1)SILA KLIK BUTTON LIKE DIBAWAH
2)SELEPAS LIKE, KLIK SUPPORT US! UNTUK TERUSKAN...




Powered By IMuslimNetwork
Support Us!

Monday, November 27, 2017

Tomyam Ayam Bersantan

Tomyam Ayam Bersantan bersama Nasi Putih

Alhamdulillah,selesai hari pertama bekerja. Rasa macam nak makan benda panas dan masam masam gitu. Terlintas tomyam. Tinjau punya tinjau,terpandang resepi bertajuk Tomyam Bersantan. Bahan pun ada,balik terus bersilat masak.

Bahan bahan:
Ayam dipotong kecil (1 mangkuk)
Bawang merah (1 ulas)
Tomato dipotong dadu (1 biji)
Lobak merah dipotong bulat(1/2 batang)
Sawi
Garam (secubit)
Air (2 mangkuk)
Kiub tomyam (2kiub) 
🌟 1 kiub tomyam Knorr
🌟 1 kiub tomyam Maggi
Santan (separuh kotak kecil)
Limau nipis (sebiji)
Cabai kecik (4biji -diketuk)

Cara Memasak:
πŸ‘‰ panaskan 2mangkuk air sehingga mendidih
πŸ‘‰ masukkan isi ayam. Biar sehingga masak
πŸ‘‰ apabila masak (mendidih),  masukkan bawang merah yang dipotong,lobak merah,tomato dan juga kiub tomyam.
πŸ‘‰ tambahkan secubit garam
πŸ‘‰masukkan sawi dan santan. Biar hingga mendidih
πŸ‘‰ perahkan limau nipis.
πŸ‘‰tutup api. Sedia dihidang bersama nasi panas.


0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.