1)SILA KLIK BUTTON LIKE DIBAWAH
2)SELEPAS LIKE, KLIK SUPPORT US! UNTUK TERUSKAN...




Powered By IMuslimNetwork
Support Us!

Friday, June 12, 2015

Tips: Makanan Perlu Elak Ketika Hamil

0 comments


Tips: Makanan Perlu Elak Ketika Hamil
Terdapat beberapa jenis makanan yang perlu anda elak untuk tidak terjebak dengan kesan sampingan sewaktu hamil. Dalam usaha menjamin keselamatan anda dan kandungan, ikuti panduan yang tertera.

Makanan mentah

Anda gemarkan makanan mentah seperti sushi? Jauhi makanan ini untuk sementara waktu. Pengambilan makanan mentah atau yang separa masak boleh menyebabkan komplikasi yang buruk seperti:

1. Toxoplasmosis
Penyakit yang disebabkan oleh parasit yang terdapat di dalam daging mentah dan sayur-sayuran tidak dicuci sempurna. Makanan seperti ini boleh menyebabkan jangkitan intrauterine yang serius kepada bayi.

2. Cirit-birit
Salmonella biasanya terdapat di dalam daging ayam dan telur yang tidak dimasak. Cirit-birit yang anda alami secara tidak langsung boleh membahayakan bayi sekiranya tidak dirawat dengan segera.

3. Jangkitan cacing
Pengambilan ikan mentah boleh menyebabkan jangkitan cacing. Walaupun tidak meninggalkan kesan langsung kepada bayi tetpai cacing akan memakan segala cat yang diperlukan oleh bayi.

4. Keguguran, kelahiran pra matang dan keracunan
Salah satu penyebabnya berpunca daripada bacteria listeria yang banyak terkandung di dalam keju yang tidak dipasteur dengan baik.


Vitamin A


Apa jua bentuk Vitamin A yang diambil melebihi 5000iu boleh menyebabkan kecacatan muka, kepala, jantung, dan saraf bayi. Sebagai langkah selamat, anda boleh mengabil beta karotena yang banyak terkandung dalam lobak merah. Makanan yang mengadungi banyak vitamin A speerti hati daripada sumber haiwan perlu dielak.

Raksa


Makanan laut seperti tuna, mackerel (kembung besar) dan beberapa jenis ikan bersaiz besar yang lain mengandungi kandungan raksa yang tinggi. Sekiranya pengambilan makanan yang megandungi raksa berlebihan, raksa boleh menyebabkan kerosakan bayi.

Gula


Pengambilan gula berlebihan akan menyebabkan anda menghadapi komplikasi kencing manis sewaktu hamil. Malah, perkara ini boleh menyebabkan berat badan bayi bertambah dan akan menyukarkan proses kelahiran.

Makanan yang diproses

Salah satu makanan proses yang popular ialah sosej. Sosej berkemungkinan mengandungi kandungan nitrat dan nitrit yang tinggi. Jadi, anda perlu mengurangkan pengambilannya.

Produk tenusu


Susu yang tidak dipasteur dan sesetengah keju boleh megandungi bacteria listeria yang berkumngkinan menyebabkan keguguran di awal kehamilan dan kelahiran pra matang. Keju yang diyakini selamat keju keras seperti cheddar, edam dan parmesan. Begitu juga dengan mozzarella, feta, marscapone dan krim keju.

Kacang tanah


Inilah satu-satunya jenis kekacang yang perlu dielak sewaktu hamil kerana kacang tanah boleh meningkatkan alahan pada kacang dalam kalangan bayi. Jika ahli keluarga anda mengalami masalah alahan, elakkanlah kacang tanah.

Telur kuning

Telur kuning yang tidak dimasak sempurna dan masih kelihatan cair biarpun sudah dimasak mungkin megandungi salmonella. Walaupun jarang member kesan kepada bayi, anda mungkin mengalami muntah serius, cirit-birit, demam dan dehidrasi. Jika ingin makan telur rebus, pastikan telur itu diamsak lebih kurang tujuh minit. [minnguanwanita]

Read full post »

Thursday, October 2, 2014

Perlu Menjaga Emosi Ibu Ketika Hamil

0 comments

Selalunya saya bercerita mengenai anak-anak. Hari ini izinkan saya bercerita mengenai si ibu kepada anak-anak dalam konteks ketika anak itu dalam kandungan lagi.

Masa paling kritikal untuk diri seseorang itu bukanlah setelah dia lahir, tetapi sebelum dia lahir lagi. Semasa di dalam kandungan adalah masa yang sangat kritikal dalam membentuk sistem kepercayaan diri yang tegar.

Kepercayaan diri yang mendalam, positif atau negatif terbentuk sejak seseorang itu masih dalam rahim ibunya melalui apa yang si ibu itu lalui semasa dia mengandung.

Oleh itu seorang ibu yang mengandung disarankan menjaga emosi diri dan orang-orang yang di sekelilingnya perlu membantu seorang ibu itu supaya dia berasa dikasihi dan dihargai.

Pentingnya seorang ibu itu mengawal emosinya dan bantuan orang di sekelilingnya juga penting.

Apabila si ibu yang mengandung melalui renjatan emosi, ia boleh memberi kesan buruk kepada anak yang di dalam kandungan, terutamanya dari segi kestabilan emosi anak itu apabila lahir dan membesar nanti.

Tidak ada yang lebih menggembirakan dan menenangkan hati seorang ibu yang mengandung selain daripada dilayan penuh mesra dan hormat oleh suami yang tercinta.

Oleh itu para suami, jagalah perasaan isteri terutama semasa mengandung. Anda telah mengahwininya dan mengambilnya dari sebuah keluarga yang sayang kepadanya.

Ibu dan bapanya menyayangi dia dan mengamanahkan anda untuk menjaga dia. Maka jagalah diri fizikal, mental, emosi dan jiwanya. Anda akan bahagia di dunia dan di akhirat.

Memang ramai ibu yang mengandung banyak ragamnya, tetapi tidak perlulah diturut semua kerana yang penting ialah melayan emosinya dengan baik.

Ramai ibu muda menjadi tidak keruan apabila mula-mula mengandung. Banyak perasaan yang dirasai sangat berbeza. Adakalanya para ibu mengandung merasakan bahawa badannya dikuasai oleh orang lain.

Ini semua berlaku kesan daripada perubahan hormon yang sedang berlaku dalam diri seorang ibu yang baru mengandung itu.

Maka seorang suami yang pengasih dan prihatin akan mengambil kira semua ini dan tidaklah asyik mementingkan diri.

Malangnya, ada juga segelintir para suami yang tidak bijak, tidak bertanggungjawab dan tiada belas ihsan lalu menyakitkan isteri secara fizikal, mental dan emosi.

Apabila orang terdekat menjadi punca hati hiba dan air mata mencurah semasa mengandung, apakah cara yang boleh dilakukan untuk janin tidak menjadi negatif sikapnya terhadap dunia?

Bagi isteri yang dikasari, kuatkan jiwa dan hati anda. Apakah yang anda boleh lakukan:

1. Berdoa supaya Allah terus menjaga anak di dalam kandungan dan terlindung daripada renjatan emosi yang terjadi hasil tekanan emosi yang mungkin sedang anda lalui.

2. Bercakaplah perkara positif kepada anak itu. Katakan betapa anda mengasihi dia dan ajak dia memaafkan ayahnya.

3. Anda juga perlu berusaha memaafkan suami anda atas keburukan tingkah-lakunya.

4. Banyak bersolat hajat dan membaca al-Quran. Supaya hati dan jiwa menjadi tenang. Endorphin akan dirembeskan ke dalam badan apabila kita banyak membaca al-Quran dan bersolat. Endorphin memberikan tenaga positif kepada kita dan kandungan kita. Oleh itu, ia akan meningkatkan getaran tenaga kita dan menghindarkan kesan negatif daripada orang yang negatif. Insya-Allah.

5 Setiap hari apabila berdoa dan selepas berdoa, ambil masa menggambarkan akan aman dan indahnya rumah tangga anda. Gambarkan di minda dan rasakan dengan kuat di hati betapa suami anda sangat menghargai dan melayan anda dengan baik dan kasih sayang anda berdua bertambah menebal. Gambarkan yang baik-baik. Allah mengikut sangkaan hambanya. Jika diizin-Nya, doa anda dan gambaran ini akan menjadi kenyataan. Tidak mustahil, kerana Dialah yang memegang hati hamba-Nya.

Bagi para isteri yang mempunyai suami yang prihatin, ucapankan kata-kata penghargaan, hantarlah mesej terima kasih kepada mereka.

Hargai kebaikan mereka supaya mereka tahu itu adalah cara yang disukai. [utusan]

www.pakarsakit-puan.blogspot.com
Read full post »
Powered by Blogger.