1)SILA KLIK BUTTON LIKE DIBAWAH
2)SELEPAS LIKE, KLIK SUPPORT US! UNTUK TERUSKAN...




Powered By IMuslimNetwork
Support Us!

Friday, February 13, 2015

Bahaya Darah Tinggi Ringan




Bahaya Darah Tinggi Ringan

Bersyukurlah kerana kalau kita dikesan menghidap tekanan darah tinggi. Ini kerana berdasarkan kajian, kita adalah antara hampir tiga juta rakyat Malaysia yang menghidap penyakit itu.

Bagaimanapun terdapat juga segelintir yang mempunyai tekanan darah tidak terlalu tinggi. Tekanan darah antara 140/90mm raksa dan 160/100mm raksa.

Tekanan darah seperti ini dinamakan tekanan darah tinggi ringan. Walaupun tidak perlu memakan ubat buat masa ini, harus diingat tekanan darah itu masih tidak normal.

Tekanan darah normal ialah kurang daripada 140/90mm raksa. Tanamkan semangat untuk mengatasi penyakit yang melanda. Bertekad untuk menurunkan tekanan darah tinggi kerana tekanan darah tinggi ringan tetap berbahaya.

Tekanan darah tinggi ringan juga boleh menyebabkan penyakit jantung koronari; kegagalan jantung; angin ahmar (strok) dan penyakit buah pinggang.

Ketahuilah beberapa cabaran yang anda perlu atasi. Cabaran ini menyebabkan tekanan darah anda naik semula setelah terkawal.

* Berat badan meningkat

Ini lazimnya disebabkan keinginan untuk makan berlebihan dan kurang aktif. Cuba atasi kecenderungan ini dengan menanamkan sifat makan makanan yang sihat secara berjadual dan hidup cara aktif.

Antara petua yang berguna ialah makan secara sederhana mengikut waktu (sarapan, tengah hari, petang dan malam), lebihkan sayur-sayuran, ulam-ulaman dan buah-buahan.

Pilih makanan yang kurang lemak dan gula. Jadikan hidup cara aktif sebagai budaya hidup di dalam dan di luar rumah.

Pilihlah senaman yang menyeronokkan dan lakukan secara berkumpulan. Jadikannya sebahagian daripada hidup anda yang aktif.

* Keinginan memakan makanan masin

Pastikan kita sentiasa mengawal pengambilan garam atau serbuk perasa. Selain daripada mengehadkan jumlah garam atau serbuk perasa, berhati-hatilah dengan garam dalam makanan dalam tin atau snek.

Jangan khuatir jika makanan kita terasa agak tawar pada mulanya. Lama-kelamaan kita akan membiasakan lidah dengan makanan tawar sedikit.

Ikutilah cara berikut untuk mengurangkan garam dalam masakan. Kurangkan penambahan garam dalam masakan atau makanan kita.

Kurangkan penambahan kicap dan sos di dalam masakan atau makanan, kurangkan penambahan kiub perasa / serbuk perasa dalam masakan atau makanan.

* Rendam ikan masin sebelum dimasak

Kurangkan juga pengambilan makanan dalam tin. Rendam ikan bilis atau ikan masin selama beberapa jam sebelum dimasak. Kurangkan juga makanan ringan yang masin seperti kerepek ubi, keropok dan kacang bergaram.

Untuk mengelakkan rasa tawar dan melazatkan makanan, tambah rempah ratus dalam masakan. Juga boleh menambah daun-daun berperisa seperti daun kesom, daun kunyit, bunga kantan, serai, daun limau purut dan lain-lain ke dalam masakan.

Selain perahan jus limau, masukkan asam keping atau asam jawa ke dalam masakan.

Oleh Mohd Hoesni Rahmat


www.pakarsakit-tuan.blogspot.com

1 comments:

  1. Dewasa ini, hipertensi semakin banyak menyerang usia muda, bahkan survei kesehatan di Inggris pada tahun 2002 sudah menunjukkan 10-20% penderita hipertensi berusia 16 – 24 tahun.Saya jadi ngeri liat hal ini, tapi anda jangan khawatir ini solusinya cara menurunkan darah tinggi

    ReplyDelete

Powered by Blogger.