1)SILA KLIK BUTTON LIKE DIBAWAH
2)SELEPAS LIKE, KLIK SUPPORT US! UNTUK TERUSKAN...




Powered By IMuslimNetwork
Support Us!

Friday, July 31, 2015

Petua Herba Tradisional Atasi Wajah Kusam

Oleh Intan Mas Ayu Shahimi

Memiliki wajah berseri dan cerah adalah idaman setiap wanita. Namun, tidak semua wanita memiliki kulit wajah yang sama.

Ada yang memiliki wajah yang kusam, warna tidak sekata, tompok hitam dan berjeragat.

Keadaan ini membuatkan ada wanita yang kurang yakin untuk keluar dan menemui orang ramai.

Sememangnya terdapat penyelesaian kepada masalah ini. Jawapannya ada pada herba tradisional.

Herba tradisional mempunyai khasiat semula jadi yang baik untuk kecantikan.

Berikut adalah beberapa herba yang anda boleh amalkan untuk mendapatkan kulit wajah yang berseri.

Minyak biji bunga matahari


Minyak biji bunga matahari kaya dengan bahan antioksidan dan dikatakan dapat mengurangkan pembentukan melanin yang membawa kesan bintik hitam pada wajah dan menjadikan warna bibir lebih gelap.

Kajian klinikal mendapati minyak biji bunga matahari dapat menghasilkan vitamin E dan vitamin F untuk menghasil­kan kulit lembut dan menambahkan kelembapan kulit agar kulit tidak kering.

Ia juga membantu menganjal dan menghaluskan kulit di bibir dan pipi.

Bahan pigmen khas minyak biji bunga matahari juga membuatkan warnanya tahan lama dan tidak luntur.

Minyak jojoba

Minyak jojoba mampu menyeimbangkan kadar sebum di kulit wajah dan bibir. Ia juga menjadikan bibir lebih mulus dan berseri.

Menurut satu kajian, minyak jojoba membantu menghilangkan bakteria yang menjadi punca kepada pelbagai masalah kulit melalui tindakan bahan aktif anti-bakteria di dalam minyak jojoba.

Sirih

Sirih bertindak sebagai antiseptik wajah dengan menghapuskan kuman dan bakteria di permukaan kulit.

Ia kaya dengan bahan flavonoid dan polyphenol yang meresap ke dalam kulit untuk menegangkan kulit yang kendur.

Limau purut


Limau purut mengandungi asid sitrik semula jadi yang membantu mengekalkan kelembapan kulit.

Ia juga membantu merangsang pertumbuhan sel baru yang seterusnya membuatkan kulit menjadi lebih lembut dan cerah.

Kebaikan penggunaan herba tradisional sebagai penyeri dan menaikkan seri wajah
Untuk mendapatkan perlindungan yang lengkap, anda juga perlu mendapatkan vitamin E dan SPF untuk membentuk lapisan pelindung di dalam sel membran kulit.

Ia membantu mengekalkan keanjalan kulit dan melambatkan proses penuaan kulit.

Herba-herba tradisional memang setanding dengan kaedah moden. Selain daripada kesan penggunaannya yang selamat, ia juga dihasilkan secara halal untuk kegunaan umum.

Kini, anda boleh bebas keluar ke mana-mana sahaja tanpa perlu risau lagi, hanya dengan menggunakan herba tradisional saja. : 
Sumber:hmetro

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.