PENGORBANAN ISTERI YANG SERING TIDAK DISEDARI SUAMI
Wanita adalah kurnia terindah yang ada dan penting di dunia, tapi banyak perjuangan dan pengorbanan wanita tidak di ketahui Lelaki.
1. Apabila suami berkahwin lagi, dan perempuan berusaha menerima (kerana alasan ekonomi atau agama atau apa-apa sebab), ia akan duduk sendiri di setiap malam dalam bilik gelap saat suaminya tengah mendakap mesra seorang perempuan lain di katil lain. Ia akan (mungkin) menangis kerana terluka, tapi demi anak-anak ia akan berusaha menerimanya dengan sabar.
2.Sebagai isteri dia sedia mengorbankan impian-impiannya demi mengurus suami (yang kadang bersifat kebudak-budakan dan minta diurus) dan anak-anak yang degil.
3.Ketika suami mencela masakan, dia akan bersusah payah belajar masak dari sesiapa agar boleh menghidangkan makanan dengan rasa terbaik pada suami dan anak-anaknya.
4. Dia bekerja 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Jam kerjanya tak berbatas. Dia bangun ketika siapapun di rumah belum bangun, mulai bekerja, memasak, membersihkan rumah, mencuci pakaian, lalu mengurus suami sebelum pergi kerja, mengurus anak-anak berangkat sekolah, ketika pakaian kering di jemuran dia akan mengangkatnya, dan menyeterika dengan rapi.
5. Kemudian setelah begitu penat mengurus rumah tangga, malam giliran memenuhi ini itu suaminya. Mulianya seorang isteri adalah: tukang masak, tukang cuci, cleaning service, dan wanita penghibur digabung jadi satu.
6. Ketika suaminya ingin mempunyai anak 4,5,6 atau 9 orang, dia sebagai isteri perlu sedia menderita mengandung anak dan bertarung nyawa melahirkannya. Suami terkadang tak terlalu faham penderitaan sebegini kerana mereka tidak mengalaminya
7. Meskipun lelaki tidak memahami, tapi Allah Maha Mengerti, kerana itulah dia memberi ganjaran pada pengorbanan perempuan. Bagi yang meninggal kerana melahirkan anak, Tuhan terus memberinya syurga. Bagi isteri yang setia bekerja mengurus rumah tangganya, dengan sabar dan ikhlas, maka silakanlah dia masuk syurga dari pintu mana saja dia suka.
www.panduankeluargabahagia.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment