1)SILA KLIK BUTTON LIKE DIBAWAH
2)SELEPAS LIKE, KLIK SUPPORT US! UNTUK TERUSKAN...




Powered By IMuslimNetwork
Support Us!

Thursday, May 28, 2015

Bayi Perlu Sentuhan Kasih Sayang



Sentuhan kasih sayang

 
Kita beranggapan memberi kasih sayang buat si bayi sangat mudah - hanya peluk atau sentiasa berada dekat dengan mereka.

Namun kebanyakan kita melakukan beberapa aktiviti saja untuk menunjukkan rasa sayang buat si kecil ini.

Hakikatnya, kasih sayang secukupnya amat diperlukan bayi untuk membesar dengan sempurna dan baik. Justeru, lakukan pelbagai aktiviti bersama untuk melahirkan rasa kasih sayang kepada bayi anda.

Antara pendekatan boleh dilakukan bersama bayi termasuk:

Bertentang mata


Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Si bayi dapat mengenal wajah pada awal usia dan wajah anda tentunya paling penting untuk diingati.

Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya dan lihatlah tindak balasnya dari sehari ke sehari yang tentunya ada kelainan.

Berbual dengan si kecil


Walaupun reaksi yang akan anda dapat hanyalah rupa keliru dan hairan pada wajahnya, cuba berhenti sebentar antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi.

Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap bunyi perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.

Jika boleh susu bayi dengan susu badan


Lakukan selama mana yang termampu kerana ia amat baik untuk antibodi dan daya ingatan bayi. Susu badan dapat merapatkan hubungan antara bayi dengan ibu.

Di samping menyusukan bayi anda, lakukan aktiviti lain yang boleh menunjukkan kasih sayang iaitu menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya.

Jelir Lidah

Kajian menunjukkan bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah, menandakan kaedah penyelesaian masalah pada awal usia.

Hasilkan buku binatang

Bawalah bayi anda melihat alam sekitar untuk mendedahkan mereka kepada persekitaran sebenar pada awal usia. Selain itu, membawa mereka ke zoo juga satu aktiviti yang sangat bagus.

Cara ini boleh mendedahkan mereka kepada haiwan dan rakam gambar bayi bersama haiwan di zoo untuk dijadikan kenangan.

Ketika bersantai di rumah, cuba tunjukkan kembali gambar yang dirakam dan namakan haiwan itu sambil membuat bunyi. Ini boleh menguatkan daya ingatan bayi untuk terus belajar.

Geletek Bayi


Geletek keseluruhan tubuhnya supaya ia sentiasa ketawa dan ceria. Ketawa satu langkah pertama dalam perkembangan bayi.

Beberapa permainan seperti `cak cekur' dan `labah-labah panjat perigi' dapat mengajar anak cara hendak menjangka apa yang bakal berlaku selepas ini.

Permainan seperti ini membuatkan bayi sentiasa bersedia untuk menghadapi langkah seterusnya.

Tunjukkan Perbezaan

Pegang dua keping gambar kira-kira lapan hingga 12 inci jaraknya dari muka bayi. Gambar berkenaan seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satu ada pokok dan satu lagi tiada).

Bayi yang masih kecil boleh melihat dengan teliti dan mencari perbezaan. Ia membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.

Berkongsi Pandangan

Bawalah bayi berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan dan beritahu semua perkara yang anda nampak padanya.

Bercakap dengan bayi dengan cara mudah difahami kerana ia boleh meningkatkan perbendaharaan kata mereka.

Menyanyi

Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau reka lagu sendiri ("mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin..."). Jika mahu, mainkan lagu Beethoven atau Beatles.

Ada kajian mengatakan mempelajari ritma muzik ada kaitan dengan pembelajaran matematik dan anak akan mudah menghafal sebarang formula apabila dewasa kelak.

Gunakan Masa Menukar Lampin

 
Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka sesuatu yang bakal berlaku dalam kehidupan mereka.

Ketika proses tukar lampin, anda juga boleh memperkenalkan bayi dengan bahagian anggota tubuh dan cara itu akan mempercepatkan lagi proses pengenalan mereka kepada anggota badan.

Sentuh dan Rasa

Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur berbeza iaitu sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Sapukan perlahan-lahan kain itu pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita mengenai rasanya.

Beri Kata Kunci

Jika anda berkata "mak nak buka lampu," sebelum menekan suis, anda sebenarnya mengajar sebab dan akibat.

Beri Kejutan


Beri kejutan kepada bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya secara perlahan-lahan.

Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya yang dalam kegembiraan dan ketawa. Ia bukan saja menambahkan keceriaan kepada bayi, tetapi juga memberi keselesaan kepada mereka.

Baca Buku


Hasil kajian mendapati bayi berusia seawal lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali.

Ia bukan saja membantu bayi supaya cepat pandai membaca, malah dapat menguasai bahasa dalam usia muda.

Main Cak-cak


Menyorok bukan saja dapat membuatkan dia ketawa, malah akan mengajarnya objek yang hilang akan muncul kembali.

Rehat Secukupnya


Dalam sehari luangkan masa beberapa minit dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi tanpa muzik, tanpa cahaya terang juga tanpa mainan.

Biarkan bayi meneroka di kawasan sekitarnya dan lihat ke mana dia membawa anda.

Main dengan Warna


Pilih satu warna dan suruh bayi mencari objek lain yang sama warna dengan objek itu ketika bersantai atau berjalan di luar rumah.

Cara ini membolehkan bayi lebih cepat mempelajari pelbagai warna yang ada di sekitarnya.

Biarkan dia bermain dengan makanan


Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur berbeza iaitu nasi, sayur-sayuran, daging, bijirin dan pasta.

Kaedah ini membantu bayi mencuba dan meneroka deria rasa mereka dengan pelbagai makanan dan dapat membesar dengan zat mencukupi.

Angkatkan barang yang dijatuhkan bayi


Jika bayi asyik menjatuhkan barang mainan daripada kerusi makannya, angkat dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya.

Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tenis, letakkan besen besar di bawah kerusi dan biarkan dia menjalankan eksperimen sendiri.:-
Majalah Metro


www.muslimparentingnetwork.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.