1)SILA KLIK BUTTON LIKE DIBAWAH
2)SELEPAS LIKE, KLIK SUPPORT US! UNTUK TERUSKAN...




Powered By IMuslimNetwork
Support Us!

Monday, August 31, 2015

6 Cara Dan Tips Mengatasi Anak Tidak Mahu Makan (Atau Susah Makan)

0 comments



Andaikan situasi begini. Anda penat-penat masak untuk si comel, tetapi dia meluahkan kembali makanan yang disuap. Apa perasaan anda? Tentu ‘tension’ dan marah bukan?

Acapkali perkara begini menjadi satu kerungsingan pada ibu-ibu diluar sana. Jika tidak diberikan makanan, takut perut anak masuk angin. Namun, bukannya ibu tidak mahu berikan makanan, tetapi anak itu sendiri yang tidak mahu diberikan makanan. Ya, agak rumit. Hanya yang pernah merasainya akan mengetahu betapa sukarnya keadaan ini.


Memang agak payah untuk menguruskan anak yang susah mahu makan sehingga boleh jatuh sakit lagi-lagi makanan berkhasiat. Kalau gula-gula atau aiskrim, tidak perlu disuruh pun. Lumrah kanak-kanak sukakan makanan manis. Tambahan yang berumur 3-6 tahun yang sudah pandai memprotes dan memberontak. Kadang-kadang, terpaksa memaksa, buat helah dan menipu supaya mereka makan. Tapi, cara sebenar untuk pastikan anak-anak makan bukanlah dengan paksaan. Lebih baik kalau secara berterusan dan kreatif.

Mari kita sama-sama pelajari, apakah antara tips yang boleh mengatasi masalah anak susah makan ini?

1. Hias Makanan


Kalau nasi dan sayur dibuat seperti muka ‘teddy bear’, anak pasti suka. Lebih-lebih lagi bila menghias watak kegemaran anak-anak seperti Upin & Ipin atau BoboiBoy.

2. Variasikan Makanan Berkhasiat

Kalau anak anda sukar untuk makan sayuran atau buahan, cuba campurkan sedikit dengan krim putar, keju cair atau ais krim. Nampak macam bukan tekak orang Malaysia, tapi cuba dahulu. Contohnya, brokoli yang bersalut keju cair. Pasti anak- anak anda akan makan juga kerana rasa sayur sudah tidak jelas, di enakkan dengan rasa keju. Kalau mereka sukakan minuman manis, banyakkan buat jus buah. Kalau mereka suka makan burger atau pizza, boleh lebihkan sayuran dan daging.

Pernah ada situasi seorang kanak-kanak boleh makan apa saja termasuk sayuran yang pahit selagi makanan itu disalut oleh keju walau dia tidak sukakan sayur. Perlu ingat, jangan beri anak-anak makan makanan tidak sihat seperti dibincangkan sebelum ini.


3. Makan Bersama-sama Anak

Kalau ibu-bapa sendiri tidak makan sayur, bagaimana anak ingin makan sayr? Anda sendiri kerana tunjukkan tabiat makan yang betul kerana anak-anak anda memerhatikan anda dan mungkin mengajuk semula tindak-tanduk anda. Kalau mahu berdiet sekalipun, jangan ditunjukkan depan anak bahawa anda menahan makan dan menelan ubat kurus. Pastikan anda makan mengikut masa seperti rutin biasa seperti sarapan, makan tengahari dan makan malam supaya anak anda juga terikut-ikut cara anda. Tabiat makan makanan yang sihat juga adalah baik untuk mempengaruhi anak-anak.


4. Jangan Sesekali Memaksa Anak Makan

Sentiasa berfikiran positif. Jangan cuba cara ugutan iaitu seperti tidak membenarkan anak anda bermain jika dia tidak habiskan sayur. Ia akan menanamkan rasa negatif dan benci terhadap sayur dimana mereka langsung tidak akan sukakan makanan tersebut. Bertolerasi adalah cara yang terbaik. Atau dengan kata lain, ‘rasuah positif’. Contohnya, janjikan mereka makanan yang mereka suka dengan syarat mereka menghabiskan sayuran mereka. Jadi, mereka akan makan sayuran dengan lebih kerap dengan harapan mahu makan apa yang mereka suka selepas itu. Sekurang-kurangnya ianya bukan atas dasar paksaan dan ada perasaan negatif.

5. Sediakan Makanan Bersama


Kalau anda membeli-belah dan mungkin ingin memilih sayuran atau buahan, cuba ajak anak anda untuk buat pilihan bersama. Kebiasaannya, mereka memang gemar untuk melibatkan diri walaupun buat pilihan atas makanan yang mereka tidak suka. Apabila sampai waktu makan, mereka pastinya akan fikir mahukan ibubapanya makan makanan yang dipilih olehnya. Jadi dia juga akan turut makan sekali. Pastikan mereka juga lakukan kerja-kerja minor yang kononnya nampak seperti membantu anda seperti menggaul tepung, basuh sayur dan buah, mengacau masakan, memotong cendawan dan sebagainya. Penglibatan sebegini mewujudkan rasa kasih sayang dan diberi perhatian di samping mengeratkan keluarga.

6. Tunjukkan Visual Kegemaran Anak


Rajinkan diri untuk mengkaji dan kemudiannya menayangkan video kegemaran anak-anak yang menggambarkan pemakanan yang sihat. Biasanya kanak-kanak akan mudah terpengaruh dengan apa yang dilihat di video tambahan kalau ada watak kegemaran mereka yang turut sama lakukan sesuatu seperti memakan makanan sihat. Secara perlahan-lahan, anak anda yang mungkin payah untuk makan akan mula melihat tabiat makan itu adalah perkara baik. Contohnya seperti watak Popeye yang selalu makan sayur. Ada sebabnya mengapa watak-watak kartun dan artis-artis berpengaruh dibayar berjuta ringgit. Ianya kerana mereka mampu memberi arahan dan mempengaruhi anak-anak lebih baik dari anda.

Kesimpulan

Mahu mengikut rentak anak-anak supaya mendengar kata, bukanlah susah. Kalau gunakan cara yang betul dan sedikit kebijakan psikologi, bukan setakat makan, perkara lain pun senang diajar supaya jadi kanak-kanak yang berdikari. Selamat mencuba!

www.muslimparentingnetwork.blogspot.com
Read full post »

Friday, June 12, 2015

Tips: Makanan Perlu Elak Ketika Hamil

0 comments


Tips: Makanan Perlu Elak Ketika Hamil
Terdapat beberapa jenis makanan yang perlu anda elak untuk tidak terjebak dengan kesan sampingan sewaktu hamil. Dalam usaha menjamin keselamatan anda dan kandungan, ikuti panduan yang tertera.

Makanan mentah

Anda gemarkan makanan mentah seperti sushi? Jauhi makanan ini untuk sementara waktu. Pengambilan makanan mentah atau yang separa masak boleh menyebabkan komplikasi yang buruk seperti:

1. Toxoplasmosis
Penyakit yang disebabkan oleh parasit yang terdapat di dalam daging mentah dan sayur-sayuran tidak dicuci sempurna. Makanan seperti ini boleh menyebabkan jangkitan intrauterine yang serius kepada bayi.

2. Cirit-birit
Salmonella biasanya terdapat di dalam daging ayam dan telur yang tidak dimasak. Cirit-birit yang anda alami secara tidak langsung boleh membahayakan bayi sekiranya tidak dirawat dengan segera.

3. Jangkitan cacing
Pengambilan ikan mentah boleh menyebabkan jangkitan cacing. Walaupun tidak meninggalkan kesan langsung kepada bayi tetpai cacing akan memakan segala cat yang diperlukan oleh bayi.

4. Keguguran, kelahiran pra matang dan keracunan
Salah satu penyebabnya berpunca daripada bacteria listeria yang banyak terkandung di dalam keju yang tidak dipasteur dengan baik.


Vitamin A


Apa jua bentuk Vitamin A yang diambil melebihi 5000iu boleh menyebabkan kecacatan muka, kepala, jantung, dan saraf bayi. Sebagai langkah selamat, anda boleh mengabil beta karotena yang banyak terkandung dalam lobak merah. Makanan yang mengadungi banyak vitamin A speerti hati daripada sumber haiwan perlu dielak.

Raksa


Makanan laut seperti tuna, mackerel (kembung besar) dan beberapa jenis ikan bersaiz besar yang lain mengandungi kandungan raksa yang tinggi. Sekiranya pengambilan makanan yang megandungi raksa berlebihan, raksa boleh menyebabkan kerosakan bayi.

Gula


Pengambilan gula berlebihan akan menyebabkan anda menghadapi komplikasi kencing manis sewaktu hamil. Malah, perkara ini boleh menyebabkan berat badan bayi bertambah dan akan menyukarkan proses kelahiran.

Makanan yang diproses

Salah satu makanan proses yang popular ialah sosej. Sosej berkemungkinan mengandungi kandungan nitrat dan nitrit yang tinggi. Jadi, anda perlu mengurangkan pengambilannya.

Produk tenusu


Susu yang tidak dipasteur dan sesetengah keju boleh megandungi bacteria listeria yang berkumngkinan menyebabkan keguguran di awal kehamilan dan kelahiran pra matang. Keju yang diyakini selamat keju keras seperti cheddar, edam dan parmesan. Begitu juga dengan mozzarella, feta, marscapone dan krim keju.

Kacang tanah


Inilah satu-satunya jenis kekacang yang perlu dielak sewaktu hamil kerana kacang tanah boleh meningkatkan alahan pada kacang dalam kalangan bayi. Jika ahli keluarga anda mengalami masalah alahan, elakkanlah kacang tanah.

Telur kuning

Telur kuning yang tidak dimasak sempurna dan masih kelihatan cair biarpun sudah dimasak mungkin megandungi salmonella. Walaupun jarang member kesan kepada bayi, anda mungkin mengalami muntah serius, cirit-birit, demam dan dehidrasi. Jika ingin makan telur rebus, pastikan telur itu diamsak lebih kurang tujuh minit. [minnguanwanita]

Read full post »
Powered by Blogger.