1)SILA KLIK BUTTON LIKE DIBAWAH
2)SELEPAS LIKE, KLIK SUPPORT US! UNTUK TERUSKAN...




Powered By IMuslimNetwork
Support Us!

Saturday, August 8, 2015

11 Tips Untuk Hamil Dengan Cepat

0 comments
Tidak mudah untuk hamil dengan cepat dan kadang kadang ia boleh memberikan tekanan perasaan apabila sanak saudara dan kawan-kawan kerap bertanya soalan yang sama. Tekanan perasaan pula boleh mengurangkan lagi peluang anda untuk hamil.Dalam kebanyakan kes, cuma perubahan kecil sahaja yang perlu dibuat untuk menolong anda hamil dengan cepat. 

Sekiranya anda merancang untuk hamil, terdapat 11 tips yang boleh anda amalkan untuk meningkatkan kesuburan anda dan seterusnya hamil dengan lebih cepat.

1. Fahami bagaimana kehamilan terjadi. Jika haid anda teratur, setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan berenang kedalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di salur peranakan (salur fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. Memahami bagaimana sistem reproduksi anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil.

2. Jumpa doktor anda. Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat diperingkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil. Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan salur fallopiananda tidak tersumbat.

3. Dapatkan berat badan yang ideal. Sekiranya anda mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masaalah kepada kesuburan anda. Kawal berat badan dan cuba kira BMI (Body Mass Index) anda. BMI diantara 20-24 menunjukkan berat optimal.

4. Ketahui waktu subur anda. Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil. Hari subur boleh dikiranya dengan tepat sekiranya haid anda teratur. Catatkan BBT ( Suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda tanda ovulasi yang seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut ditengah bulan. Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.

5. Hubungan seks yang lebih kerap. Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari hari subur, berhubunganlah setiap hari. Sesetengah posisi seks boleh membuatkan anda lebih senang hamil seperti suami berada diatas (missionary position). 
Posisi ini mungkin yang terbaik untuk mempastikan penetrasi optimal dimana sperma dilepaskan paling rapat dengan servik. Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakan bantal dibawah punggung anda selama 30 minit atau membiarkan zakar suami berada dalam faraj selama 15 minit selepas ejakulasi.

6. Tingkatkan kesuburan suami. Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mempraktis cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elak dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah anda boleh berbincang dengan doktor. Ia mungkin sebab anda lambat hamil.

7. Mengambil multivitamin. Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma.

8. Bersenam secara rutin . Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.

9. Mengambil makanan yang seimbang. Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin dimana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda. Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semulajadi. 

Amalkan memakan lelemak monounsaturated dan kurangkan lemak transfat (yang terdapat pada makanan yang segera)

Lebihkan protin dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan makan daging.
Makanan makanan yang berfiber tinggi seperti seperti sayuran dan whole grains seperti oats.

Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi, mee, bihun dan sebagainya.
Kurangkan makanan berasaskan susu seperti ais krim, whole milk dan cheese.

10. Kurangkan tekanan. Life is stressful, memang tak logik kalau tiada tekanan dalam hidup ni. Walaubagaimanapun terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah ketidaksuburan. Cuba buat aktiviti-aktivit ringan yang boleh mengurangkan tekanan anda seperti:

  • Memasak 
  • Bersenam
  • Mendengar muzik
  • Membaca dan mendengar audiobooks
  • Manjakan diri anda dengan spa dan rawatan diri
  • Habiskan masa dengan kawan dan keluarga
  • Beromantik dengan suami

11. Jahuhi dadah, merokok dan minuman keras. Merokok, mengunakan dadah dan meminum minuman keras bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kesuburan malahan meningkatkan risiko keguguran dan komplikasi kehamilan. Pastikan segala ubatan adalah selamat dimakan dan limitkan minuman kopi kepada 2 cawan sehari.
Read full post »

Tuesday, March 18, 2014

Petua Cepat Hamil Yang Berkesan

0 comments

Petua Cepat Hamil Yang Berkesan

Anak adalah pengikat kasih sayang bagi pasangan suami isteri dan mereka lah penyeri dalam sebuah keluarga. Untuk pasangan yang masih berusaha dan mencari petua yang berkesan, Puteri ingin berkongsi petua cepat hamil ini untuk semua pasangan suami isteri diluar sana. Antara petuanya ialah:

1. Ambil segenggam kacang hijau.

2. Rendam kacang hijau itu selama 2 hari (sampai tumbuh ekor anak tauge kira-kira panjang ekor itu menjadi 2 kali panjangnye kepala tauge). Air rendaman tu hendaklah sama aras dengan kacang hijau (bagi kacang tu tenggelam dalam air).

3. Tutup bekas tu (kalau nak mudah, rendam guna periuk)

4. Bila dah jadi anak tauge, cuci dan buang kulit hijau yang ada (kulit kacang hijau)

5. Rebus tauge itu dengan 2 gelas air kira-kira dalam 15 minit dengan api sederhana.

6. Apabila air rebusan itu dah tinggal jadi separuh. Tapis & ambil air rebusan yang tinggal (kira-kira dalam segelas).

7. Minum air rebusan itu tiap-tiap pagi bermula dari 1st period sampai waktu subur.

Menurut pengamal petua ini, mereka cuma mengamalkan petua ini sebulan saja. Lepas sebulan amal, dengan izin Allah dia mengandung, katanya. Menurutnya lagi, kawan-kawan nya yang lain yang mengamalkan petua ini juga, Alhamdulillah berjaya mengandung.


www.panduansuamisteri.blogspot.com

Read full post »

Sunday, February 23, 2014

20 Petua Cepat Hamil Yang Insya Allah Berkesan Untuk Anda

0 comments

Petua – petua cepat hamil ini dikumpulkan daripada pelbagai sumber;

1) Petua Tradisional

  • Ambil 4 biji buah kurma…suami genggam 2 biji, isteri genggam 2 biji 
  • Kemudian,buang biji kurma tu.
  • Blend @ kisarkan kurma tadi bersama dengan susu kambing
  • Minum air campuran kurma dan susu kambing tersebut sorang segelas.
  • Amalkan sekali sahaja dalam seumur hidup Kemudian,
  • Amalkan minum susu kambing setiap hari waktu pagi.

2) Tips Hubungan Seksual

  • 30-60 minit sebelum melakukan seks pastikan anda kencing dahulu dan bersihkan alat kelamin anda sebersihnya. 
  • Setelah anda selesai melakukan hubungan seks jangan banyak bergerak atau bangun. Sebaiknya, anda terus tidur atau baring dalam masa 30-60 minit untuk memberi ruang kepada sperma untuk berenang ke dalam faraj dan mencari telur ovari.
  • Jangan sekali-kali membersihkan faraj anda setelah selesai melakukan hubungan intim bersama suami anda. Bersihkan faraj anda selepas lebih kurang 30 minit selepas melakukan hubungan.
  • Lakukan persetubuhan pada hari yang subur (biasanya hari ke 14). Jangan lupa lakukannya sekurang-kurangnya dalam 3-6 kali dalam seminggu  
  • Sebelum ejakulasi, pastikan zakar suami betul-betul keras dan masukkan ia kedalam faraj dan pancutlah air mani dengan laju.
  • Gunakan teknik Tok Janggut semasa bersetubuh dimana ianya memerlukan kedua-dua kaki wanita kengkang keatas dan suami harus masukkan zakar yang betul-betul tegang, keras, padu dan mantap terus kefaraj dari arah depan.
  • Anda juga boleh mencuba teknik che siti wan kembang iaitu dengan menggunakan lapik bantal dibawah punggung perempuan. Tujuan teknik ini ialah bagi memudahkan zakar masuk sedalam-dalamnya ke dalam faraj.
  • Teknik puteri saadong juga merupakan teknik yang hampir sama dengan teknik che siti wan kembang. Teknik ini telah memberikan peratusan yang tinggi untuk wanita hamil. Oleh sebab itu, anda boleh mencuba kedau – dua teknik ini.
  • Apabila anda selesai memancutkan air mani ke dalam faraj, biarkan zakar di dalam faraj untuk beberapa minit. Apabila zakar anda sudah kecut, barulah anda tarik keluar.

3) Selalu Berdoa Pada Allah

  • Segalanya adalah ketentuan Allah SWT. Kita hanya manusia biasa, harus selalu menjatkan berdoa dan meminta pada Tuhan. Manusia terhebat pun tetap memerlukan Tuhan. 
  • Jadi jangan lupa berdoa. Doa adalah kekuatan yang tidak boleh kita bayangkan. Ianya boleh mengubah sesuatu yang tak mungkin menjadi mungkin. dan dapat mengundang banyak keajaiban. Berusaha dan berdoalah.

4) Periksa Kesihatan Anda

  • Perkara utama yang sebaiknya anda lakukan adalah memeriksakan keadaan kesihatan anda dan suami ke doktor. Kerana kehamilan sangat ditentukan oleh kesihatan anda, meliputi kesihatan tubuh, kesihatan sistem pembiakan, sistem hormon, tahap kesuburan, dan lain-lain. 
  • Dengan mengetahui bagaimana keadaan kesihatan anda dan suami, anda akan lebih mudah dalam mengambil penyelesaian tepat.

5) Cara Hidup Yang Lebih Sihat

  • Jika anda dan suami ingin segera mendapatkan anak, maka tiada salahnya anda mengubah cara hidup anda menjadi cara hidup yang lebih sihat. Mengambil makanan berkhasiat dan bersenam secara teratur. 
  • Perhatikan juga berat badan anda. Dapatkan berat badan yang ideal. Kerana berat badan yang kurang atau berlebihan akan merumitkan terjadinya kehamilan

6) Cuba Berhenti Untuk Merokok

  • Jika anda dan suami perokok, maka cubalah berhenti dengan segera. Kerana kebiasaannya, ini dapat menurunkan potensi kehamilan anda. Begitu juga dengan alkohol. Alkohol boleh mengurangkan peluang kehamilan hingga 50%.

7) Suasana Santai Masa Berhubungan

  • Suasana santai dalam melakukan hubungan intim sangat digalakkan. Jika anda telah mengetahui masa subur anda dan bersedia melakukan hubungan intim, maka jagalah mood anda dan bersikap santai. 
  • Begitu pula dengan suami anda. Jika anda dan suami baru saja selesai melakukan pelbagai aktiviti, berehatlah dulu, segarkan badan anda, mandi antara slah satu cara. Setelah mood baik dan badan segar, barulah anda melakukan hubungan intim. Hadirkan suasana santai, kerana ini boleh menyokong berhasilnya proses persenyawaan.

8) Pengetahuan Umum Kehamilan

  • Anda dan suami sebaiknya meningkatkan pengetahuan tentang kehamilan. Sebagai contoh, berapa banyak jumlah sperma normal, bagaimana keadaan serviks saat masa subur, hormon apa yang mempengaruhi kehamilan, berapa lama sperma akan tiba di sel telur, dan lain-lain. 
  • Pengetahuan ini dapat memberi gambaran pada anda tentang apa yang sebaiknya anda lakukan untuk memperoleh kehamilan.

9) Penggunaan Vitamin

  • Pengambilan makanan berkhasiat dan vitamin sangat penting dalam menyokong usaha mendapatkan kehamilan. Disarankan suami anda mengambil vitamin E dan Zink. Vitamin ini boleh meningkatkan kualiti dan jumlah sperma. 
  • Bagi isteri anda, cubalah asid folik yang dapat memberi anda nutrisi yang diperlukan untuk kehamilan dan juga penting dalam pembentukan sel otak bayi anda.

10) Rileks La

  • Setiap pasangan suami isteri perlu sentiasa tenang dan tabah dalam menghadapi apa jua stress atau tekanan. 
  • Ini kerana stress atau tekanan terhadap sesuatu masalah ini mampu menurunkan keupayaan untuk hamil.

11) Petua Untuk Suami

  • Suami sebaiknya mengelakkan daripada memakai seluar dalam yang terlalu ketat atau mandi air agak panas. 
  • Ini kerana ia mungkin akan menurunkan kemungkinan kehamilan kerana proses penekanan atau suhu yang agak panas di kawasan testis (pembentuk sperma) akan memberi kesan terhadap penghasilan sperma yang sihat.

12) Nikmati Proses Hubungan Seksual Anda

  • Daripada penelitian pakar, ia menunjukkan bahawa ketika seorang wanita mencapai orgasme iaitu klimaks semasa hubungan kelamin, ia akan membentuk suasana alkaline pada vagina yang mana sperma suka keadaan ini, berbanding keadaan normal vagina. 
  • Jika anda mencapai orgasme pada saat yang bersamaan atau sesaat sesudah pasangan anda ejakulasi maka kesempatan sperma untuk selamat sampai di servik – rahim – lebih tinggi.

13) Kekerapan Melakukan Hubungan Seksual

  • Ini bergantung kepada setiap pasangan itu sendiri. Tidak ada angka atau fakta yang tepat yang dapat memastikan berapa kali seseorang itu harus melakukan hubungan untuk hamil. 
  • Ada wanita yang hamil hanya dengan satu kali sahaja tetapi ada juga yang memerlukan waktu yang lebih lama. Bagaimanapun yang paling penting ialah “berapa kerap” anda melakukan hubungan pada ” waktu subur”.
  • Sebab, jika anda melakukan hubungan banyak kali pun, tetapi bukan pada masa anda (isteri) subur, potensi untuk mengandung tetap tipis atau boleh jadi langsung tidak ada. Hubungan pada masa isteri subur amatlah digalakkan sebagai petua cepat hamil.

14) Jumpa Doktor Anda

  • Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil. 
  • Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat diperingkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil.
  • Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan salur fallopiananda tidak tersumbat.

15) Berat Badan Ideal

  • Dapatkan berat badan yang ideal. Sekiranya anda mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masaalah kepada kesuburan anda. Kawal berat badan dan cuba kira BMI (Body Mass Index) anda. BMI diantara 20-24 menunjukkan berat optimal. 
  • Cara pengiraan BMI anda ialah dengan :
  • Berat (kilogram)/[Tinggi (meter) x tinggi (meter)]

16) Tingkatkan Kesuburan Suami

  • Pastikan kesihatan reproduksi suami pada tahap optimum dengan mengamalkan cara hidup yang sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimum, bersenam, tidak merokok dan elak dari sebarang minuman keras. 
  • Sekiranya terdapat sebarang isu seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah anda berbincang dengan doktor secepat mungkin.

17) Bersenam

  • Bersenam secara rutin setiap hari . Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.

18) Ambil Vitamin

  • Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma.

19) Amalkan Diet Seimbang

  • Mengawal pengambilan makanan amatlah penting terutamanya apabila anda mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. 
  • PCOS (Polycystic ovary syndrome) pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin dimana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda.Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat mengembalikan kitar haid mereka secara normal dan seterusnya berovulasi secara semulajadi.

20) Berbaring Dahulu Selepas Melakukan Hubungan Intim

  • Setelah anda selesai melakukan hubungan seks , anda dinasihatkan untuk terus berbaring dalam 10-15 minit . Semasa anda berbaring , anda tidak perlu mengangkat kaki anda. Cuma berbaring dengan santai. Dr James Goldfarb 
Read full post »
Powered by Blogger.