisteri.blogspot.com

Dr Zubaidi Hj Ahmad

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.