1)SILA KLIK BUTTON LIKE DIBAWAH
2)SELEPAS LIKE, KLIK SUPPORT US! UNTUK TERUSKAN...




Powered By IMuslimNetwork
Support Us!

Wednesday, October 25, 2017

Petua Mudah Bersalin Yang Saya Amalkan Sepanjang Kehamilan


Bagi yang pernah mengandung tapi gugur, ikuti pengalaman dua kali yang cukup bermakna bagi saya.
Insya-Allah saya akan cuba perincikan setiap satu petua mudah bersalin yang saya amalkan.

1. Amalkan Bacaan Surah Maryam

Semasa mengandung, saya tidak pernah miss baca surah Maryam. Paling kurang sekali dalam sehari.
Surah ni sesuai diamalkan dengan tujuan supaya mudah bersalin. Semasa sampai dekat ayat sujud tilawah tu, memang saya akan sujud. Setiap kali dalam sujud, saya akan berdoa supaya dipermudahkan bersalin.

2. Khatam Al-Quran Sepanjang Hamil

Sepanjang tempoh 9 bulan kehamilan, saya akan pastikan saya khatam Al-Quran sekali.
Tidak perlu terlalu memilih surah, baca kesemua pun lebih baik lagi, pahala pun lebih, mudah-mudahan dipermudahkan oleh-Nya.

3. Selalu Bersenam.

Nak bersenam sendiri tak pandai, akhirnya saya ikut video melalui YouTube sebagai panduan.

4. Jaga pemakanan

Saya tidak sesekali makan makanan yang ada MSG, makanan ringan, organ dalaman termasuk hati dan paru-paru, walaupun di luar kehamilan.
Ada pendapat mengatakan makan hati baik untuk ibu hamil, tapi bagi saya tidak. Ibu boleh rujuk kajian tentang pertembungan sains dengan agama untuk penerangan lebih terperinci.
Sebarang jenis pil seperti ubat tahan muntah & paracetamol juga saya elakkan sama sekali. Kalau boleh tak nak ada sebarang jenis dadah di dalam tubuh kita dan tubuh bayi dalam kandungan.

5. Amalan Doa & Selusuh

Saya amalkan doa mudah bersalin apabila kandungan sudah masuk 7 bulan, di samping mengamalkan minum minyak selusuh dan sapu di perut dari atas ke bawah, bertujuan memudahkan bayi meluncur keluar.
Kata orang-orang tua, paling baik minyak selusuh itu suami yang buatkan. Tapi saya cuma dapatkan minyak selusuh moden dari minyak kelapa dara keluaran Tropika.

6. Kerap Bersama Suami

Saya kerap bersama suami (bersetubuh) pada saat akhir menanti kelahiran. Mengikut petua orang-orang terdahulu, ini merupakan selusuh yang paling original.
Jika mengikut pendapat sesetengah pengamal perubatan pula, air mani merembeskan suatu hormon yang boleh menyebabkan kontraksi.
Dengan kata lain, terdapat risiko keguguran bagi hubungan seks di awal kehamilan, kerana air mani bertindak ‘membuka’ rahim secara semulajadi, yang kemudiannya menggugurkan kandungan jika rahim tidak cukup kuat ‘memegang’ kandungan.
Namun begitu, tidak semua pengamal perubatan bersetuju dengan pendapat air mani penyebab kontraksi ini. Ada juga yang pengamal perubatan yang menafikannya.
Maka terpulang kepada individu untuk mengikut mana-mana pendapat yang dirasakan sesuai.

7. Elakkan Terlalu Berehat

Saya selalu duduk itik masa buat kerja-kerja rumah, seperti kemas mainan anak-anak.
Saya juga membanyakkan berjalan semasa minggu-minggu terakhir sebelum kelahiran.

8. Pemakanan Sunnah

Saya mengamalkan kurma, kismis, madu dan habbatus sauda sepanjang kehamilan.
Amalan ini dipercayai dapat mengelakkan bayi jaundice, selain memudahkan proses bersalin.

9. Berendam Sebelum Ke Hospital

Sebelum ke hospital, saya terlebih dahulu berendam air suam, untuk mempercepat proses bersalin.
Tak semestinya perlu ada bathtub, kolam renang kanak-kanak pun sudah memadai.

10. Pastikan Tenaga Mencukupi

Saya akan pastikan tenaga saya mencukupi sebelum masuk labour room. Saya makan secukupnya bagi mengelakkan letih dan lapar sewaktu bersalin.
Saya juga minum segelas minuman Performance® dari Shaklee bagi mengelakkan sebarang kemungkinan kekeringan (dehidrasi).
Performance® juga berfungsi memulihkan tenaga yang banyak hilang sepanjang sesi bersalin.
Saya sangat syorkan pengambilan Performance® ini.

11. Posisi Bebas, Ikut Fitrah

Semasa dalam kontraksi, saya berposisi mengikut apa yang saya suka, tidak semestinya berbaring terlentang sepanjang masa.
Jururawat pun ramai yang sedia maklum akan hal posisi ini, jadi ibu tidak perlu takut dimarahi oleh jururawat.
Dalam hati dan minda, kuatkan percaya pada fitrah, insya-Allah dipermudahkan.
Percayalah, tiada yang lebih indah selain saat seorang ibu melahirkan anak dengan penuh ketenangan.

12. Jangan Meneran (straining)

Sewaktu saya terasa sakit masa kontraksi, saya tidak meneran.
Saya sentiasa kawal diri untuk tarik nafas dan hembus perlahan-lahan, secara konsisten.
Meneran bermaksud menekan atau memberi tekanan kepada otot-otot tertentu seperti dubur dan faraj.
Meneran otot faraj untuk bersalin boleh disamakan seperti meneran otot dubur untuk membuang air besar. Meneran otot dubur yang kuat dan berlebihan akan mengakibatkan buasir.
Buang air besar tanpa meneran dapat memelihara otot dubur. Begitu juga perumpamaannya dengan meneran faraj ketika hendak bersalin.

13. Jangan Menongkat Kaki

Ingin saya ingatkan juga, JANGAN SESEKALI menongkat kaki. Menongkat kaki bermaksud ibu mengangkat punggung (dalam posisi baring) menggunakan kekuatan otot kaki dengan berpijak di atas katil hospital.
Menongkat kaki membuatkan otot tegang, yang kemungkinan besar akan mengakibatkan koyak teruk pada faraj ketika anak sedang keluar.
Oleh itu sentiasa longgarkan otot, berikan pergerakan semulajadi terhadap proses kelahiran.
Itulah sahaja 13 petua mudah bersalin yang saya amalkan sepanjang tempoh kehamilan sehingga bersalin.

Akhir Kata, Selepas Bersalin…

Jangan lupa amalkan tips penjagaan semasa berpantang. Saya juga syorkan supaya ibu-ibu mengambil set berpantang Shaklee untuk proses ‘recovery‘ yang sempurna.
Jangan lupa juga untuk share petua mudah bersalin ini yer, mudah-mudahan manfaat yang ada dapat sama-sama kita sebarkan untuk kebaikan bersama.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.